Seduction | 22

5.1K 379 29
                                    

          "KENAPA pandang I macam tu?" Soal Amanda sebaik kedua-dua mereka keluar dari perut kereta. Kurang 40 minit lalu, Daniel jemput dia di rumah dan kini mereka akhirnya tiba di satu restoran mewah yang bakal diadakan makan malam untuk menyambut hari kelahiran Tengku Fadira.

Gementar? Tidak. Teruja? Iya.

"You cantik sangat," puji Daniel. Wajah Amanda ditatap dalam. Sejak dia lihat Amanda keluar dari rumah dan dekati dia, dia langsung tak dapat larikan mata dari pandang Amanda.

Dulu, dia sering lihat Amanda di kaca TV, Instagram dan merata-rata billboard dalam memperagakan macam-macam jenama tapi kenapa dia tak pernah tertarik dengan Amanda sepertimana dia tertarik dengan wanita itu sekarang? Tiada perempuan lain yang lebih cantik dari Amanda di mata dia. Hanya Amanda Vierra.

Amanda rapatkan kedudukan mereka. Tali leher Daniel yang sudah sedikit senget dibetulkan dan tangannya kekal didada lelaki itu. Jelas degupan jantung lelaki itu tak tenang. Entah apa sebabnya.

Automatik, tangan lelaki itu membelit pinggang Amanda. Menarik tubuh langsing Amanda lebih dekat ke tubuhnya. Kehangatan tubuh mereka bersatu.

"You are so beautiful, my love"

Mata Daniel jatuh ke bibir merah Amanda, sedikit demi sedikit kepalanya diturunkan untuk mendekatkan wajah mereka...

"Nope! Parents you mesti dah tunggu kita dekat dalam," halang Amanda seraya meletakkan hujung jemarinya di bibir Daniel.

Mata yang tadi di bibir, naik kembali ke mata Amanda. Sempat dia cium jari Amanda yang masih dibibirnya sebelum tangan itu dicapai dan digenggam. Amanda ditarik bersamanya masuk ke dalam restoran berasaskan makanan cina muslim.

Mamanya, Tengku Fadira memang minat chinese cuisine dan restoran ini memang restoran kegemarannya.

Masuk sahaja ke pintu utama, mereka berdua dibawa ke satu bilik yang tertutup dari umum.

Berhenti sahaja mereka di hadapan satu pintu, Amanda menarik nafas panjang. Hari ini, adalah hari yang dia tunggu-tunggukan. Pertemuan empat mata dengan Tan Sri Megat Darrius. Sepanjang hari dia fikirkan hal ini. Hari ini akan jadi hari yang dia ingat seumur hidupnya seperti mana hari dia lihat mamanya dibunuh tangan kejam lelaki itu.

Terpisah sahaja daun pintu dengan bingkainya, Amanda dapat dengar dengan jelas perbualan dua manusia yang terselit dengan tawaan bahagia.

Angkat kepala, Amanda rasakan tubuhnya jadi terkaku bila yang pertama dia lihat adalah seorang lelaki yang agak berusia sedang duduk betul-betul bertentangan dengannya disebalik meja makan. Rautnya mengkhianati usia, meskipun usia sudah lebih separuh abad namun dia masih awet muda. Aura lelakinya masih berkuasa. Jika diludahkan satu janji manis, wanita akan jatuh padanya.

Mata Amanda jatuh pada sepasang mata yang sangat cantik tapi memberi memori tragis di kepalanya.

Seketika, sekelilingnya jadi kelam. Suara mama dan Megat Darrius yang sedang berbicara di ruang tamu rumah Amanda hari nyawa mamanya diambil lelaki ini kembali terngiang-ngiang di telinga seperti rakaman rosak.

Mata Amanda masih kekal di wajah lelaki itu. Bagaimana mata itu boleh memandang semua yang indah ada didepannya lepas apa yang dia dah buat dulu? Bagaimana bibirnya masih boleh tersenyum bahagia lepas dia dah ambil 2 nyawa dengan tangannya sendiri?

"Hey love," panggil Daniel bila Amanda termenung.

Amanda toleh ke sisi.

"You okay?"

Amanda anggukkan kepala. Dia senyumkan wajah dan tangan Daniel yang bersatu dengan tangannya digenggam erat. Terasa genggamannya dibalas dengan satu usapan lembut.

SeductionWhere stories live. Discover now