DYLAN menghempas kasar pintu rumah ibubapanya. Diraup wajahnya lalu disepak sofa diruang tamu melepaskan geram. Bajunya sudah berkedut. Rambutnya pula kusut masai. Tali leher entah kemana. Runsing dengan semua ni!"Dylan..." panggil Tuan Aldin perlahan selari melangkah kearah ruang tamu diikuti Puan Dayana serta Elsa. Elsa ditinggalkan disini untuk sementara waktu. Dylan tak sempat menjaga anaknya ketika kemelut ini melanda.
Puan Dayana mengeluh melihat wajah tegang Dylan. "Mana Eryna? Kenapa Dylan datang seorang diri?"
Dylan berdecit. "Tak perlu sebut pasal perempuan murah tu."
"Dylan!" Marah Puan Dayana dengan dahi berkerut. Dylan meraup kasar wajahnya. "Kenapa? Kenapa nak marah Dylan?! Dia tu yang berzina dengan ramai lelaki diluar sana! Kenapa Dylan pula yang mama nak salahkan? Tersebar ke seluruh negara video dia melakukan persetubuhan haram tu! Ken--"
"DYLAN! Jaga sikit percakapan depan anak!" Marah Tuan Aldin apabila kelihatan Elsa sedang memeluk erat kaki tokmamanya. Dylan memejam mata kejap. Dia menunduk memandang riak takut Elsa.
"Daddy.. mana mummy? Elsa nak mummy.." ujar Elsa dengan riak sebik. Dylan mendengus.
"Gone. Your mummy was gone! Jangan sebut lagi pasal mummy depan daddy! Kalau Elsa nakkan mummy sangat, nanti daddy cari mummy lain! Daddy taknak mummy kotor macam mummy Elsa tu! Dia jijik! Di--"
PANGGG!!
Terteleng wajah Dylan apabila dia menerima tamparan hebat dari Tuan Aldin. Elsa terus memeluk erat kaki tokmamanya selari muka disembamkan ke kaki Puan Dayana.
"Tokmama.. takut..." ujarnya dengan esakan. Puan Dayana mengemam bibir. Dia duduk dihadapan Elsa lalu memeluk tubuh kecil itu dengan seerat yang mungkin.
"You're so rude right now, Dylan Aldrich. I never taught you behave like this. Apa dah jadi dengan Dylan yang papa kenal?!" Jerit Tuan Aldin dengan intonasi suara yang agak meninggi.
Dylan mengetap bibir mendengar itu. Dia berpaling semula kearah papanya. "Kenapa? Kenapa sayang sangat dengan perempuan macam dia? Hanya disebabkan dia pernah menyusu Elsa? Sebab tu mama dan papa menangkan sangat dia? Macam tu?"
Tuan Aldin menggeleng. "Bukan sebab itu. Tapi sebab lain. Papa percayakan Eryna kerana papa tahu sikap dia.. papa kenal dia.. semenjak dia pulang ke Malaysia, papa selalu arah orang papa untuk perhatikan dia dari jauh. And you know what?"
Dylan diam tak bersuara. Tak sangka pula Tuan Aldin begitu menyayangi Eryna sehingga sanggup mengupah orang lain untuk menjaga Eryna dari jauh.
Tuan Aldin menghampiri Dylan. Diperhatikan sahaja wajah Dylan ketika ini. "Dia tak pernah berjumpa dengan lelaki lain selain dari you!" Jerit Tuan Aldin selari menunjal dada Dylan.
Dylan menghela nafas berat mendengar itu. Tuan Aldin masih mencerlung kearah Dylan.
"Dalam hubungan harus ada perbincangan. Dan dalam perbincangan, harus ada kepercayaan. Perempuan yang you panggil murahan tu adalah perempuan yang menjaga maruahnya. Yang hanya sibukkan diri dengan kerja tanpa melayan lelaki lain."
Dylan mendengus. "Itu apa yang papa nampak. Luar negara macam mana? Dia jaga ke diri dia diluar negara? Hm?" Tanya Dylan sinis.
Tuan Aldin mendengus. "Papa tiada jawapan untuk itu. Tapi semua jawapan itu ada pada grandpa dia. Grandpa dia lebih kenal cucu dia macam mana. Dah 5 tahun Eryna menetap bersama atoknya. Dan papa yakin, segala jawapan bagi pertanyaan you, ada pada grandpa Eryna."
Dylan mengetap bibir mendengar itu. Diraup kasar wajahnya selari mendongak keatas. Silap dia juga melepaskan amarah kepada Eryna. Namun dia terpaksa. Dia sedang dilemma ketika ini.
YOU ARE READING
DYLAN : RICH OF LOVE [C]
RomanceKehilangan. Semua pasti pernah merasai kehilangan dalam setiap keadaan yang berbeza. Begitu juga dengan seorang jejaka bernama Dylan Aldrich yang mengalami perasaan itu apabila dia kehilangan orang yang dia sayang. "Ayu.. kenapa.. kenapa tinggal aba...