Seeun × Yujun | Cinta Terlarang

46 4 2
                                    

• Bab Pra; Cinta Terlarang
- Bab fluffy.

.
.
.

" Kamu berdua ni kalau sehari tak cari fasal, memang tak sah ! ", amarah Minjae.

" Seeun ! Yujun ! Kekal berlatih dengan hyung sampai 11:30 malam ni !

Terlalu banyak bergurau, tepuk sana, tepuk sini, sampai tak ingat choreo!

Sini, ke depan !

Tunjuk pada hyung choreo pre-chorus part ni ! ", sambungnya.

" Salah, lagi sekali ! "

" Gerak ke kanan dulu baru ke kiri ! "

" Yujun pun sama ! Silap tu !
Wave ke atas dulu ! "

" Part yang ni pun sama !
Hyung dah cakap tadi, slide ke belakang untuk tukar posisi. "

" Salah lagi, Yujun.
  Hunter dah tunjuk contoh pun masih silap . "

" Tengok, inilah akibatnya bila kamu tak ambil serius sesi latihan ! Kamu berdua dah tunda masa member lain. ", kata Minjae lagi.

" Sudahlah tu, Minjae.

Lagipun, kaki Seeun masih sakit dek terpelecok tempoh hari, kan.

Jangan paksa keadaan dia.

Yujun pun baru kebah dari demam.
Beri mereka rehat dulu malam ni.

Esok baru sambung semula. ", pujuk Junmin perlahan.

" Ya, memang. Bagus sungguh.

Seorang demam sebab main hujan.
Seorang lagi terpeleot lepas tergelincir dekat padang, sebab mandi hujan sama .

Tak ada penyakit, cari penyakit. ", tegas  Minjae.

" Berlatih sampai mahir verse 1 ni, 20 minit. Nanti hyung datang semula.

Yang lain, bersurai. Balik. "

.

.

.

Setelah Minjae pergi, tinggallah Seeun dan Yujun sahaja di dalam bilik latihan.

Awalnya, mereka bersama-sama berlatih memantapkan step tarian yang ditekankan oleh Minjae tadi.

Sejam berlalu, mereka mula kelelahan.

Masing-masing bermandi peluh.

Kini, mereka berdua terbaring di lantai Practice Room 03.

" Penat. Hah. ", sempat Yujun berkata.

"Hm.", balas Seeun bersahaja.

Seeun meletakkan kepalanya di atas perut Yujun.

Masing-masing cuba mengembalikan nafas normal mereka.

Beberapa minit berlalu, mereka bangun menuju ke tandas. Alang-alang dah ke tandas, sempat mereka membilas tubuh masing-masing, mengganti pakaian baharu kemudian kembali ke bilik latihan untuk sesi latihan terakhir mereka malam itu.

" Kali ini kita berlatih dengan lagu pula.
1.25× speed, bagaimana ? "

" Naiseeu, jom ! "

Setelah berjaya menamatkan latihan dengan diiringi keseluruhan lagu, mereka duduk sebentar, sibuk menilik dan menilai semula setiap pergerakan mereka dalam video yang telah direkodkan.

Seeun tersenyum.

Kualiti tarian mereka bagus.

Bagi orang yang baru sembuh dari demam dan orang yang dalam fasa keredaan kaki yang terseliuh, ketangkasan dan ketajaman tarian mereka amat memuaskan.

[✓] Sketsa Mini xikers (bab pendek)Where stories live. Discover now