Presiden Minjae & Kapten Bola Keranjang
• Junmin × Minjae
• 2180 words
TW : Sexual Harassment.
.
Minjae baru saja selesai kelas akhirnya dan pada hari ini dia berhasrat untuk terus pulang sahaja ke biliknya tanpa memantau mahupun melakukan rondaan ringkas seperti yang sering dia lakukan setiap hari, atas relanya, pastinya.
Tetapi sebelum itu dia perlu menggunakan fasiliti bilik mandi berdekatan Kampus Olahraga dan Sukan terlebih dahulu. Badannya terasa begitu berlengas dan lemah. Dia tidak mahu ketidakselesaan itu membelenggunya ketika dia memandu pulang nanti.
“Line clear”, fikirnya.
Kebetulan, bilik mandi itu lekang. Waktu begini sememangnya sudah ramai pelajar yang pulang kerana tiada pensyarah yang gemar untuk mengadakan kelas seiring matahari mulai terbenam.
Segera Minjae mandi.
Seusai dia memakai pakaian baharu, dia duduk di bangku berdekatan kawasan loker sambil mengemas barangannya.
“Laptop, phone, buku-buku, dompet dan kunci kereta.
Alright, semua ada. Boleh balik.”, katanya.
Matahari sudah mulai terbenam namun dia masih dapat mendengar suara-suara dan bunyi gerakan lincah para pemain pasukan bola keranjang universiti yang masih ligat berlatih untuk pertandingan antara universiti depan.
Belum sempat dia berganjak, terdengar bunyi pintu utama bilik persalinan dikuak.
‘Oh, Kapten Eevee Basketball’, katanya dalam hati.
Dia ingin menyapa tapi dia tidak ingat siapa ya namanya ?
Jumin ? Jimin atau Jungmin begitu ?
“ Annyeonghasaeyo, Kapten Eevee.
Saya tumpang guna bilik mandi Kelab Bola Basket tadi ya, terima kasih.”
Akhirnya itulah yang Minjae ucapkan.
Pemuda yang dikenali sebagai kapten pasukan Eevee itu terlonjak kecil. Tidak dia sedar langsung kehadiran Presiden Minjae di situ.
“Baik, tak mengapa. Kami lagi alu-alukan.
Sebenarnya dah banyak kali saya cuba nak beritahu bahawa Presiden boleh saja guna shower kelab ni. Memandangkan Presiden selalu pulang lewat atas urusan Majlis Perwakilan Pelajar, persatuan dan juga aktiviti pantauan dan rondaan Presiden tu.
Silakan, kami gembira dapat tawarkan sesuatu kepada Presiden yang telah banyak berjasa kepada kelab kami ini.
Lagi pula, tanpa usul dan kertas kerja yang Presiden usahakan untuk dapat kelulusan pihak Pengurusan Fasiliti Universiti, kami tak akan dapat teruskan latihan kami mahupun guna padang setelah jam 5:30 petang.
Saya ambil peluang ini untuk zahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih banyak daripada kami.”, ucapnya.
Hal itu berjaya membuat Minjae tersipu malu dalam hatinya.
Berlainan pula dengan wajahnya yang mula berubah warna kerana membahang malu.
“ Not a big deal, hehe. Sama-sama.
Lagipun, itu memang tugas saya.”
“ Ya, tugas yang telah dilaksanakan dengan penuh bertanggungjawab dan berkarisma. Haha.”, balas si lawan bicara.
“ Oh, ya. Maaflah, sekarang ini saya tiada apa-apa untuk beri awak.
Nah, air mineral. Nampak muka Presiden letih sangat.”, ucap kapten itu seraya menghampiri Minjae semula selepas mengambil sebotol air mineral dingin daripada peti sejuk kelab bola basket.
Minjae faham itu cara Kapten Eevee ini menunjukkan budi bahasanya jadi dia menerima pemberian itu dengan hati yang terbuka.
“Terima kasih banyak. Kebetulan memang tengah haus ni—”, tak sempat Minjae menghabiskan bicara, kakinya yang berdiri tegak tadi kedua-duanya menjadi lemah dan menggigil kecil.
“Eh!”, refleks dia disambut dan dibaringkan di bangku panjang tadi. Kepalanya dialaskan plushie berbentuk puppy yang datang entah dari mana.
“Presiden Minjae letih sangat ni! Baring sini, tunggu saya sekejap.
Saya bilas badan dulu kemudian saya hantar awak pulang.”
Minjae tidak mampu menjawab. Dia mula merengek kecil kerana badannya mula berasa panas, kepalanya sakit dan fikirannya kini terasa ibarat dipenuhi kabus.
Sebelum Si Kapten Eevee ke bilik mandi, sempat dia membantu Minjae meminum air bagi melegakan tekaknya.
Minjae tak terdaya, sungguh.
Salahnya juga, kerana sejak pagi tadi kepalanya sudah berdenyut sakit namun dia memaksa diri untuk memandu dan menyibukkan diri di kampus. Padan muka!
.
.
.
YOU ARE READING
[✓] Sketsa Mini xikers (bab pendek)
Fanfictionbxb fluff & Malay | Bahasa Melayu These might be silly drabbles/shorts/one-shot ff but wwehe, saya suka. ✉