"BYE BABE, see you around. Next time kita coffee-coffee okay? Banyak tea yang you kena spill" ujar salah seorang rakan influencer Amanda tatkala Amanda meminta diri untuk beransur dari kempen pengeluaran terbaru Tiffany & Co itu.
"No problem, babe"
Selepas berjumpa dengan beberapa kenalan lain dan orang penting untuk kempen itu, Amanda terus pergi bersama Bobby.
Masuk sahaja ke dalam kereta, jam yang tertera diatas dashboard dipandang. Jam sudah memasuki angka 9 malam.
"Sempat tak kalau kita balik kondo sekejap?"
"Sebelum midnight?" Soal Bobby kembali sekaligus mengingatkan Amanda tentang program mereka malam ini.
"Mhm..."
"Sempat tapi you nak ambil apa kat sana, nok?"
"I nak ambil something,"
Bobby angguk faham. Amanda semacam tak jawab soalan dia dan dia malas nak buka mulut untuk tanya lagi.
Sambil berbual kosong, kereta dipandu Bobby terus memasuk jalan untuk ke kondo Amanda.
Tiba sahaja di kondo mewah itu, mereka beriringkan turun dari kereta dan naik ke aras rumah Amanda.
"Apa tu?" Soal Bobby bila mata liarnya mula menangkap sesuatu yang tersangkut di grill rumah Amanda dari jauh. Matanya dikecilkan untuk fokus pada objek tersebut.
Amanda yang tidak tahu menahu turut memandang pelik ke arah yang sama.
"Bouquet? Daniel yang hantar ke? How sweet, tapi kenapa dia tak hantar dekat rumah Hans je? Dia tak tahu ke yang you dah lama tak balik sini? Tak pasal-pasal layu dah bunga cantik ni," bebel Bobby sambil tangannya menilik-nilik bunga ditangan.
Namun, bukan siapa si penghantar atau kemana yang dia patut hantar yang jadi fokus Amanda melainkan bunga di tangan Bobby itu sendiri.
"Black roses and red tulips, what a perfect match" puji Bobby sambil tersenyum.
"You nak tahu apa maksud black roses and red tulips, Amanda?"
"What, Bobby? Love?" Soal Amanda sinis. Sambil itu kad akses rumahnya dikeluarkan dan dilalukan di muka pintu.
Tit!
Kunci pintu terbuka.
"In Persia, red tulip means love and black roses means loyal... sebab tu I cakap, these two flowers are perfect match"
Pergerakkan Amanda terhenti.
Setia dan cinta.
Atau...
Dendam dan kebencian?
Amanda toleh kepala dan bunga ditangan Bobby kembali dipandang.
Siapa yang beri dan apa makna yang cuba disampaikan dari dua jenis bunga jijik itu?
Jelas sekali, Amanda tahu ianya bukan dari Megat Daniel. Jadi, adakah bunga itu dari Emylia Rose?
Permainan in... semakin mengujakan.
"Buang bunga tu, Bobby."
"What?!"
Balik ke tujuan asal, bilik tidurnya dimasuki dan satu kotak diambil bersamanya sebelum dia kembali keluar dari bilik. Sebelum ini, kemana-mana dia akan bawa kotak ini tapi disebabkan keadaan sedikit huru hara kebelakangan ini, dia terlupa untuk bawa kotak hitam itu bersama.

ANDA SEDANG MEMBACA
Book 4 : Seduction
RomanceMegat Daniel | Amanda Vierra Ya, hidup lelaki itu sempurna. Lahir dalam kemewahan, hidup sempurna bersama keluarga yang bahagia dan lengkap. Paras rupa yang menawan dan tentunya dapat menarik hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Dia punya segalanya...