Selesai makan malam, mereka berbual di ruang tamu. Tengku Aurora meluangkan masa di kolam renang yang terletak di tepi rumah agam.
Raja Adriel bergerak ke kolam renang sebelum dia memandang Tengku Aurora yang sedang khusyuk melayan drama korea dalam gajet mahalnya.
Dia memandang Tengku Aurora dengan sangat lama. Raja Adriel terpegun dengan kecantikan Tengku Aurora. Rupa paras yang sama seperti ibu kepada Tengku Aurora.
Tengku Aurora yang terasa diperhatikan terus memandang kearah sebelah kirinya. Ternyata anak sulung Raja Hayden dan Datin Ayla sedang memandang ke arahnya.
Tengku Aurora tersenyum kepada Raja Adriel sebelum berkata,
"Adriel, right? Duduk lah sini berdiri situ kenapa," pelawa Tengku Aurora untuk duduk di kerusi dihadapannya. Raja Adriel nampaknya tidak membantah terus melangkah ke kerusi yang berhadapan dengan Tengku Aurora.
"Adriel, awak kerja apa ye?" Tengku Aurora memulakan perbualan apabila terasa janggal antara mereka.
"Work at my own company," jawab Raja Adriel mendatar. Mata memandang Tengku Aurora yang sudah menutup telefonnya.
"Oh awak tak ambil alih company daddy awak?" soal Tengku Aurora lembut. Mata memandang Raja Adriel. Hensem juga mamat ni. Dengan rambut perang, mata warna hijau cerah, muka bersih tanpa sebarang jerawat, bibirnya berwarna merah menyandarkan dia tidak merokok. Perfect!
"Tak, sebab aku nak cuba berusaha untuk bangunkan company sendiri. Itulah cita-cita aku. Lagipun company daddy tu Haider yang akan ambil alih," kata Raja Adriel. Jujur dia katakan dia tidak berminat untuk mengambil alih syarikat Raja Hayden. Lebih baik dia membangunkan syarikat sendiri.
Tengku Aurora mengangguk faham. Cita-cita yang diinginkan akhirnya tercapai. Dia bangga juga dengan Raja Adriel.
Selepas itu tiada lagi perbualan antara mereka. Hanya bertemankan bunyi angin sempoi-sempoi sahaja.
"Hah?! Buat apa berdua dekat luar ni?!" sergahan Raja Haider mengejutkan mereka. Mereka memandang Raja Haider dan Tengku Alex yang berada tidak jauh dari mereka.
"Ish korang ni, terkejut aku," Tengku Aurora mengusap dadanya perlahan. Terkejut dengan sergahan Raja Haider.
" Ara, kau buat apa dengan anak teruna orang ni? Dating ke?" Tengku Alex melangkah ke arah adiknya sebelum kepala adiknya disekeh perlahan.
"Ish dating apa dating? Lambat lagi," kata Tengku Aurora sebelum bangun. Sempat dijeling abangnya sekilas sebelum melangkah pergi. Raja Haider yang tersenyum ke arahnya dibalas dengan senyuman kecil.
"Apa kau buat dekat adik aku?" soal Tengku Alex sebelum mengambil tempat yang diduduki Tengku Aurora tadi.
"Mana ada aku buat apa. Bukan kau ke yang buat tadi," kata Raja Adriel sebelum mengeluarkan Iphone miliknya.
"Aik bila masa?" Tengku Alex Cuba mengingat kembali apa yang dia buat kepada Tengku Aurora.
"Kau yang sekeh kepala dia tadi lepastu nak salahkan aku," kata-kata Raja Adriel membuatkan Tengku Alex tersengih. Baru dia ingat.
"Bro aku rasakan..." Sengaja Raja Haider menggantungkan percakapannya mahu melihat riaksi mereka tetapi Tengku Alex seorang sahaja menayangkan wajah ingin tahu manakala abangnya hanya diam memandang telefonnya.
