BAB 4❤️‍🔥

1.8K 272 44
                                    



"SAYA minta maaf banyak-banyak pada encik.. silap saya kerana membiarkan anak saya menelefon encik.. saya minta maaf menyusahkan encik dan rakan-rakan encik.."

Ucap Encik Alzam seraya menunduk sedikit dihadapan Malique yang sedang duduk di sofa rumahnya.

Kebetulan pula mereka tiada panggilan kecemasan. Jadi, Malique hanya menerima sekejap jemputan Encik Alzam ke rumahnya.

Luqman dan rakan seperjuangannya menunggu Malique di jentera bomba. Mereka memberi masa Malique mendengar apa yang dikata Encik Alzam.

Malique mengangguk perlahan. Dia menoleh ke arah Humaira yang sedang menonton Shin Chan ditepi bapanya. Gadis itu sudah mandi sebentar tadi.

Dan sekarang dia hanya fokus dengan ceritanya tanpa masuk campur ke dalam urusan bapa serta abang bombanya itu.

Encik Alzam yang perasan akan mata Malique yang memandang anaknya itu terus menoleh ke arah Humaira. Diusap kepala anak gadisnya itu dengan keluhan berat.

"Kenapa biarkan dia duduk bersendirian dirumah? Encik tahu kan apa-apa boleh terjadi sekelip mata sahaja?" Tanya Malique mendatar.

Encik Alzam menoleh semula ke arah Malique. Terkedip-kedip matanya ketika ini.

Malique senyum tipis. "Immature personality disorder?" Terbeliak mata Encik Alzam mendengar soalan Malique.

"Macam mana.. encik tahu?" Malique senyum. "Saya pernah dengar tentang penyakit ni dari umi saya. Dia pernah bertemu pesakit yang sama seperti anak Encik Alzam.. dan saya tak salahkan Humaira dalam hal ini...

...kerana dia juga tidak tahu apa kesannya jika dia menelefon anggota bomba sesuka hati.. saya minta maaf jika saya membuat encik terasa hati namun, dalam hal ini saya memang akan salahkan ibubapanya kerana tidak menjaganya dengan rapi."

Encik Alzam mengangguk. Ditunduk kejap kepalanya. "Saya minta maaf sekali lagi.. saya berjanji perkara ini tidak akan berlaku lagi.. saya mohon maaf encik bomba.."

Malique mengangguk sahaja. "Tak apa.. saya harap ini kali terakhir." Encik Alzam mengangguk. Dia menoleh ke arah Humaira lalu dibelai rambut anaknya itu.

"Maira.. pergi minta maaf pada abang bomba.." memuncung bibir Humaira. Dia terus menoleh ke arah bapanya.

"Alaa kenapa? Maira cuma panggil abang sebab Maira nak berkawan je.. bukannya Maira kacau abang kerja pun. Kan abang kan kan?" Tanya Humaira kepada Malique.

Malique hanya menayangkan senyum sahaja dihadapan Humaira. Dia tidak salahkan Humaira dalam hal ini. Kerana itulah dia tidak menengking Humaira. Jika orang normal melakukan ini, mahu Malique menjerkah sampai bergegar dunia nanti..

Terkedip-kedip mata Humaira melihat senyuman Malique. Namun.. bukan itu yang difokuskan.. ada.. sesuatu yang menarik perhatiannya ketika ini.

Humaira bangun dari duduknya lalu melangkah menghampiri Malique. Encik Alzam sudah tidak senang duduk melihat itu. "Maira.. jangan kacau abang tu.. mari sini dekat papa.."

Humaira tak endah. Dia mendekati Malique lalu menunduk memandang Malique. Berkerut kejap dahi Malique. Dia mendongak memandang Humaira yang memandangnya tak lepas.

"Kenapa?" Tanya Malique perlahan. Humaira memuncung kejap. "Mana? Tadi ada.. kenapa dah hilang?" Tanya Humaira seraya membongkok lalu merenung wajah Malique dengan amat kedudukan yang amat rapat sehingga kepala Malique terkebelakang.

Encik Alzam terus berdiri dari duduknya lalu menghampiri Humaira. "Maira.. jangan buat macam tu pada abang.. abang tak selesa tu." Tegur Encik Alzam seraya memegang kedua lengan Humaira.

"Kejap papa.. tadi Maira nampak sesuatu tapi sekarang dah hilang.. mana hilangnya benda tadi abang? Abang sorokkan macam mana?"

Berkerut kejap dahi Malique. "Sorok? Abang tak sorok apa-apa.. Maira nampak apa?"

Humaira memuncung. "Alaa.. tadi Maira nampak ada longkang dekat pipi abang. Tapi sekarang dah hilang pula."

