Keprihatinan Hunter | Hunjae

55 5 4
                                    

Keprihatinan Hunter | HunJae

.

.

Dengan penuh berhati-hati Minjae memijak bangku kayu untuk mengambil balang besar yang terletak di kabinet paling atas — sengaja mereka meletakkannya di situ kerana balang itu jarang digunakan.

Minjae memerlukan balang itu bagi meletakkan paket-paket biskut berperisa yang dia dapat daripada peminat.

Kakinya mula terjengket kecil .

Mujur sahaja ada dua pasang tangan kekar yang menahan tubuhnya daripada terjatuh .

" Hyung sampai tak ?
Biar saya saja yang ambil .

Hyung turun . " , katanya. 

" Hunter ?
Iya, hyung turun.

Pegang hyung sekejap. "

Hunter memimpin Minjae turun seterusnya beralih memanjat bangku kayu  bagi mencapai balang yang Minjae perlukan.

Sembari Hunter berdiri dapat dia rasakan kepala Minjae diletakkan di belakang pinggangnya sementara kedua tangan kecil hyungnya itu memegang kuat sisi seluar yang Hunter pakai .

" Hyung dah boleh lepas.

Nah, balangnya. "

Muka Minjae perlahan membahang, cepat-cepat dia ambil balang itu dan mengucapkan terima kasih kemudian berlalu pergi sambil menahan malu.

Buat malu saja, lama dan leka betul dia memeluk Hunter tanpa dia sedar bahawa puncak kepalanya tertahan di punggung dongsaengnya itu.

Hunter hanya tersenyum kecil memandang hyungnya yang salah tingkah itu .

Kedua matanya mengikuti pergerakan balik tubuh Minjae sambil tersenyum kecil kemudian berkata;

" Comel. "

.

.

Minjae yang baru pulang pada awalnya hanya mahu melintasi ruangan makan dan terus menuju biliknya namun langkahnya terhenti apabila Hunter memanggilnya.

" Hyung, mari makan.

Hyung jarang makan apa yang saya masak. " , kata Hunter sambil menarik kerusi di ruangan makan.

" Itu sebab Minjae hyung memang jenis bukan suka makan sangat. Makan pun sikit, jarang pulak tu. " , sampuk Sumin yang sedang mencidukkan nasi.

" Nah, Minjae hyung. Saya dah isi nasi banyak tu. No, tiada alasan,  habiskan. " , kata Sumin sebaik sahaja dia melihat Minjae ingin memprotes.

Minjae hanya memandang pinggan itu tanpa ada niat untuk menjamahnya .

" Hyung, kasihankan Hunter itu.

Sanggup dia bangun, masak semata-mata nak isi perut kita semua.

Dia masak kali kedua lagi tu, sebab lauk tadi dah habis. Dia nak Minjae hyung makan juga.

Apa salahnya makan, dia masak sedap tau. " , ujar Sumin lagi.

Sumin kemudian mengisikan lauk daging dan sayur yang Hunter masak itu seterusnya berpamitan ke biliknya.

Di meja makan itu hanya tinggal Minjae kerana ahli lain semuanya sudah melanjutkan aktiviti masing-masing setelah selesai makan tadi.

Benar kata Sumin itu, Hunter sanggup masak trip kedua supaya sepulangnya Minjae dari studio, dia boleh terus makan.

" Erm.. " , katanya sendiri.

" Hyung tak nak makan ?
Hyung tak lapar ?
Atau hyung dah makan tadi di KQ ? " , soal Hunter.

[✓] Sketsa Mini xikers (bab pendek)Where stories live. Discover now