PROLOG💋

17.9K 378 66
                                    



SEORANG perempuan memejam mata kejap tatkala dia terjumpa seorang lelaki yang dia tidak mahu temui. Dia berdiri dihadapan jejaka itu sambil berpeluk tubuh. Kening dijungkit kepada lelaki itu.

"What do you want Raiqal? Can you.. please.. stop terkejarkan i? I told you already that i don't interest of you! Celah mana lagi you tak faham ni, Raiqal? You nak i buat siaran besar-besaran di Kuala Lumpur ni ke agar you jauhkan diri you dari i?"

Tanya perempuan itu dengan riak bengis. Sesungguhnya dia sudah penat dikejar seseorang yang dia tidak mahu. Sudah dia kata dia tidak minat lelaki yang seumuran dengannya, namun lelaki itu tidak faham akan kehendaknya.

Raiqal berdecit mendengar itu. Dia melangkah menghampiri gadis itu namun gadis itu seperti mengelak darinya.

"Tisha, tak boleh ke you cuba terima i? Kita dah lama berkawan. Dan i selalu je cari peluang untuk rapat dengan you.. kenapa you tak minat pada i?"

Terjungkit kening Trisha mendengar soalan itu. Dia mengusutkan rambutnya lalu menghentak kakinya ke lantai.

"Sebab boleh dik, sebab boleh. Kalau i cakap i taknak, ia bermakna i taknaklah. Kenapa nak paksa i? Hanya i yang boleh tetapkan siapa yang i suka. Dan you, not my taste at all. I taknak. So please, shuhh shuhh."

Ujar Trisha lalu dia memusingkan tubuh untuk melangkah ke kereta. Panas! Nak shopping pun tak senang kalau begini la gayanya. Fikirnya dia boleh membeli-belah dengan tenang. Namun Raiqal pula yang terhegeh-hegeh pada dia sekarang.

"Beritahu i.. you minat lelaki yang macam mana, Trisha?" Terhenti langkah Trisha mendengar soalan itu. Dia gelak sinis lalu memusingkan tubuh mengadap lelaki yang berbadan tegap itu.

"You betul-betul nak tahu ke? Jangan menyesal sebab ciri-ciri dia tiada pada you." Raiqal menolak isian pipi dengan lidah mendengar itu. Dia berpeluk tubuh dihadapan Trisha lalu menjungkit kening.

"Beritahu la. I sedia nak tahu."

Trisha senyum senget. Dia melangkah menghampiri Raiqal sambil mata memandang Raiqal dari atas ke bawah. Raiqal pula setia menanti percakapan Trisha.

Trisha berhenti dihadapan wajah Raiqal lalu senyum manis.

"Badan you tegap.. you pun kaya.. dan you mewah.. itu adalah.. ciri-ciri lelaki yang i suka." Raiqal senyum senget mendengar itu. "Habis tu? Kenapa you reject i?"

Trisha menjarakkan dirinya dari Raiqal lalu senyum manis. Lebih kepada sinis.

"Sebab umur you sama dengan i. I tak minat lelaki yang muda dari i, apatah lagi yang sama umur dengan i. I suka.. lelaki yang lebih lebih lebih tua dari i...." ujar Trisha dengan senyuman menggoda.

Berkerut dahi Raiqal. "Lebih tua?"

Trisha menggeleng. "Nope. Lebih lebih dan lebih. Dengan kata lain...." Trisha merapati Raiqal lalu mendekatkan bibirnya ke telinga Raiqal. Sempat dia gelak sinis.

"Sugar daddy.." bisiknya perlahan. Terbeliak mata Raiqal mendengar itu. Trisha menjarakkan dirinya lalu mengenyit mata sebelum dia melangkah pergi dari situ.

Tercengang Raiqal dibuatnya. "What? Sugar daddy? Maksudnya.. dia minat lelaki yang seumuran bapa dia ke apa?" Bisik Raiqal sendirian sambil mata tertancap ke arah Trisha yang sedang melangkah memasuki kereta mewahnya.

*:・゚✧*:・゚✧

MUZIK 'fight song' by Rachel kedengaran disebalik earphone milik seorang lelaki yang sedang berjoging dikawasan rumahnya. Dia hanya fokus memandang hadapan ketika berlari di taman dihadapan rumahnya.

Sesekali dia mengesat keringat di leher serta pelipisnya. Singlet yang dipakainya menayangkan lagi badan kekarnya yang sedikit tan. Seluar pendek paras lutut menunjukkan lagi betapa sasanya betis serta kakinya.

Sesekali dia berhenti dihadapan taman perumahan untuk meregangkan sedikit ototnya. Sememangnya dia akan berjoging waktu petang selepas pulang dari kerja. Dia sememangnya aktif bersukan. Dia memang mengajar dirinya bersukan supaya dia sentiasa sihat dan sukar mendapat penyakit.

