[Cerita ini berkaitan kehidupan antara dua hati. Tidak terlalu fokus dengan pekerjaan si lelaki. Sekian hehe.]{Welcome}
DI SUATU pagi yang redup, kelihatan seorang gadis muda bersama bapanya sedang menonton TV di ruang tamu. Bergema bunyi suara kekehan ketawa gadis itu menonton drama kegemarannya, Shin Chan.
Encik Alzam hanya senyum sambil mengelus rambut anak daranya yang sedang melentokkan kepala ke dadanya. Anaknya itu sangat manja dengannya walaupun sudah berusia 25 tahun.
Sebenarnya, anaknya itu sememangnya manja dengan semua orang. Kerana.. dia mempunyai sedikit masalah dari segi kesihatannya yang dipanggil immature personality disorder.
Dia sudah dewasa namun sikapnya masih kekanakan-kanakan. Dia dianggap istimewa oleh bapanya. Anaknya itu selalu inginkan kasih sayang sewajarnya dari ahli keluarganya.
Dia cepat menangis dan cepat terasa jika seseorang menyakiti hatinya dengan perkataan. Orang sekeliling juga tidak boleh bercakap kasar dengannya kerana dia akan terfikir bahawa orang tersebut sedang memarahinya.
Dengan kata lain, sikapnya seperti kanak-kanak berumur 5 tahun. Yang sentiasa merengek inginkan sesuatu dan sering memberontak.
Bukan dibuat-buat, namun dia sememangnya mempunyai penyakit itu dari kecil lagi. Ahli keluarganya harus mempunyai kesabaran yang tinggi dalam menjaganya.
Cinta Alhumaira.. nama gadis istimewa itu. Dia dijaga bagai menatang minyak yang penuh oleh Encik Alzam.. Encik Alzam amat menyayangi anaknya itu sehingga sanggup bekerja separuh hari semata-mata untuk meluang waktu bersama Humaira.
Humaira memuncung tatkala iklan terpapar dikaca tv. "Alaaa papa.. kenapa iklan? Maira nak tengok abang shin chan la. Tolong la tukar balikkk.." rengek Humaira seraya menggoncangkan badan bapanya.
Encik Alzam tergelak perlahan. Digosok kepala anak daranya itu. "Tunggu kejap je.. abang shin chan pun nak rehat juga.. dia nak makan kejap." Humaira meng'oo'kan sahaja.
Dia sememangnya akan percaya 100% apa yang dikata oleh orang sekelilingnya. Dengan kata lain, hati gadis ini sangat bersih sehingga dia menganggap semua orang adalah baik dan jujur dengannya.
Humaira menoleh semula ke kaca tv tatkala ada sesuatu yang menyeronokkan terpapar. Tersenyum lebar dia melihat iklan itu.
"Papa papa.. tengok tuu.. ada api laa.. fire fire!" Jeritnya sambil menunjukkan api yang marak didalam Tv. Encik Alzam senyum sahaja melihat itu.
"Maira suka api ya?" Humaira menggeleng laju. "Maira tak suka api.. panas.. takut.. tapi Maira suka tuu..." Humaira menunding jari ke arah anggota bomba yang sedang memadam api yang marak menggunakan alat pemadam api.
Encik Alzam menoleh ke kaca tv. Tersenyum dia melihat anak muda yang sedang bertungkus-lumus memadam api tersebut.
"Ooh.. tu namanya bomba.. memang tugas bomba untuk memadam kebakaran.." Encik Alzam mengusap sahaja pipi Humaira yang agak tembam. Dia masih lagi menganggap anaknya itu berumur 5 tahun walhal gadis itu sudah berginjak dewasa.
Humaira mengangguk. "Hebatnya diorang.. Maira nak kawan dengan abang-abang tu boleh? Diorang baik macam Maira kan? Sebab diorang penyelamat kan?"
Encik Alzam gelak sahaja. "Tapi mereka ahli penyelamat negara.. mereka tak sempat la nak berkawan dengan Maira.. nak main guli dengan Maira pun tak sempat sebab diorang sibuk.."
Humaira memuncung mendengar itu. "Alaa kenapa? Setiap hari ke ada kebakaran tu papa?" Encik Alzam menggeleng. Disisir rambut anaknya itu. Dia hanya melayan sahaja soalan Humaira.
YOU ARE READING
MALIQUE : FIRE OF MY HEART [EBOOK]
Roman d'amourHumaira.. Satu nama.. yang membuatkan jantung seorang lelaki bernama Malique berdegup laju.. pertama kali menatap mata itu.. pertama kali juga la hatinya merasakan ada sesuatu dalam diri gadis itu.. Adakah.. cinta pandang pertama? Disaat semua orang...