SEORANG lelaki berbadan tegap yang memakai uniform bomba berjalan menghampiri tempat rehatnya sambil meregangkan ototnya. Keluhan berat dilepaskan lalu kepala digelengkan."Apa benda la.. cakap ada kebakaran rupa-rupanya jiran dia bakar daun kering je. Sia-sia je kita pergi. Penat betul aku nak layan panggilan macam ni.."
Keluhnya lalu menghempas kasar badannya ke atas katil di dalam bilik yang dikhaskan di balai bomba.
Luqman terkekeh ketawa mendengar keluhan rakannya itu. Dia membuka zip baju kerjanya lalu dihenyak kasar punggung diatas katil.
"Alah Malique.. macam la kau tak biasa dapat panggilan macam ni. Kita sebagai pasukan penyelamat ni kena layankan je la walaupun agak penat.."
Malique mendengus. Direhatkan tangan didahinya dengan mata dipejam erat. Sememangnya dia akan berehat tanpa menanggalkan pakaian kerja dan kasut kerjanya kerana dia harus bersiap sedia jika ada emergency mendadak.
Maklumlah, dia harus segera pergi ke tempat kejadian sebelum ia makin teruk pula nanti.
Luqman mengintai telefon Malique yang berdering. Dia berdecit sambil menggosok telinganya. Huh! Nak rehat tapi bising pula!
"Liq, telefon kau berbunyi tu. Taknak jawab ke?"
"Hmm biarlah. Aku tahu siapa yang call aku. Aku dah tetapkan nada dering kalau budak tu call aku. Biar aa dia. Semak je."
Luqman terkekeh ketawa. Macam la dia tidak tahu siapakah gerangan yang mengganggu Malique ketika ini.
"Elehh. Bukan main kata semak. Padahal sayang juga adik dia tu.."
Malique mencelik mata. Dijeling sahaja rakannya itu. Betul la tu. Walaupun Malique ni nampak seperti hati kering, namun dia sayang akan ahli keluarganya.
Tapi maklum lah, kadang-kadang ada juga perasaan malas melayan nak-nak lagi jika si adik merengek nak macam-macam.
Adik-adik, please lah. Jangan la anggap kakak dan abang awak ni banyak duit sangat. Kami kerja pong pang pong pang tak bermakna kami ni billionare. Konon la kami lagi tua, boleh pula korang anggap kami banyak duit ya?
"Jawab je la Liq.. sakit kepala aku dengar nada dering kau tu." Malique gelak perlahan. Dia meletakkan nada dering 'Pen-Pineapple-Apple-Pen'. Memang sakit kepala la orang sekeliling mendengarnya.
"Yelah. Ish aku nak rest kejap pun tak boleh.. mengganggu betul minah cenonet ni.." Malique memanjangkan tangannya lalu diambil telefon nipisnya itu. Dia berdecit kejap sebelum menjawab panggilan adiknya itu.
"Hmm hello. Kau nak apa pula kali ni? Banglo? Penthouse? Mercedes? Cakap je. Nanti aku suruh Luqman belanja."
Tercelik mata Luqman. What?! Apahal aku?!
'Ish abang ni.. bukanlah! Mikayla nak duit belanja je.. umi cakap minta dengan abang..'
Malique mendengus kasar. "Amboi? Kau ingat aku mesin atm kau? Pergi la minta dengan walid."
'Alaa abang ni.. walid dah bagi dah duit pada Mikayla. Takkan la Mikayla nak minta lagi? Malu la..'
"Eleh dengan aku tak malu pulak?"
'Abang kan hensem.'
Malique berdecit. Benci betul dengar pujian ada makna tu.
"Bagi nombor acc. Nanti aku transfer 200. Cukup tak?"
'Yeayy thank you abang! Sayang abang! Ok kejap nak hantar.'
Tutt. Tuttt.
Tercengang Malique dibuatnya. Dia terus menjarakkan telefon dari telinga lalu memandang skrin telefon dengan mata terkedip-kedip.
YOU ARE READING
MALIQUE : FIRE OF MY HEART [EBOOK]
RomanceHumaira.. Satu nama.. yang membuatkan jantung seorang lelaki bernama Malique berdegup laju.. pertama kali menatap mata itu.. pertama kali juga la hatinya merasakan ada sesuatu dalam diri gadis itu.. Adakah.. cinta pandang pertama? Disaat semua orang...