Part 45

509 5 1
                                    

"Buat kerja gila apa pulak kau ni?"

Soal Mail.

"Rehat LA gila. Kau tak penat ke hiking tadi? Mail ni siap berdengkur sampai aku tak boleh nak tidur"

Rania buat muka sebal. Mail sengih macam kerang busuk.

"Jom cari port hantu"

Ah sial. Dejavu ke ni? Aku rasa tak senang.

"Jangan merepek la. Kau lupa ke Mia ni sampai pengsan tadi. Body dia pun tengah lemah ni. Jangan buat perangai bodoh kat sini. Idea tak bernas"

Fiq seolah-olah dapat membaca sesuatu lalu toleh ke arah aku. Aku juga menoleh, memandang Fiq.

"Aku nak balik"

Aku bersuara. Memang rasa tak sedap hati.

"Alamak chill la. Aku gurau je weh hahaha-ha-ha"

Ketawa Sham semakin hambar dek kerana renungan aku.

"Guys. Aku serious. Aku nak balik. Aku rasa body aku tak okey. Sorry guys. Fiq, awak hantar saya balik eh?"

"Aku ikut"

Jo akhirnya bersuara. Bertuju dengan keputusan aku tanpa berfikir. Aku tau Jo rasa apa yang aku rasa. Bukan nak susahkan sesiapa tapi aku tak nak benda tak elok jadi so better bla. Dalam masa yang sama aku berharap dorang pun ikut serta. Fiq pandang aku dan dia tau aku takkan ubah keputusan aku. Dia hanya mengangguk setuju.

"Ala weh sorry la. Aku gurau je. Takkan nak balik dah? Kita baru je nak have fun. Mail, Nia, korang pun nak gerak jugak ke?"

Mail dan Rania pandang sesama sendiri sebelum menoleh, memandang Fiq, aku dan Jo.

" Macam ni. Aku, Jo dengan Mia balik dulu. Korang gerak la bila korang nak balik nanti. Pepandai la jaga diri. Jangan buat benda bodo. Jom kita gerak dulu"

Fiq menarik lembut tangan aku. Jo mendahului kami menuju ke kereta. Seperti biasa, Fiq yang drive tapi aku duduk di belakang. Sebab badan rasa terlalu penat. Aku nak baring. Mungkin sebab hiking tadi kot?

Sepanjang perjalanan pulang ke bilik, aku rasa bersalah. Tapi baik aku elak daripada benda sama jadi. Aku tak boleh berhenti berfikir. Kejadian yang berlaku hanyalah mimpi? Betul ke? Sedang aku menyerabutkan kepala otak sendiri, kedengaran Fiq dan Jo berbual tapi semakin sayup dan samar  suara mereka. Tanpa sedar aku sudah terbuai mimpi.

Beberapa minit kemudian, aku membuka mata kerana aku bau seperti asap kebakaran. Aku terbatuk-batuk. Buntang mata aku. Alangkah terkejutnya aku sebab kami kemalangan.

'MACAM MANA AKU BOLEH TAK SEDAR?!'

Fiq dan Jo tidak sedarkan diri dan kami tersepit. Aku cuba untuk keluar dari kereta tapi tak dapat. Aku cuba jerit panggil Jo dan Fiq bagi mereka sedar tapi tak berhasil. Engin kereta sudah mengeluarkan api. Semakin marak dan merebak. Aku melihat sekeliling cuba untuk meminta bantuan tapi tiada siapa pun yang lalu. Wajah Fiq dan Jo berlumuran dengan darah. Aku menangis.

Mata aku kabur dek kerana air mata. Tapi aku nampak seseorang dihadapan kereta. Aku menjerit meminta tolong tapi niat aku terbantut. Aku kenal dia. AKU KENAL DIA!

''SIAL!!"

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: Dec 20, 2023 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

JANGANTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang