Seduction | 17

3.9K 334 15
                                    

"PAPA! APA PAPA BUAT NI? PAPA BANGUN PA! PAPA TOLONG JANGAN BUAT MANDA MACAM NI..." meronta-tonta tubuh Amanda bila melihat semakin banyak cecair merah keluar dari pergelangan tanga papanya. Dia meraung sehabis daya memanggil nama lelaki itu. Dada papa dipukul-pukul menyedarkan kembali sang ayah namun Amanda tahu tindakannya sia-sia bila dia lihat mata papanya kini terpejam sepenuhnya.

"TOLONG! TOLONG... PAPA!!!" Jerit Amanda. Beg sekolah yang masih tersarung di tubuh ditanggalkan dan dia berlari dengan kaki yang sudah mula terasa longlai ke dalam bilik mencari dimana telefon bimbit papanya untuk meminta bantuan.

"PAPA!!! MANA TELEFON?!" Soal Amanda sambil menarik-narik selimut di katil dan bergerak dengan kelam kabut seperti orang sudah hilang akal.

Telefon papanya tiada di tempat yang selalu papa tinggalkan. Kemudian, Amanda kembali keluar dan tangisannya semakin menggila melihat keadaan papa yang sudah kaku diatas lantai rumah. Poket seluar papanya diseluk, masih tiada telefon.

"TOLONGLAH, YA ALLAH!"

Amanda bangkit dan berlari keluar dari rumah dengan berkaki ayam, pintu rumah jiran disebelahnya diketuk kuat. "Cik Mai! Tolong papa Manda, Cik Mai!" jerit Amanda meminta jirannya membuka pintu.

"Tolong, Cik Mai!!!"

Sebaik pintu dibuka, wajah Cik Mai bertukar risau. "Ya Allah, kenapa ni Amanda? Darah apa ni?" Soal Cik Mai seraya menarik tangan Amanda .

"Papa, Cik Mai! Papa Manda!!!" sambil meluahkan tangisannya makin kuat. Dia tak tahu bagaimana dia mahu cakap. Dia takut sangat dengan apa yang sedang bermain di fikirannya— papa mati. Dadanya terasa mahu pecah dengan hanya membayangkan yang papa memang betul sudah mati.

"Abang! Tolong tengokkan Taufiq dekat sebelah, abang!" Pekik Cik Mai memanggil suaminya yang masih didalam rumah. Laju Pakcik Zahir keluar dan memandang Amanda dengan pandangan yang sama isterinya berikan. Tanpa banyak bicara, dia berlari laju memasuki rumah jirannya.

"Astaghfirullah Taufiq! Apa dah jadi ni? Mai! Telefon ambulans sekarang, Mai!" Jerit Pakcik Zahir kuat. Cik Mai akur dan hilang kembali kedalam rumahnya.

Amanda yang sudah terduduk kembali disebelah papanya memandang Pakcik Zahir yang sedang menekapkan jadi di leher papanya.

"Papa tak apa-apa kan, Cik Zahir? Manda takut!!! Tolong cakap papa Manda tak mati kan?" Soal Amanda sambil menggenggam tangan sang ayah dengan tangannya yang sudah menggigil teruk. Dadanya mula terasa sakit buat dia jadi sukar untuk bernafas.

Air matanya berjurai-jurai jatuh dia tak mampu nak tahan. Dia rasa seperti mahu mati. Ketakutan ini buat dia rasa mahu mati.

"Ya Allah tolonglah, Ya Allah!" Baju papanya digenggam erat sambil wajahnya disembamkan ke dada si ayah.

Papa sakit. Papa rindu mama. Papa kecewa. Papa menangis setiap malam. Papa menyesal sebab tak mampu bahagiakan mama.

Setiap apa yang berlaku pada papanya sepanjang ketiadaan mama bermain-main di kepala Amanda.

"Sabar nak. Kita bawa papa pergi hospital dulu ya" pujuk Cik Mai sambil peluk tubuh Amanda.

•••

DILANTAI hospital, berhadapan dengan unit kecemasan, dengan tangan yang masih dipenuhi darah, dada yang senak, jantung terasa seperti mahu berhenti, kaki yang longlai, pandangan yang mula berpinar, ketakutan yang menggila... Amanda terima berita itu.

Papa dah tiada.

Tubuh Amanda terlorot jatuh ke lantai. Dia terkaku. Dia rasa macam mimpi bila dengar suara doktor yang mengesahkan kematian papanya. Tekak terasa mual. Nafasnya makin hilang.

SeductionWhere stories live. Discover now