Alora yang berbaring di sebelah Alev menepuk-nepuk punggung Alev untuk mendodoikannya. Alev pula memeluk erat tubuh ibunya dan disembamkan wajahnya di dada Alora.
"Momma..." Pelan saja terdengar suara Alev.
"Yes boy? Why? You can't sleep?" Tanya Alora lembut. Rambut Alev diusap-usapnya.
Alev menggeleng. "Bukan"
Berkerut dahi Alora. "Then? You nak apa?"
"I miss dadda..." Rengek Alev.
Tergelak kecil Alora. Hairan dia dibuatnya. Tak pernah-pernah anak bertuahnya ini teringat dekat ayahnya. Selalunya bertekak je bila bersemuka. Ni sampai rindu? Eh pelik.
"You kenapa ni sayang? Demam ke?" Alora menyentuh leher Alev. Normal je suhunya.
Alev menggeleng. "I miss dadda! Alev nak jumpa dadda. Momma please~"
Semakin hairan Alora bila suara Alev kedengaran seperti ingin menangis. Kepala Alev ditarik untuk melihatnya. Terkedu dia melihat mata Alev yang sudah berair.
"Hey hey baby what's wrong?" Alora mengelap air mata Alev dengan jarinya.
"Alev nak jumpa dadda..." Alev mencebik. Air matanya semakin banyak yang menitis.
"Ok ok wait. Momma call dadda." Alora mencapai telefonnya. Dia harap Hiro dapat baliklah. Kerana sekarang Hiro berada di markasnya. Sejak kedatangan Haruka yang membawa berita tentang Hajime, Hiro kerap menghabiskan masa di markas untuk menjejak lokasi bapanya. Memang jarang untuk dia berada di rumah. Balik pun semasa dia dan Alev sudah tertidur. Mungkin sebab itu kut Alev merinduinya.
"Honey, balik please. Alev dah menangis nak jumpa you ni." Cemas Alora. Alev yang sudah terduduk di atas katil dengan esakannya yang tidak berhenti dilihat Alora.
"I don't know. Dia tiba-tiba je cakap rindu you. Nak jumpa you pastu nangis." Balas Alora bagi menjawab soalan Hiro.
Alora diam mendengar kata-kata Hiro. Kemudian dia terangguk-angguk. "Ok. Faster."
Alora menutup telefonnya. Alev kembali dihampiri. Tubuh anaknya itu dipeluk.
"Shh kejap lagi dadda sampai. Tunggu kejap ok?" Alora mengusap-usap tubuh Alev. Dahi anaknya dicium.
Alev masih teresak-esak sambil memeluk erat ibunya. Alora risau. Hatinya tiba-tiba berdetak laju. Dia rasa tak sedap hati. Perlakuan Alev pada malam ni sungguh membingungkannya.
Alora memejam matanya. Cepatlah Ryuu...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Hiro memasuki rumahnya. Dia sampai sedikit terlambat kerana terdapat masalah semasa dia sedang dalam perjalanan ke mansionnya.
Tubuh Hiro kaku selepas menjejakkan kaki ke lantai rumahnya. Jantungnya hampir berhenti berdetak melihat keadaan mansion. Rasa takut mula menghampirinya.