"YOU?""Little girl?"
Encik Kamarul berdehem. "Tisha. Tukar baju you tu. Nanti selesema. Lepas mandi terus turun bawah.." Encik Kamarul saja bagi alasan itu. Bukannya dia tidak tahu kemana mata Zafran meliar.
Biasalah. Lelaki. Dah nampak ikan segar depan mata, takkan la nak sia-siakan kan? Mestilah mata tu gatal juga merenung ikan dihadapannya..
Trisha senyum manis dan mengangguk. Dia berlari-lari anak ke tangga. Zafran masih memandang badan belakang gadis itu.
Puan Tasha tersenyum. Amat ketara bahawa Zafran suka melihat anaknya. Dia tahu perangai Zafran. Zafran seorang yang baik cuma nakal sikit seperti suaminya. Lelaki itu tidak pernah buat onar atau melakukan perkara yang melampaui batas.
"Zaf duduk lah. Makan dulu. Anak aku tu lambat lagi nak turunnya tu.." Zafran tersentak lalu berpaling ke arah Kamarul.
Baru sahaja dia ingin menghenyak punggung di kerusi, dia terdengar derapan tapak kaki seseorang dari aras atas.
"Papa! Tisha dah siap mandi!" Puan Tasha menepuk dahinya apabila melihat rambut anaknya yang masih basah.
"Tisha! Kenapa you tak keringkan rambut tu dulu? Nampak kusut la.." Ujar Puan Tasha lalu memberikan isyarat mata ke arah Zafran yang masih memerhati Trisha.
Trisha tersengih. "Tisha lapar la mom. Tisha nak makan." Trisha terus duduk disamping mamanya dan juga berhadapan Zafran.
Yang sebenarnya Trisha tak sabar nak jumpa Zafran. Bukannya lapar sangat hoho.
Trisha senyum manis apabila dihadapannya dihidangkan seorang lelaki yang hensem tahap gila babun.
"So, macam mana korang boleh kenal?" Tanya Puan Tasha. Sedari tadi lagi mulutnya gatal ingin bertanyakan hal itu.
Zafran berdehem dan mengerling sekilas ke arah gadis di hadapannya. Trisha hanya memberikan senyuman yang manis kepadanya.
"Kami terjumpa dekat mall tadi. Aku terlanggar dia waktu aku bercakap telefon. Sebab tu aku kenal. Tapi aku tak tahu pula dia anak korang.."
Zafran tidak pernah datang melawat kawannya kerana kesibukan diri. Makan pun tak sempat apatah lagi nak melawat?
Encik Kamarul hanya mengangguk. Dia mengerling anaknya yang masih senyum dan mata bulat itu memerhati wajah Zafran.
"Makan Tisha. Nanti masuk angin. You tu ada gasterik.." Trisha tersedar dari lamunan dan mengangguk. Sempat dia mengerling sekilas kepada Zafran yang sedang memandangnya.
Ehek. Sukanyaa. Abe ni suk-- Oopss silap. Uncle ni suka tenung orang eh..
"Uncle umur berapa?" Tanya Trisha kepada Zafran. Tak betah mulutnya ingin bercakap dengan jejaka dihadapannya itu.
Zafran panggung kepalanya dan senyum kelat. Rasa canggung pula bila gadis ini panggil dia uncle. Tua sangat ke penampilan dia? Kebanyakan orang cakap dia seperti 30-an.
"I dah masuk 45 tahun. Sama umur dengan papa you." Saja membahasakan diri seperti itu. Tak boleh la bahasakan uncle. Rasa tua sangat!
Trisha mengangguk. "Uncle dah kahwin?"
"Tisha.." Encik Kamarul mencerlung tajam anak daranya tatkala merasakan soalan itu sedikit sensitif buat kawannya yang bujang terlajak itu.
"What? Tisha tanya yang asas je untuk bersembang.. soalan biasa la tu tanya tentang status dia kan? Bukannya Tisha tanya warna kesukaan dia, haiwan kesukaan dia dan hobi dia kan pun?"
