TRISHA menghempas kasar badannya ke katil secara meniarap. Semua beg shopping dilempar diatas lantai biliknya. Penat. Penat shopping..Setiap hari malah setiap masa Trisha akan keluar bershopping seorang diri. Kerana apa? Kerana dia tiada kerja lain selain menghabiskan duit papanya. Dah dia anak tunggal kan? Konfirm la dia je yang boleh habiskan harta papa dia. Termasuk mama dia la heheh.
Tok tok!
"Tisha.. buka pintu kejap." Trisha berdecit mendengar itu. Dia mendengus kasar. "Masuk la. Tisha tak kunci pun." Jawab Trisha seumpama malas melayan.
Encik Kamarul masuk ke dalam bilik anak perempuannya. Digeleng kepalanya melihat betapa berseleraknya bilik anak gadisnya itu.
"Ya Allah.. ni bilik ke tongkang pecah? Cuba-cubalah mengemas sikit Tisha.. malu la orang tengok." Bebel Encik Kamarul seraya duduk di kerusi ditepi katil Trisha.
Trisha mendengus. "Papa.. kalau masuk hanya untuk membebel, lebih baik papa keluar balik. Tisha penat ni."
Encik Kamarul menjeling. "Penat apa? Habiskan duit papa?"
"Haa berkira. Dengan anak pun berkira. Tak bau Syurga nanti."
Encik Kamarul menggeleng mendengar suara timbul tenggelam anaknya. Trisha tu memang suka menjawab. Maklumlah, dari kecil asyik dimanjakan ibubapa. Orang panggil anak emas.
"Ni.. Raiqal ada berit--"
"Stop! Tisha dah agak. Mesti pondan tu mengadu pada papa lagi kan?"
Berkerut dahi Encik Kamarul. "Tisha.. cuba bangun dari baring tu dan mengadap papa. Tak elok la bercakap tak pandang muka papa." Arah Encik Kamarul seraya menepuk badan anaknya.
Trisha memuncung. Dia terus bangun dari baringnya dengan riak cemberut. Walaupun dia ni suka menjawab, tapi dia takde la sampai ke tahap degil sehingga kurang ajar pada bapanya.
Encik Kamarul menggeleng dengan senyuman melihat rambut kusut anaknya. Dielus perlahan kepala anaknya itu.
"Reject dia lagi?"
Trisha memuncung. "Kenapa tanya soalan yang dah ada jawapan?"
"Kenapa asyik reject dia? Papa tengok elok je dia tu.. setiap masa dia usaha nakkan Tisha tau?"
Trisha mencebik lalu berpeluk tubuh. "Siapa suruh dia bukan orang tua? Kalau dia tua, dah lama Tisha kahwin dengan dia."
Encik Kamarul menepuk dahi mendengar itu. "Kenapa Tisha minat sangat orang tua ni? Nak jaga warga emas ke apa?" Geram! Anaknya itu tak habis-habis. Asyik minat lelaki yang lebih tua sahaja.
Silap. Bukan lebih. Namun lebih,lebih,lebih dan lebih tua. Dengan kata lain, sama umur dengannya. Mana tak pening kepala seorang bapa dengan sikap anaknya begitu?
"Bukan warga emas la pa.. tapi hot. Hot and spicy. And of course, delicious." Ujar Trisha lalu mengenyit matanya. Encik Kamarul mengeluh.
Hampir pengsan dia dibuatnya dengan sikap nakal anaknya itu.
Bukan main ramai lelaki muda yang bertemu Encik Kamarul semata-mata untuk dijadikan Trisha sebagai isteri mereka namun Trisha tolak mentah-mentah.
Mengapa? Kerana kebanyakannya berumur 20an. Ada juga 30an tapi Trisha kurang minat. Dia tetap nakkan 40an!
