Alora meronda di seluruh kawasan rumah untuk mencari Alev. Tapi sedari tadi batang hidungnya pun tak nampak.
"Roxa, Alev mana?" Tanya Alora kepada ketua maid.
"Ouh, tuan muda ada main dekat luar." Beritahu Roxa.
Berkerut dahi Alora. "Dia main dengan siapa dekat luar?"
"Dengan Yuze, miss."
"Yuze? Siapa dia?" Hairan Alora. Dia tak pernah dengar lagi nama Yuze di rumah ni.
"Actually Yuze bodyguard yang diarahkan Sir Hiro untuk pantau tuan muda. Dia baru masuk semalam." Jelas Roxa terperinci.
"Oh..." Alora terangguk-angguk.
"Dia dah makan?" Tanya Alora lagi.
Roxa mengangguk. "Dah miss."
"Alright. Lagi satu, you tak payah masak untuk dinner. I nak guna dapur." Pesan Alora.
"But miss-" Roxa tidak bersetuju.
"Takde takde. Hal tuan you tu pandai-pandailah I bebel dekat dia. Don't worry. Dia takkan denda you. I dah lama tak masak. Malam ni dapur milik I! Pesan dekat anak-anak buah you tu, I bagi cuti sehari. I pun bos you alls juga." Titik Alora.
Roxa mengeluh. "Baiklah miss."
"Good! I pergi luar dulu. You settlekan kerja yang mana tak siap lagi tu." Arah Alora sebelum dia keluar dari rumah.
"Baik miss."
...
"Alev!" Mata Alora meliar mencari kelibat Alev.
"I'm here momma!" Sahut Alev. Dia melambai-lambai.
Alora tersenyum. Dia terus menghampiri Alev yang bersama Yuze. Sampai sahaja dia dihadapan mereka, Yuze terus berdiri dan menunduk 90 darjah.
"Eh tak payah nak sopan sangat. I tak strict macam tuan you. Duduk." Arah Alora. Dia melabuhkan duduk di sebelah Alev.
Yuze mengangguk. Dia duduk semula tapi agak jauh. Tak nak menimbulkan salah fahamlah katakan. Alora hanya tersenyum. Tak pula dia menghalang. Tahu sangat dekat sini ramai je yang suka menggosip dan hebohkan berita palsu.
"Alev main apa dengan Yuze?" Tanya Alora ingin tahu.
"Takde main apa pun. Alev dengar cerita je. Best tau story yang abang Yuze ceritakan." Bersungguh Alev membuka mulut.
"Ouh really?" Alora mengangkat wajah melihat Yuze.
Yuze tersenyum canggung. Dia menggosok lehernya kekok.
"You're lucky." Ujar Alora tiba-tiba.
"Huh?" Yuze melihat Alora bingung.
Alora tergelak kecil. "You untung sebab bukan senang nak rapat dengan tuan muda seorang ni. Even Lex pun jadi mangsa kenakalan dia. Apa yang you sodok dia ni?"
"Eh I tak sodok apa-apa pun! I pun tak tahu kenapa dia boleh rapat dengan I. Sumpah I tak buat apa-apa!" Takut Yuze menjelaskan.
Alora tergelak. "Kenapa you nak takut sangat ni? Don't worry. I tak makan orang. I'm not like your sir. We're different."
"Ouh..." Yuze kembali diam.
"Momma, bila dadda habis work?" Tanya Alev bosan.
"Lambat lagi dear. Malam ni baru your dadda balik. Dia sibuk kerja." Jelas Alora. Alev mengangguk. Dia memeluk pinggang Alora dan merehatkan kepala di dada mamanya.
Alora mengusap rambut Alev. "Boleh I tahu asal usul you?"
"Huh?" Yuze mengangkat wajah.
"You bodyguard anak I. I kena tahu asal usul you. Mana tahu you ni penjahat, naya I." Gurau Alora.
Yuze tergelak kecil. Dia menggeleng. "I bukan seperti yang miss fikir."
"So, I kena fikir you ni macam mana?" Alora mengangkat kening.
Yuze membuang pandang. "I asal China. I fly sini sebab sir yang offer job dengan gaji yang tinggi dan I tak perlu bekerja 24 jam. Cukup ada kemampuan bela diri. Sebelum ni I susah nak cari kerja because papa I sakit. Tinggal I je yang boleh jaga papa. Kakak I dah buang kami. Pendapatan kami kurang. Hanya berbantukan gaji pencen papa yang tak seberapa tu. Tapi papa kena operate sebab kesihatan dia semakin memburuk. I dah buntu. Tak tahu nak buat apa. Dengan gaji kedai makan yang hanya mampu tampung pemakanan kami je. Tapi suatu hari I terjumpa sir sebab I ketahuan mencuri beg duit sir. Sir hampir bunuh I, tapi dia nak dengar alasan kenapa I curi beg dia, so nak tak nak I jelaskan semua. Selepas tu sir janji akan tolong papa I, tapi dengan syarat, I kena kerja di bawah dia sampai bila-bila. Mula-mula I ragu-ragu tapi bila fikirkan kesihatan papa, I terpaksa juga paksa papa untuk fly ke Jepun. Papa faham dan dia setuju. Akhirnya kesihatan papa dah mula membaik."
Berkerut dahi Alora. "wait hold on! Hiro jumpa you bila?"
"4 bulan lepas." Dengan bingung Yuze membalasnya.
"4 bulan lepas? Kenapa you baru kerja semalam?" Hairan Alora.
"Sir bagi I teman papa sebelum dia operate dan jaga papa sebelum dia sihat sepenuhnya. Tapi 3 hari lepas papa paksa I dan yakinkan I dia mampu jaga diri. So I start kerja semalam. I dah taknak makan duit sir membabi buta je." Jelas Yuze.
Alora terangguk-angguk. Dia termenung memikirkan tentang Hiro. Dia ni malaikat ke syaitan? Mungkin betul kata dia...
Malaikat maut!
Alora tergelak kecil. Berkerut dahi Yuze.
"Kenapa miss ketawa? Ada yang lucu ke?" Hairan Yuze.
Alora menggeleng. "Nothing. I masuk dulu la. Alev dah terlelap."
"Nak I tolong?" Tawar Yuze.
"Memang tanggungjawab you sebagai bodyguard kan? Dah pergi bawa dia masuk bilik. I nak masak dinner." Alora menyerahkan Alev kepada Yuze.
"Baik miss."
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
. Tbc.
YOU ARE READING
𝐘𝐚𝐤𝐮𝐳𝐚'𝐬 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (Hiatus)
Romance'𝐓𝐡𝐞𝐫𝐞 𝐚𝐫𝐞 𝐧𝐨 𝐚𝐜𝐜𝐢𝐝𝐞𝐧𝐭𝐚𝐥 𝐦𝐞𝐞𝐭𝐢𝐧𝐠𝐬 𝐛𝐞𝐭𝐰𝐞𝐞𝐧 𝐬𝐨𝐮𝐥𝐬' 𝐀𝐥𝐨𝐫𝐚 𝐑𝐮𝐛𝐲 𝐉𝐚𝐝𝐞 𝐇𝐢𝐫𝐨 𝐑𝐲𝐮𝐮 𝐌𝐢𝐭𝐬𝐮𝐨 Terlanjur 'one night stand' dengan Yakuza yang berbahaya, hidup Alora berubah seratus peratus. Dia...