Raja Adriel menghela nafas perlahan setelah duduk di atas sofa kondominium miliknya. Hari ini sangat memenatkan baginya. Suasana yang sunyi amat menenangkan dirinya.
Dia hanya tinggal berseorangan di kondominium nya kecuali apabila ibu bapanya panggil dia untuk balik ke rumah keluarganya.
'such a tiring day,' gumam nya perlahan.
Ting!
Raja Adriel kembali membuka matanya. Dia mengeluarkan Iphone miliknya dari kocek seluar. Raja Adriel membaca pesanan dari mummy nya, Datin Ayla Davina.
Mummy❤️
OnlineSayang mummy hari ni balik ye. Adik kamu balik harini. Plus mummy rindu Riel.
Baik mummy, petang nanti Riel sampai.
Raja Adriel membalas pesanan mummy nya dengan senyuman nipis. Jarang dia nak senyum selain dengan keluarganya.
'Hm baik aku mandi dulu, nanti lah baru pergi,' gumamnya dalam hati.
Raja Adriel bangun sebelum bergerak naik ke tingkat atas dengan menggunakan lif yang berada di tepi tangga.
Dia melangkah masuk ke dalam bilik utama sebelum menutup pintu. Raja Adriel membuka tali lehernya dan diletak di atas katil. Baju dibuka sebelum dia mengambil tuala yang disangkutkan di tepi pintu bilik air.
Raja Adriel melangkah masuk ke bilik mandi untuk...mandi lah dek oi tak akan nak berzumba pula kan.
Tengku Aurora melangkah masuk ke dalam rumah agam keluarganya setelah memberi salam. Dia bergerak ke ruang tamu setelah melihat Tengku Ezran dan Tengku Asyaala yang sedang menonton rancangan di televisyen.
"Assalamualaikum mama dan papa," Tengku Aurora mengucup perlahan tangan mama dan papanya.
"Waalaikummussalam," jawab mereka lembut. Membiarkan sahaja tangan mereka di kucup lembut oleh Tengku Aurora.
Tengku Aurora tersenyum manis. Dia duduk di sofa bersebelahan dengan mama dan papanya.
"Penat sangat ke Ara?" soal Tengku Asyaala lembut. Kesian pulak tengok anak dara dia tu.
"Penat lah mama. Lepas jumpa Meera tadi ada pula meeting mengejut dari syarikat AR holding. Diaorang kata nak bincangkan tentang projek yang tengah berlangsung sekarang ni," jawab Tengku Aurora perlahan. Rasa lenguh je badan dia ni.
"Yeke? Kesian anak mama ni," kata Tengku Asyaala. Suaminya hanya diam sahaja mendengar perbualan dua beranak itu.
"Assalamualaikum," seorang jejaka tampan melangkah masuk ke dalam rumah agam itu.
"Waalaikummussalam," jawab mereka. Lelaki itu tersenyum sebelum menyalam tangan ibu bapanya manakala tepi kepala Tengku Aurora dia cium lembut.
"Ed, macam mana patient kau?" soal Tengku Aurora setelah Tengku Alex Edward mengambil tempat di sebelahnya.
YOU ARE READING
Mia Moglie : Raja Adriel William [OG]
Random[ON GOING] RAJA ADRIEL WILLIAM | TENGKU AURORA ESTELLE Know as his moglie Raja Adriel William | Tenang & kacak, itulah luarannya yang mampu menarik perhatian para gadis. Berdarah kacukan jerman dan berusia 25 tahun. Wajah yang sentiasa disembunyi di...