Part 38

2.5K 21 3
                                    

//////////

"Kau tau kalau kau langgar pantang larang ni, nasib malang akan menimpa kau? Dan kalau ada orang-orang yang terlibat, mereka akan terima akibat yang sama? Aku bagi peluang kau untuk berfikir sebelum aku mulakan."

"Tok, saya tau akibatnya. Dan saya takkan libatkan sesiapa dalam hal ni. Saya takkan langgar pantang larang tu"

"Aku cakap ni sebab ramai yang degil dan ambil sambil lewa. Akibatnya sakit untuk ditanggung."

"Saya yakin tok"

"Kalau aku dah mulakan pemujaan ni, tiada jalan keluar. Bergantung pada 'benda' tu samada 'dia' nak pergi atau tak. Kau sanggup?"

Tidak nampak gentar pun pada wajahnya

"Ye, aku sanggup. Aku nak diorang rasa kagum."

"Baiklah."

Maka pemujaan menyeru roh jahat bermula. Tok dukun mula membacakan mantera. Suasana yang seram sejuk dari awal mula dia datang menjadi lagi dingin. Dinginnya sampai ke tulang. Bait-bait mantera yang keluar dari mulut tok dukun tersebut sepatah haram pun dia tak faham. Dia hanya melihat segala perbuatan tok dukun semasa membuat pemujaan roh jahat. 

Kemudian, dia terasa seperti ada sesuatu yang berada dibelakangnya. Rapat hingga dapat merasakan kesejukan yang terlampau di sebelah telinga kirinya. tidak berani untuk dia menoleh tapi keinginan untuk memandang semakin membuak-buak. Dia berpeluh tapi tidak panas. Hanya mampu mengeraskan badannya sampai tidak berani untuk menghembuskan nafas.

Mulut tok dukun yang terkumat-kamit membaca mantera tiba-tiba sahaja terhenti. Tok dukun memandangnya tajam. 

"Dia kat sebelah kau. Jangan toleh kalau kau tak berani."

Dia hanya mengangguk. Dia dapat melihat kelibat makhluk tersebut walaupun tidak menoleh.

"Dia perlukan bantuan kau. Kau hanya perlu munculkan diri. Jangan sakiti mereka. Kau jangan risau, kau akan dapat habuan setelah kau selesaikan kerja kau."

Tok dukun bersuara. Kemudian dia senyap lalu mengangguk. 

"'Dia' boleh tunaikan permintaan kau tapi 'dia' akan pergi bila 'dia' nak pergi dan tak semudah itu. Kau akan dapat apa yang kau nak tapi pasti ada upahnya dan kau kena bayar. Kau kena tanggung jugak akibatnya, apa musibah yang kau akan dapat"

Sham hanya berdiam diri. Tidak boleh berpatah balik. Nak menyesal pun tak guna. 

"Baiklah tapi 'dia' tak boleh sentuh orang lain."

////////////

JANGANTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang