• 4k+ words
» Junmin dan Minjae ialah ketua pelajar elit akademi masing-masing.
Namun dalam keunggulan mereka itu, gelanggang Tricky House menjadi saksi kelicikan serta tipu helah mereka.
Apa pun caranya, tidak kira benar ataupun kotor, perlu mereka lakukan demi kekal menuntut di institusi masing-masing.
.
.
.
.
" Hyung, budak kita dibelasah teruk oleh budak-budak kolej sebelah. "
" Xikey Academy ? Berani lagi ya mereka cari fasal. "
" Ya, hyung. "
" Update me about our boy condition, hope he heals well.
Berkenaan anjing-anjing kolej sebelah tu, leave it to me. ", kata Junmin sebelum berlalu pergi.
Intistusi Red Sun dan Akademi Xikey.
Dua buah institut yang sangat mementingkan reputasi dan keunggulan pelajar.
Bezanya, Akademi Xikey lebih ke arah akademik manakala Red Sun Institute pula lebih berfokus kepada sukan.
Namun di sebalik elitnya dua buah sekolah itu ada...
_
Tricky House
_Gelanggang usang di hujung selekoh akhir,
jauh dari hiruk-pikuk bandar,
hampir menuju ke arah hutan larangan.Itulah tempat mereka bertarung dan beradu tenaga.
Satu-satunya tempat yang menyaksikan pertembungan maut serta pertaruhan darah mereka.
Siapa yang berjaya merangkul Geek League: Crown of Fighter, pelajar-pelajar ini akan mendapat pelbagai kelebihan.
Golongan ini jugalah yang dapat memanfaatkan gelaran mereka itu dalam meluluskan diri dari segi akademik mahupun kokurikulum.
Antaranya ialah manfaat soalan bocor, kredit serta merit tambahan dalam kelas dan kelancaran lulusnya ujian fizikal dan markah sukan mereka.
Ada beberapa pihak tersembunyi yang bertaruh dalam gelanggang itu, namun yang perlu bertarung tenaga dan nyawa ialah mereka, para murid yang terdesak untuk lulus dengan cemerlang. Tak lupa juga mereka yang perlu mengekalkan posisi di sekolah tersebut.
Namun akhir-akhir ini, murid-murid sialan akademi seberang amat keji dan melanggar peraturan.
Ramai budaknya telah dipukul dan dibelasah di kawasan luar gelanggang, bertentangan dari peraturan yang telah ditetapkan.
Junmin berjalan keluar dari perkarangan sekolah, melintasi semua pelajar yang menyapanya dengan menundukkan kepala mahupun tersenyum terhadapnya.
Park Junmin.
Presiden Institusi Sukan Red Sun.
Kapten Kelab Bola Sepak.
Banyak pertandingan yang mereka juarai di bawah pimpinannya. (Lebih tepatnya, atas kebolehan yang dia raih daripada memenangi liga, serta disebabkan perbuatan kasar dan penderaannya terhadap ahli pasukan)
Dia sangat disegani ramai di situ.
Sembari menelusuri jalan berhampiran akademi bertentangan, Junmin ternampak seorang pelajar Akademi Xikey.
" Jinsik-nim, selamat petang . ", sapanya ramah.
" Oh, Kapten Junmin !
Presiden Red Sun Institute ? "
YOU ARE READING
[✓] Sketsa Mini xikers (bab pendek)
Fanfictionbxb fluff & Malay | Bahasa Melayu These might be silly drabbles/shorts/one-shot ff but wwehe, saya suka. ✉