Part 31

2.6K 17 0
                                    

Awalnya kami menyangka hanya kebetulan. Tetapi, kami silap. Sebab apa yang diperkataan, menjadi. Pernah sekali,

"Mia, makan cepat"

"Ala kejap la. Perut tak penuh lagi ni. Bagi makanan tu hadam dulu. Lagipun tinggal sikit. Sabar eh"

Jo menjadi tak keruan.

"Kenapa ni Jo? Okey tak? Macam cacing kepanasan je"

"Taktau la. Rasa macam nak cau cepat dari tempat ni. Meh la aku habiskan. Lambat la kau ni"

Seusai Jo menghabiskan makanan aku, lekas dia menarik aku keluar dari cafe. Beberapa langkah kami meninggalkan cafe, atap cafe runtuh ditempat kami duduk tadi. Aku dan Jo terkejut, memandang sesama sendiri. Kami terus memasuki kereta.

"Sumpah nasib baik kita bla cepat do. Kalau tak, cacat weh."

Aku berkata sambil memikirkan hal tadi. Masih terbayang kejadian itu.

"Actually kan, aku memang tak sedap hati since kau duduk situ. Tempat tu macam tak kena dengan aku hari ni. Taktau asal. Aku ingat perasaan aku je kan. Sebab memang tu tempat kita berdua lepak. But tu la"

"Nasib kau datang do. Kalau tak, aku taktau apa jadi"

Selang beberapa minggu, Fiq masuk hospital sebab accident. Aku tiada disisinya kerana aku mempunyai urusan penting. Jo yang inform.

"Aku dah cakap kat Fiq jangan pergi. Dia degil. Nasib patah kaki je. Kalau tak, mati dia malam tu."

"Kau ni jangan la cakap macam tu."

Aku meninggikan suara sedikit. Jo didalam talian mengeluh.

"Ye la sorry. Aku marah la. Kereta dia tu lately ni banyak problem do. Tu aku tak bagi dia pergi ambil kau. Aku risau pasal korang"

Aku hanya mendiamkan diri. Rasa bersalah sebab Fiq sebenarnya mahu menjemput aku. At first aku taknak dia ambil sebab taknak susahkan dia. Tapi sikap degil Fiq ni sukar nak dibendung. Aku hanya membiarkan sahaja. Kalau marah kang, merajuk pulak.

JANGANTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang