bab 4

42 7 0
                                    

Khairul Azeem🤍
- abang tak balik hotel malam ni.
- nanti esok abang balik.
- sayang tidur dulu ya. jangan tak tidur.
esok kita nak jalan-jalan. nanti sayang
penat.

ah! Khairul ni kemana pula? dah hampir jam dua belas malam namun lelaki itu masih tidak pulang. kalau di rumah tak apa. ni hotel. dia tak biasa. dan dia takut!

mesej itu dibiar saja ditinggalkan tanda conteng biru. bukan ego, tapi dia tahu bila dia balas nanti lelaki itu tak akan balas punya. dan dia tahu jika dia balas, dia akan spam! nanti lelaki tu rimas.

walaupun hatinya meronta ingin tahu dimana kedudukan suaminya, namun ditahan saja daripada bertanya. cukuplah dia nampak lelaki itu selalu online whatsapp, dan last seen bila, sudah menyedapkan hatinya yang lelaki itu masih ada. dan entah, perkara itu saja buatnya terasa ada dengan Khairul.

.
.
.
.
.

"REPLY lah! susah sangat ke? dia memang tak sayang aku ke macam mana? ah!"

kepalanya didaratkan atas bantal empuk. dia memang dari tadi on-off whatsapp. semuanya sekadar nak menunggu isterinya itu membalas mesejnya. nak tahu sama ada isterinya masih ambil berat tentangnya apa tidak. namun hampa, tanda 'typing...' itu pun jauh sekali tidak ada. tapi, online aje memanjang. ah, mulalah Khairul overthinking! entah dengan siapa isterinya berchattan malam malam seginian.

entah-entah dengan Ian tadi tak ya? hati mula diasak rasa tidak senang. ugh, bencinya dia dengan lelaki tu. bermesra-mesra dengan isteri orang. suaminya depan mata pun masih nak beramah mesra. lepastu, pergi macam tak ada apa.

yang Adara pun satu, kemain! dari jauh dia perhati gelagat isterinya. rancak ketawa dah macam lelaki itu penyeri hidup Adara. dia datang ke sana tujuannya mahu kejutankan Adara. malah dia pula yang dikejutkan. mana hati tidak membara?

sudahnya dia sendiri yang pergi memujuk hati sendiri. menenangkan hati sendiri tanpa sedikit pun meminta isterinya untuk ubatkan hatinya yang bengkak dek meihat kemesraan antara Adara dan Ian tengah hari tadi. dia memang bara dengan apa yang jadi. dua jam dia menunggu isterinya di bawah, tanpa sebarang mesej! tapi dibalas dengan kejutan parah ni.

dan sekarang, dia menyewa hotel yang lain untuk satu malam. dia tak mahu tempiaskan rasa marahnya terhadap Adara. hati wanita itu lembut. terlalu lembut hinggakan merenung dengan tatapan tajam saja sudah mampu membuat wanita itu menangis teresak-esak.

"memang tak nak balas mesej aku ke?" gumamnya sendiri. tunggu punya tunggu, akhirnya dia terlelap. telefonnya di atas dada. mata terpejam bersama hati yang masih tidak terpujuk.

.
.
.
.
.

you
- salam
- bila nk balik? tknk breakfast
sekali dengan org ke?
- org ada ni dekat gerai nasi lemak.
- betul betul bawah hotel kita je.
- feel free to join

sejujurnya dia mahu sarapan pagi dengan suaminya. tapi, nak buat macam mana? lelaki itu sedang marah. dia pun, tak mahu ganggu. dan dia diminta supaya tak diganggu dan tak dicari. jadi, apa boleh dia buat? nanti kalau buat juga, dia juga yang jadi mangsa. cukuplah sekali dia 'kena' dengan Khairul, dia tak mahu kena lebih lagi.

"nak roti canai satu, garing."

sesudah membuat pesanan, Adara mencari tempat kosong. pagi ini dia berapakaian santai. cuma mengenakan blouse selabuh lutut bewarna hitam, seluar lebar hitam dan dikenakan dengan tudung putih yang bercorak bunga yang menutup mahkota wanitanya.

SEBENARNYA CINTAWhere stories live. Discover now