Tanya Trisha dengan dahi berkerut. Encik Kamarul menggeleng sahaja dengan anaknya yang suka menjawab. Ikut pe'el mama dia la tu. Suka menjawab dan tak nak kalah.
"Nope. I'm not married yet." Trisha terus memandang uncle hotnya itu. "My fav colour red, haiwan i minat kucing parsi and hobi i exercise."
Trisha mengerdipkan mata. Dia senyum dan mengangguk laju. Zafran hanya sembunyi senyum. Takkan tak faham kot maksud tersirat dia?
Red.. Kucing parsi.. Exercise..
Tak faham? Takpelah.
"Nama uncle apa?"
"Tisha.. bagilah uncle tu makan dulu. Tercekik la dia nanti kalau you asak dia macam-macam soalan.." Meleret sahaja suara Encik Kamarul menegur anaknya sekarang. Anaknya itu terlampau peramah!
"It's okay Kamarul. Aku suka anak kau sebab tak kekok dengan orang." Trisha kulum senyum mendengarkan itu. Tangan memintal rambut basahnya.
Zafran memandang wajah gadis itu. "Nama I Zafran. You can call me Zaf. Or.. kalau you nak panggil uncle Zaf pun err.. boleh juga.." Agak kekok apabila dia memberi keizinan untuk memanggil uncle. Zafran menggaru kepala yang tidak gatal. Aih. Bertabahlah. Terimalah diri dah tua.
"Okay i will call you Zaf then." Kata Trisha dengan ceria. Zafran senyum dan mengangguk melihat wajah ceria itu.
"Kau ni Zaf. Layan sangat anak aku tu.. Dia tu suka bercakap. Habis lah kau lepas ni kalau dia ajak bersembang." Zafran hanya senyum dan sambung makan makanannya.
Nampak pemalu je budak tu. Takkan kuat menyembang kot?
Trisha menjeling bapanya. "Tengok la keturunan siapa.." gumamnya perlahan namun didengari mereka yang sedang menikmati makanan itu.
Zafran hanya gelak mendengar itu. Dia panggung kepala memandang Trisha yang sedang menjeling Encik Kamarul.
"By the way, nama you Tisha ke? Or tu hanya nama samaran you?"
Trisha memandang semula uncle hotnya. Heheheh hati yang membara terus sejuk selepas mendengar suara uncle hotnya.
"Trisha Khaisara.. tapi panggil Tisha je. Mama dan papa panggil Tisha je sebab lagi mudah. Umur i 23 tahun, and i tak bekerja. That's it."
Terkedip-kedip mata Zafran. Namun dia gelak perlahan lalu mengangguk. Not bad budak ni.. suka bercakap walaupun dia tak tanya..
"Tisha.. sudah-sudahlah tu intronya. Bagi la kawan mama tu makan dulu. Kesian dia, penat tu."
Trisha memuncung. Dimain nasi dipinggan dengan jemarinya.
"Kalau dia penat, Tisha urut lah. Apa susah.."
"Trisha Khaisara..." tegur Encik Kamarul meleret. Trisha kemam bibir. Alamak! Papa dia dengar ke? Rasanya dia cakap perlahan je tadi..
Kuat juga pendengaran papa ni walaupun umur dah lanjut. Sebelum ni waktu Trisha membebel, boleh pula Encik Kamarul tu buat-buat pekak. Baru je nak ajak pergi klinik cek telinga..
Mana la tau kot-kot ada cicak mati ke dalam tu sampai tak dengar apa-apa..
Zafran gelak perlahan sahaja. Diperhatikan sahaja budak dihadapannya itu. Cute.. ujarnya dalam hati.
TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️
YOU ARE READING
MR ZAFRAN (SPICY LOVE NEW VERSION) [EBOOK]
RomanceSpicy Love new version!❤️🔥 Perbezaan umur 22 tahun tidak menjejaskan seorang gadis yang ingin memiliki kawan bapanya sebagai suami sendiri kerana angan-angannya adalah untuk memiliki 'sugar daddy'. "I nak you." - Trisha Khaisara "You muda lagi say...