Berkerut dahi Malique. "Longkang?" Encik Alzam senyum tipis mendengar itu. "Maira.. berapa kali papa nak beritahu? Bukan longkang.. tapi lekuk pipi la.."

Malique mengangguk faham mendengar itu. "Ooh.. maksud Maira, lesung pipit abang ke? Macam ni?" Malique terus menayangkan senyuman lebar untuk menunjukkan lesung pipit dibahagian kirinya.

Tersenyum lebar Humaira melihat itu. Dicucuk lekuk pipi lelaki itu dengan jari telunjuknya. "Wahhh comelnya lekuk pipi abang.. nampak cute laa.." ujar Humaira seraya menekan-nekan pipi Malique.

Malique memejam mata kejap. Fuhh. Pedih juga la jemari runcing tu tekan pipi dia.

Encik Alzam menahan tangan Humaira. "Dah dah.. kesian abang tu.. jangan tekan kuat macam tu. Sakit la abang nanti.."

Malique senyum sahaja mendengar cara Encik Alzam bercakap dengan Humaira. Dia yakin pasti Encik Alzam sangat menjaga Humaira dengan teliti.

Mungkin tadi Encik Alzam terlepas pandang. Lagi pula dalam hal ni bukannya Encik Alzam salah 100%.. namun.. ada orang lain yang bersalah..

"Awak.. kenapa ada trak bomba dekat luar tu?" Tanya Puan Camelia yang sedang melangkah memasuki rumahnya dengan beg shopping ditangan. Kejap-kejap mata memandang ke arah luar rumah.

Humaira sengih. "Maira yang call abang tadi! Maira dah dapat kawan dengan abang bomba!" Jerit Humaira seraya menepuk tangan gembira.

Berkerut dahi Puan Camelia. "What?! Maira call bomba?! Untuk apa?!" Terhinjut bahu Humaira mendengar jerkahan ibunya.

Dia terus memeluk erat badan Encik Alzam untuk bersembunyi dari Puan Camelia.

Malique yang mendengar itu berdehem kejap. Dia terus bangun dari duduknya lalu menunduk pamit. Dia tidak mahu masuk campur urusan keluarga orang lain.

"Saya balik dulu, Encik Alzam." Ujarnya kepada Encik Alzam namun mata memandang riak takut Humaira. Berkerut dahinya melihat gadis itu bergetar hebat ketika ini.

Encik Alzam mengangguk. "Terima kasih encik Malique dan saya minta maaf atas segalanya.."

Malique mengangguk sahaja. Dia terus memusingkan tubuhnya untuk keluar dari rumah itu. Kerjanya dah settle. Malas nak cari kerja masuk campur urusan keluarga orang pula.

"Maira ni memang suka menyusahkan mama kan?! Tak cukup lagi memalukan mama dengan status Maira, sekarang Maira call bomba untuk berkawan pula?! Malu la mama kalau Maira buat perangai macam ni setiap hari!"

Terhenti langkah Malique mendengar apa yang ditutur Puan Camelia tadi. Berkerut hebat dahinya.

What? Seorang mak boleh berkata begitu pada seorang anak?

Encik Alzam mencerlung tajam Puan Camelia. "Jangan melebih sangat Camelia, saya dah lama sabar dengan awak! Jangan salahkan Maira dalam hal ini! Awak tu pergi ke mana?! Saya tinggalkan awak bersama Maira sekejap sahaja! Tapi mana tanggungjawab awak sebagai ibu?! Takkan la jaga sekejap pun tak boleh?!"

Humaira makin teresak. Ditutup kedua telinganya lalu digeleng laju kepalanya. Air mata dibiarkan sahaja menitis tanpa henti. Encik Alzam pula setia menggosok lengan anaknya.

Puan Camelia gelak sinis. "Dia dah berumur 25 tahun! Bukannya 5 tahun! Kenapa saya nak jaga dia pula sedangkan dia dah dewasa?!"

Encik Alzam mengeluh kasar. Diraup kasar wajahnya. "Awak dah lupa ke keadaan dia?! Awak dah lupa ke penyakit anak awak?!"

Puan Camelia senyum sinis. Dia berpeluk tubuh dihadapan suaminya.

"Oops lupa. Anak awak ni kurang upaya. Saya terlupa akan hal itu kerana saya tak terima dia sebagai anak saya!"

"Maaf mencelah, tapi kata-kata puan tu sangat melampau bagi saya."

Puan Camelia terus memandang Malique yang sedang merenung tajam ke arahnya.

TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️

MALIQUE : FIRE OF MY HEART [EBOOK]Where stories live. Discover now