"Good morning mama dan papa!" ceria sahaja suara itu apabila menyapa ibu dan bapanya. Dia melangkah ke ruang makan dimana keluarganya sedang menjamu sarapan pagi.
"Good morning, sunshine," kata si ibu dengan lembut manakala suaminya hanya tersenyum manis melihat anak perempuan mereka,Tengku Aurora Estelle.
Tengku Aurora hanya tersenyum lebar sambil mengucup pipi mama dan papanya. Bapanya, Tengku Ezran dan ibunya, Tengku Asyaala membalas dengan mengucup pipi anak gadis mereka.Tengku Aurora tersenyum lebar, suka dimanjakan oleh ibu dan bapanya.
"Ara nak pergi mana bersiap cantik-cantik ni?" soal Tengku Ezran. Tangannya sibuk menguap mi goreng buatan isterinya. Sedap tidak terhingga.
"Oh Ara nak pergi ofis sekejap.Tadi Meera call katanya ada benda penting nak bincang," kata Tengku Aurora setelah dia duduk di kerusi berhadapan mamanya.
"Ni, makan kenyang-kenyang tau," Tengku Asyaala menyerahkan pinggan yang telah diisi dengan mi goreng kepada Tengku Aurora.
"Terima kasih mama," setelah membaca doa, dia menyuap mi goreng ke dalam mulutnya.
"Hal apa yang penting sangat tu?" soal Tengku Asyaala pula.
"Entah lah mama, Meera just kata benda penting je," Tengku Aurora menjawab tanpa memandang wajah mamanya. Masih fokus kepada makanannya.
"Mama, abang mana?" soal Tengku Aurora setelah perasan ketiadaan abangnya.
"Abang kamu dah pergi kerja awal pagi tadi. PA dia call cakap yang patient dia tengah dalam keadaan kritikal," jawab Tengku Asyaala lembut. Dia menuangkan air kopi ke dalam cawan suaminya.
Tengku Aurora hanya mengangguk. Faham tentang tugas abangnya sebagai doktor di hospital milik keluarga mereka manakala dia pula CEO di syarikat Tengku Ezran.
"Okay lah mama, papa Ara pergi dulu. Nanti lama pula Meera tunggu," kata Tengku Aurora sambil mengambil tangan mereka dan mengucupnya.
"Hati-hati bawak kereta tu," kata Tengku Ezran lembut. Tengku Aurora hanya mengangguk.
Dia terus bergegas menuju ke pintu utama rumah agam mereka dan terus melangkah ke Mclaren putih miliknya. Dia melangkah masuk dan menghidupkan enjin kereta. Kereta bergerak laju keluar dari kawasan rumah agam itu.
Motosikal kuasa tinggi itu membelah laju jalan highway Kuala Lumpur. Dia menambah lagi kelajuan membuatkan motosikalnya mengeluarkan bunyi yang sangat kuat. Banyak mata memandangnya tetapi dia buat tak endah sahaja.
Dia memarkir motosikal kuasa tinggi ya di kawasan VIP di hadapan perusahaan miliknya. Dia malas nak pakai kereta hari ini jadi dia hanya menggunakan motosikal sahaja.
Dia melangkah masuk ke dalam perusahaan dengan pakaian casual all black. Semula pekerja yang melihatnya menunduk hormat kepadanya. Dia hanya membalas dengan anggukan sahaja. Riak wajahnya hanya kosong.
YOU ARE READING
Mia Moglie : Raja Adriel William [OG]
Random[ON GOING] RAJA ADRIEL WILLIAM | TENGKU AURORA ESTELLE Know as his moglie Raja Adriel William | Tenang & kacak, itulah luarannya yang mampu menarik perhatian para gadis. Berdarah kacukan jerman dan berusia 25 tahun. Wajah yang sentiasa disembunyi di...