"Raja Adriel kita dah jatuh cinta!" Mahu tercekik air liur Raja Adriel mendengarkan itu. Tengku Alex sudah melopong mulutnya.
"Apa? Serius lah Riel? Dengan siapa?" Tengku Alex pergi ke arah Raja Adriel sebelum menggoncang bahu sahabatnya. Mahu pening kepala Raja Adriel apabila digoncang sebegitu.
"Woi bila masa aku jatuh cinta pula ni?" kata Raja Adriel sebelum dia memandang tajam ke arah adiknya. Tangan Tengku Alex ditepis perlahan.
"Hello cik abang! Aku boleh bacalah riak muka kau bila kau pandang Aurora tu," kata Raja Haider sambil tersenyum nakal. Dari air muka abangnya sahaja dia boleh meneka bahawa abangnya telah jatuh cinta kepada gadis bernama Tengku Aurora.
"Hah Aurora mana pula ni?" soal Tengku Alex. Dia duduk kembali di atas sofa itu.
"Aurora adik kau lah," kata Raja Haider sebelum mengambil tempat disebelah Tengku Alex.
"Apa?!" Mahu gugur jantung Raja Haider mendengar jeritan kuat dari Tengku Alex. Dia memandang Tengku Alex yang kembali berdiri itu sebelum dia menampar belakang kepala Tengku Alex.
Pak!
Hampir terjatuh Tengku Alex apabila tamparan kuat Raja Haider mengenai kepala. Hampir terletus tawa Raja Adriel apabila melihat wajah sahabatnya.
"Boys, what happened? Apa yang bising-bising ni?" Datin Ayla keluar bersama Tengku Asyaala. Tengku Aurora turut berada bersama mereka kecuali Tengku Ezran dan Raja Hayden.
"Riel, what happened? " soal Datin Ayla kepada anak lelakinya.
"Err tak ada apa mummy. Alex menjerit sebab ada lipas terbang tadi," bantai jelah jawapan apa pun. Tengku Alex tercengang.
'Siot punya Adriel!' bentaknya geram.
"Aik Ed sejak bila kamu takut lipas?" Hairan Tengku Asyaala. Anak gadisnya sudah tertawa kecil mendengarnya.
"Eh bukan takut cuma terkejut," kata Tengku Alex. Raja Haider mengangguk sahaja.
"Uhm okay lah. Alex jom kita nak balik dah ni," kata Tengku Asyaala sebelum melangkah masuk bersama Datin Ayla dan Tengku Aurora.
"Ish kau Riel asal kau cakap aku takut lipas hah?" Marah Tengku Alex. Malu dia tau.
"Aku tak tahu nak kelentong apa jadi aku cakap je lah," kata Raja Adriel selamba. Raja Haider tertawa.
"Okay lah geng, aku balik dulu," Mereka bersalaman cara lelaki sebelum mereka masuk ke dalam rumah.
"Hmm jangan tinggalkan aku baby..." Sayu saja suara Raja Haider sambil menyeka air mata palsunya padahal tak ada pun.
"Alolo baby janji baby tak akan datang dah," kata Tengku Alex sebelum melangkah pergi dari situ.
"Kurang ajar punya kawan!"
"Dah kau tak payah nak ber baby-baby dekat sini. Jom masuk," Raja Adriel melangkah pergi diikuti Raja Haider yang tidak berhenti membebel.
"Eleh tahu lah dah jatuh cinta, tapi tak payah lah kerek sangat,"
Sudah masuk rumah pun tak berhenti lagi membebel tu. Haih ini anak...
YOU ARE READING
Mia Moglie : Raja Adriel William [OG]
Random[ON GOING] RAJA ADRIEL WILLIAM | TENGKU AURORA ESTELLE Know as his moglie Raja Adriel William | Tenang & kacak, itulah luarannya yang mampu menarik perhatian para gadis. Berdarah kacukan jerman dan berusia 25 tahun. Wajah yang sentiasa disembunyi di...