Fairy Sumin - Hasrat Junghoon

14 5 5
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.

Perumahan baharu.

Aku tak suka untuk berpindah sebenarnya.

Tapi disebabkan bapa dah ditugaskan di tempat kerja baharu, aku dan emak terpaksa ikut berpindah.

Tiada masalah bagi aku.

Aku bukanlah jenis takut atau sedih hilang kawan.

.. Sebab .. Aku memang tak banyak kawan.

Tak ada kawan rapat pun.

Aku selesa, senang bersendirian begini.

Cuma belakangan ini aku rasa sunyi.

Sunyi yang sukar untuk aku luahkan dengan kata-kata.

Aku teringin untuk ada adik-beradik.

Memandangkan aku ini anak tunggal, aku sering teringin untuk mempunyai abang, kakak mahupun adik.

Sejak di kawasan perumahan baharu ini, aku sering melihat jiran sebelah berpiknik, mengemas rumah bersama serta mengecat dan mencantikkan lagi kawasan rumah mereka.

Seronok.

Terkadang aku juga ikut membantu, tak lupa juga bermain bola di kawasan rumahnya yang lapang serta bermain game bersama.

Rumah Encik Choi, tukang bina rumah.

Anaknya, Hyunwoo hyung sangat baik denganku.

We have chemistry between us.

Dia suka menyanyi, pergi ke kelas vokal serta bermain piano, terkadang menghadiri kelas skuba dan berenang.

Mulanya, aku memang tidak berniat untuk menyambung sesi belajar piano, latihan vokal serta berlatih berenang di sini kerana aku tidak tahu menahu di mana terletaknya kelas-kelas atau fasiliti tersebut.

Namun sejak mengenali Hyunwoo hyung, aku rasa selesa.

Terasa begitu selamat dan disayangi.

Mungkin inilah yang mengisi satu ruang dalam hatiku.

[✓] Sketsa Mini xikers (bab pendek)Where stories live. Discover now