"Zaf.. amboi.. kuat betul Zaf bersukan eh? Walaupun dah umur 45, tapi tenaga macam orang muda.." seloroh Mak Timah iaitu jirannya. Zafran panggung kepala ke suara itu. Dia senyum lalu ditanggalkan earphone di telinganya.

"La.. Mak Timah ada.. rajin pula ke sini? Biasanya Mak Timah lepak dirumah tengok drama korea kan?" Tanya Zafran seraya kaki melangkah mendekati Mak Timah yang sedang enak menikmati cekodok di bangku.

Mak Timah terkekeh ketawa mendengar itu. "Memang la.. tapi hari ni kebetulan cucu Mak Timah datang rumah.. tu duk main dengan mak dia tu.." Mak Timah memuncungkan bibir ke arah seorang perempuan yang sedang menjaga anak lelakinya bermain gelongsor.

Zafran menghenyak punggung ditepi Mak Timah. Dia mengangguk sahaja mendengar itu. Mak Timah menghulurkan cekodok kepada Zafran. "Nak?"

Zafran menggeleng. "Takpe la Mak Timah.. saya tak makan makanan berminyak. Kolestrol." Mak Timah gelak perlahan lalu mengangguk.

"Haih kamu ni.. jaga pemakanan sungguh ya? Tapi baguslah.. dah tua-tua ni kena jaga pemakanan kalau taknak penyakit datang.."

Zafran menjeling tatkala Mak Timah menyebut 'tua.' Dia pantang tau orang panggil dia tua.. orang panggil dia pakcik pun dia tak suka.

"Eleh. Habis tu Mak Timah tu? Kenapa tak jaga pemakanan? Ni mesti perasan muda kan?" Tanyanya dengan sengihan nakal.

Mak Timah menjeling. Diambil surat khabar ditepinya lalu dipukul lengan Zafran dengan surat khabar itu.

Zafran terkekeh ketawa. Mak Timah hanya menggeleng dengan senyuman. Mungkin bagi orang lain, Zafran seorang yang sombong kerana riak wajah Zafran agak sombong. Tapi jika orang mengenali Zafran, pasti mereka tahu bahawa Zafran ni mudah bergurau dengan sesiapa.

Mak Timah perhatikan sahaja Zafran yang sedang memandang sekeliling.

"Ni Zaf.. kamu ni.. tak berminat nak berkahwin ke? Berkeluarga ke? Umur kamu ni dah sesuai dapat 3 anak tau?"

Zafran mengerutkan dahi. "Wuishh.. sampai 3 anak.. ingat Zaf ni kilang ke Mak Timah?"

Mak Timah sengih. "Mak Timah tanya je.. umur kamu tu dah lanjut dah Zafran.. dah hampir 50an dah pun. Apa salahnya berkahwin sekarang kan? Setidaknya dapat la juga 2 anak sebelum masuk 50an tu."

Zafran menggaru telinga.. haa ini yang malas ni. Asyik bercakap tentang kahwin je. Zafran taknak. Faham tak, taknak? Dia lebih fokus dengan bisnesnya sahaja. Langsung tiada niat untuk menjaga keperluan orang lain sedangkan keperluan syarikat pun dia harus jaga dengan teliti.

"Nak start la tu.." gumam Zafran namun didengari Mak Timah. Mak Timah menggeleng.

"Cuba la.. bertemu orang.. bercinta kejap lepas tu kahwin terus.. lepas tu--"

"Kejap Mak Timah.. ada orang call." Ujar Zafran lalu menyeluk tangan ke dalam poket untuk mengambil telefonnya yang bergetar.

Mak Timah menjeling. Haa. Nak lari la tu. Asal aku bebel je nak lari. Asal nak lari je, aku bebel.

"Hello Kamarul? Esok? Hmmm.. boleh. Tapi petang sikit la. Sebab aku sibuk dengan client... ahhahah gosh dah berapa tahun aku tak call kau.. sorry aku memang busy. Aku janji esok aku berjumpa kau. Alright? Okay then."

Terjungkit kening Mak Timah. "Siapa? Jodoh ke?" Zafran menjeling Mak Timah seraya menyimpan semula telefon ke dalam poket. Dia bangun dari duduknya lalu meregangkan ototnya.

"Haish tak habis-habis tentang jodoh. Mak Timah pergi la kahwin sana! Asyik suruh saya je.." bebel Zafran sebelum dia mula berjoging semula.

Ternganga Mak Timah mendengar itu. "Kurang asam punya budak bertuah.. disuruhnya aku berkahwin. Aku dah ada 9 anak. Dia nak suruh aku beranak ramai-ramai lagi ke apa?"

TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️

MR ZAFRAN (SPICY LOVE NEW VERSION) [EBOOK]Where stories live. Discover now