"Beritahu papa, kenapa Tisha nak yang tua-tua sangat ni? Tisha nak wasiat mereka ke? Ye lah, kot-kot lepas je kahwin dengan mereka, mereka terus mati kan? Lepas tu Tisha dapat harta? Macam tu?"
Berkerut dahi Trisha. Ditepuk perlahan paha bapanya.
"Bukanlah papa.. bukan tuu.. tapi Tisha minat mereka sebab mereka ni gentleman dan berfikiran matang. Tisha malas la nak layan lelaki muda yang tak pandai menjaga serta menghormati perempuan. Kalau yang tua ni, diorang lebih pandai dalam menjaga. Macam papa jaga Tisha.."
Encik Kamarul menjeling. Nak cakap aku tua la tu..
"Haih.. apa-apa pun, beritahu la Raiqal kata putus tu. Jangan buat dia tertunggu-tunggu."
Trisha mendengus. Dia terus menumbuk kuat bantal dikatilnya.
"Tak tahu! Tisha tak tahu nak cakap macam mana lagi dengan dia tu pa! Kadang-kadang dia tu scary la.. macam obses sangat je. Eeiii Tisha tak sukaaa.. rasa seram. Grrr." Trisha menyeringai kejap. Digosok bulu roma dilengannya yang sudah tegak.
Encik Kamarul gelak lalu menggeleng sahaja. Ada-ada sahajalah anak perempuannya itu. Mata Encik Kamarul melilau memandang sekeliling.
"Ni.. beli apa pula ni? Banyak sangat ni?" Trisha sengih.
"Kasut.. esok Tisha nak keluar lagi. Nak beli baju.. baju-baju Tisha semua membosankan. Tisha tak suka."
Encik Kamarul menggeleng. "Banyak sangat dah dalam almari tu.. jangan la membazir.." Trisha menjeling bapanya.
"Papa lupa ke apa yang Tisha cakap? Lelaki, kalau dia kedekut, uban dia makin bertambah tau. Papa nak ke rambut uban papa tu makin banyak? Nak? Huh?" Tanya Trisha sambil berpeluk tubuh.
Encik Kamarul menjeling sahaja. Suka sungguh menjawab. Ni kalau dapat suami baran, harus kena pukul kalau mulut Trisha ni macam ni..
"By the way kan papa..." Trisha mengesot mendekati bapanya. Encik Kamarul menjeling. Haa tu buat suara meleret macam tu mesti nak minta sesuatu la tu.
Trisha memeluk tubuh bapanya dari tepi. "Tisha.. nak black card untuk esok boleh? Tisha nak beli design baru.. banyak keluar esok. Boleh la eh papa eh?" Tanyanya seraya menggoyangkan badan mereka berdua.
Encik Kamarul gelak perlahan. Diusap kepala anaknya sebelum dicium sekilas kepala anak itu.
"Haih budak ni.. tak berubah langsung.. asyik nak guna duit papa je kan? Taknak bekerja ke?"
Trisha menggeleng. "Taknak.. Tisha nak guna duit papa je waktu Tisha bujang ni. Nanti kalau Tisha dah jumpa sugar daddy, Tisha akan minta dengan dia je.. dah tak minta pada papa dah. So, cepat-cepat la cari sugar daddy untuk Tisha okay?"
Encik Kamarul berdecit mendengar itu. Sugar daddy lagi.. Trisha tu asyik sebut gula daddy je.. Encik Kamarul pun tak tahu menatang apa tu.
Layankan je la pe'el anaknya yang gatal miang tu..
TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️
YOU ARE READING
MR ZAFRAN (SPICY LOVE NEW VERSION) [EBOOK]
RomanceSpicy Love new version!❤️🔥 Perbezaan umur 22 tahun tidak menjejaskan seorang gadis yang ingin memiliki kawan bapanya sebagai suami sendiri kerana angan-angannya adalah untuk memiliki 'sugar daddy'. "I nak you." - Trisha Khaisara "You muda lagi say...