MALAM kian menjelma. Dylan hanya perhatikan sahaja badan isterinya yang sedang membelakanginya diatas katil ketika ini. Selepas sahaja Eryna menukar baju tidur ke baju tidur biasa, wanita itu hanya berbaring diatas katil tanpa memandang atau bercakap dengan suaminya.Dia terus mengiring badan membelakangi Dylan sehingga sekarang. Dan Dylan pula hanya merenung belakang badan isterinya. Rindu. Rindu nak bersentuh kulit. Rindu nak peluk badan gebu dihadapannya itu. Rasa menyesal pula kerana dia termakan dengan kata-kata Ariel tadi.
Dylan menggerakkan badannya mendekati isterinya. Eryna yang merasakan pergerakan diatas katilnya terus mencelik mata. Dia tak tidur pun. Dia hanya memejam mata sahaja.
Dia tidak boleh tidur kerana dia sedang bergaduh dengan Dylan ketika ini. Padahal baru sahaja semalam mereka akad nikah. Harini terus bergaduh..hmm.
Dylan mengangkat kepala Eryna lalu diletakkan lengannya dibawah kepala isterinya itu. Tangan kiri pula memeluk erat pinggang isterinya dari belakang. Eryna hanya perhatikan sahaja tangan kekar itu mengelus perutnya.
"I'm sorry sayang.." bisik Dylan seraya mencium lama ubun-ubun isterinya. Terpejam mata Eryna menerima kucupan hangat itu.
"I buat you sakit hati lagi dengan perkataan i.. i dah janji nak bahagiakan you.. i dah janji taknak sakiti hati you. But in the end, you terasa dengan kata-kata i. I'm really sorry my love.." bisik Dylan lalu mengucup pipi serta leher isterinya. Tangan setia menggosok lengan Eryna untuk menyalurkan haba.
Eryna hanya setia memejam mata. Dia ingin mendengar luahan hati suaminya malam ini. Dia ingin tahu mengapa suaminya bersikap begitu. Tiba-tiba sahaja sebut tentang Ariel. Tak ke pelik tu?
"I.. i cemburu.. i kuat cemburu kalau you nak tahu.. you sebut nama lelaki lain pun i dah cemburu apatah lagi kalau you rapat dengan lelaki lain.. i tak boleh terima semua tu.."
Dylan merendahkan kepalanya lalu diletakkan kepala keatas bantal. Wajah disembamkan ke ceruk leher isterinya dari belakang.
"I tergugat bila bekas suami you sebut tentang masa lampau ketika you masih lagi menjadi isteri dia.. i.. boleh terima semua tu.. tapi perlu ke dia sebut hal tu depan i? Sebab tu i rasa tercabar, sayang.."
Tercelik mata Eryna mendengar itu. Dahi berkerut halus. Kejap. Bekas suami? Sebut tentang masa lampau? Apa maksud Dylan ni?
Dylan menghela nafas perlahan. Dicium lama rambut isterinya. "I janji lepas ni i takkan sebut lagi pasal ni.. i akan sebut nama you dan nama i je bila kita berduaan. I taknak sebut nama orang lain dah.. i taknak kita bergaduh lagi.." bisik Dylan seraya memejam mata erat.
Dipeluk erat badan isterinya itu. "Goodnight.. i harap hubungan kita kembali elok esok.. i taknak gaduh lama-lama dengan you.. terseksa jiwa raga i bila you endahkan i macam ni.."
Eryna hanya terkedip-kedip sahaja. Dia masih terfikir maksud suaminya tadi. Dia tidak faham.. kenapa.. suaminya sebut tentang Ariel? Dan.. sejak bila Ariel ceritakan soal mereka berdua pada Dylan? Itu yang membuatkan Eryna tertanya-tanya tika ini..
*:・゚✧*:・゚✧
BURUNG berkicauan sudah kedengaran. Eryna bergegas turun dari tangga hotel dengan berpakaian tidur. Sengaja dia bangun lebih awal dari suaminya agar dia boleh menyiasat sesuatu.
Eryna senyum tipis kepada penjaga kaunter selari menyelit rambutnya ke belakang telinga. Penjaga kaunter hanya senyum sahaja melihat wajah baru bangun Eryna. Hmm.. baru bangun pun cantik.
"Ye puan? Ada yang boleh saya bantu?"
Eryna menggigit bibir kejap. Dia menongkat tangan ke kaunter selari melilau memandang sekeliling. "Err i nak tanya.. tentang pelanggan disini."
YOU ARE READING
DYLAN : RICH OF LOVE [C]
RomanceKehilangan. Semua pasti pernah merasai kehilangan dalam setiap keadaan yang berbeza. Begitu juga dengan seorang jejaka bernama Dylan Aldrich yang mengalami perasaan itu apabila dia kehilangan orang yang dia sayang. "Ayu.. kenapa.. kenapa tinggal aba...