HUMAIRA menongkat tangannya ke longkang dihadapan rumahnya. Memuncung bibirnya menantikan abang bomba yang ditelefon tadi.Tangan kanan menongkat dinding longkang manakala tangan kiri menutup hidung menahan bau busuk air longkang.
"Hmm papa kata abang bomba datang lepas Maira call. Tapi takde pun? Mana abang bomba ni?" Tanya Humaira seraya mata memandang sekeliling menanti abang bombanya.
Encik Alzam keluar sekejap untuk menguruskan hal syarikatnya manakala Puan Camelia pula tiada dirumah untuk pergi ke perjumpaan rakan-rakannya.
Hari ini, Bik Rina iaitu penjaga Humaira tiada kerana dia perlu balik mendadak ke rumahnya atas urusan kecemasan.
Dan Encik Alzam telah membenarkan Bik Rina pulang kerumahnya untuk menyelesaikan masalah itu. Encik Alzam telah menyuruh isterinya menjaga Humaira dirumah namun isterinya itu melanggar arahannya.
Tengok la sekarang.. boleh pula Puan Camelia tinggalkan Humaira seorang diri dirumah semata-mata untuk berjumpa rakannya. Kerana itulah Humaira berani melakukan kerja ini sekarang.
Tersengih Humaira tatkala telinganya mendengar siren bomba dari jauh. Dia terus berdiri tegak lalu mengemaskan sedikit rambutnya yang agak kusut.
Hehehhehe tak sabar nak jumpa abang bomba! Maira taknak apa pun.. Maira nak kawan je dengan abang bomba..
Sebuah jentera bomba berhenti betul-betul dihadapan longkang yang diduduki Humaira.
Longkang itu agak besar, dan Humaira agak susah keluar dari longkang itu kerana ketinggiannya yang agak rendah.
Luqman, Malique serta rakan seperjuangannya keluar dari jentera bomba lalu menghampiri Humaira yang sedang tersengih ke arah mereka.
"Abang bomba! Sini!" Jerit Humaira seraya tangan melambai-lambai ke arah mereka. Luqman menoleh ke arah rakan seperjuangannya.
"Kau kata budak? Kenapa aku tengok macam remaja je dia tu?" Rakannya menjungkit bahu. "Entah. Tapi diorang kata memang budak yang call."
Luqman mengeluh. Dipicit batang hidungnya menahan geram. Dia menoleh semula ke arah Malique. "Kita kena prank ke apa ni?"
Malique buat tak endah soalan Luqman. Dia melangkah perlahan-lahan mendekati seorang gadis yang sedang sengih bahagia didalam longkang.
Malique perhatikan sahaja wajah comot Humaira ketika ini. Dia duduk mencangkung dihadapan Humaira lalu merenung sahaja wajah Humaira.
Cantik... tapi.. kenapa perangai dia agak lain berbanding remaja lain? Gumamnya dalam hati.
"Hye! Awak abang bomba yang dalam tv tu kan? Yang sembur-sembur air shuhhhhhhhh dekat api tu kan?" Tanya Humaira dengan sengihan lebar seraya tangan seumpama menyembur sesuatu.
Malique mengerdip mata mendengar itu. Percakapan gadis ini.. agak lain berbanding gadis dewasa yang lain.
Malique senyum tipis. "Adik buat apa dalam longkang ni? Tak busuk ke?" Tanya Malique perlahan.
Luqman dan rakannya hanya mencekak pinggang. Sudahlah sekarang panas. Boleh pula gadis itu main-mainkan mereka.
Humaira memuncung. "Nama Maira, Humaira la.. bukan adik.. lagi pun Maira dah besar.. papa cakap adik tu untuk budak-budak je... Maira bukan budak-budak.. hehe.."
Malique mengemam bibir kejap. Dia masih merenung Humaira ketika ini. "Okay Maira.. Maira buat apa dalam longkang ni? Kenapa.. Maira boleh berada disini? Maira terjatuh ke?"
Humaira menggeleng. "Taklahh heheh. Maira tak jatuhh.. Maira nak jumpa abang bomba sebab tu Maira duduk dalam ni.. papa kata abang bomba datang selamatkan kucing yang terjatuh ke dalam longkang.. jadi, abang bomba pasti akan datang kalau Maira duduk dalam ni kan?"
YOU ARE READING
MALIQUE : FIRE OF MY HEART [EBOOK]
RomanceHumaira.. Satu nama.. yang membuatkan jantung seorang lelaki bernama Malique berdegup laju.. pertama kali menatap mata itu.. pertama kali juga la hatinya merasakan ada sesuatu dalam diri gadis itu.. Adakah.. cinta pandang pertama? Disaat semua orang...