Part 32

2.5K 13 0
                                    

Sham pun terjebak sekali. Sham paling banyak kena musibah tapi tu la nyawa masih panjang sebab banyak dosa (kot). Cakap apa saja musibah, semua dia pernah kena. Tapi nyawanya diselamatkan oleh Jo jugak.

Tetapi ada trajedi yang buat aku tergelak sampai sekarang kalau aku teringat. Kami berenam short vacay di Kuala Selangor. Berhenti di kawasan sawah padi untuk bergambar. Ada seekor lembu melintasi kami. Sham tersenyum sinis.

"Jangan dikacau lembu tu. Tau single tapi jangan sangap sangat"

Jo memberi amaran

"Hahahaha kacau sikit jee"

"Dia tendang kau baru tau"

Baru saja Sham hendak menerkam, lembu tersebut sudah menendang Sham sehingga dia terjatuh atas taik lembu yang masih hangat.

Kami gelak berdekah sehingga tak cukup nafas. Sham hanya terdiam kerana masih terkejut dengan apa yang terjadi. Semua berlaku dengan pantas.

Mail jugak tidak terkecuali. Masih santai walaupun nyawa dihujung tanduk. Aku masih ingat dengan jelas semasa kepala Mail ditusuk batang besi akibat kebodohan pekerja binaan yang tidak meletakkan tanda amaran dan batang besi tersebut dalam keadaan terdedah. Dia boleh buat peace dan senyum kambing seperti tiada apa yang berlaku.

Semua tu terjadi kerana kelekaan Mail. Jo macam biasa. Hanya menggeleng kepala kerana kecuaian dan sikap tak endah Mail.

Rania buat masa ni tiada apa yang terjadi pada dirinya. Aku rasa dia pandai jaga diri dia. Memandangkan dia pun baru join geng kitorang so mungkin Jo tak dapat sense apa-apa dari dia kot. Syukur Rania.

JANGANTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang