Part 27

4K 19 0
                                    

"What's wrong sayang?!"

Fiq segera mendapatkan aku. Jo mendekati.

"Kenapa ni Mia? Asal?"

"Cer...cermin tu...."

Jo melihat ke arah cermin solek. Mencari sesuatu yang mencurigakan.

"Nothing pun Mia. Kau nampak apa?"

"I saw something...."

Nada aku sedikit menggeletar. Aku tak percaya apa yang aku lihat.

"Awak nampak apa?"

"I saw...seorang perempuan dalam cermin tu. And ada someone kat belakang dia. Tengah sikatkan rambut dia. But...muka perempuan tu macam saya Fiq! Di..dia senyum kat saya!"

Fiq dan Jo melihat sesama sendiri.

"Jom kita keluar dari bilik ni"

Jo bersuara. Aku dan Fiq bersetuju. Pantas kami keluar dan pergi ke bilik yang lain. Kepala aku masih memikirkan apa yang aku nampak. Siapa belakang 'aku'?

Bilik ke 3 hingga 5 kami hanya melihat dari luar sahaja. Bukan tidak berani tapi lantai bilik-bilik tersebut banyak yang berlubang dan menampakkan ruangan dibawah.

Setibanya kami di bilik yang terakhir, kami semua terkejut. Fiq berlari ke dalam bilik tersebut.

"KAU NI BODOH KE APA?!"

Fiq menengking. Aku cuba menenangkan Fiq.

"Apa bising-bising ni? Kecoh la aduh serabut"

"Kau buat apa ni Sham? Kau ingat kelakar ke?"

Sham bangun sambil memisat-misat matanya.

"Aku ngantuk la. Jangan kacau boleh tak?"

"Ngantuk? Lawak apa kau cuba sampaikan ni? Tak reti nak angkat call? Tak reti nak bagitau kau pergi mana? Kitorang ni, kawan-kawan kau, cari kau merata tempat macam orang gila, kau boleh tidur kat sini Sham? Kau ni layak makan penumbuk aku la sial"

Jo sudah mengepal tangannya. Tak sempat dihalang. Tumbukan tersebut tepat mengena pipi Sham

JANGANTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang