Bab 12

36 9 1
                                    

Cukup 2 minggu Abel ditahan di wad, dia dibenarkan pulang.
Sepanjang dua mingu di di wad, tak permah sekali pun Amsyar datang menjenguk. Hanya Feeya dan adik lelaki Abel sahaja yang setia menemani.

Anehnya tiada langsung rasa sakit yang tersisa di hati Abel. Setelah hampir kehilangan Anggun, dia sedar lebih baik dia hidup tanpa suami dari terpaksa hidup tanpa anak kesayangannya itu.

Sesungguhnya Abel tak tahu apa akan jadi kepada dirinya jika tiada Feeya di sisi. Andai saja Feeya terlambat memberi bantuan, pasti riwayat Anggun bakal tamat di tangan ibunya sendiri. Apa yang akan jadi pada Abel seterusnya? Boleh ke dia terus hidup kalau betul Anggun pergi? Atau dia juga bakal menamatkan riwayatnya sendiri?

Abel buang jauh-jauh bayangan yang berada di minda. Pesan doktor, lepaskan segala yang telah terjadi. Tak ada satu manusia pun yang berdaya mengubah masa lalunya. Kita hanya perlu belajar menerima dan mengikhlaskan apa yang telah berlalu.

"Abel? Jom lah masuk." Lembut Fee menjemput sahabat baiknya itu untuk masuk ke rumah. Tak ada makna dia nak biarkan Abel kembali pulang ke rumah Amsyar. Feeya tak akan gentar dengan ugutan daripada suami Abel. Dia juga punya laporan penuh daripada doktor tentang pengabaian yang Amsyar lakukan kepada isterinya. Dia pun boleh dakwa Amsyar.

Abel melangkah dengan penuh debaran di dada. Rasa rindu meluap-luap kepada Anggun. Sepanjang dua minggu ini, dia hanya mampu melihat Anggun di layar skrin telefon bimbit sahaja. Anaknya itu baik-baik sahaja. Sudah pandai tersenyum dan mencari apabila ada yang memanggil namanya.

Langkah Abel terhenti di muka pintu bilik yang Feeya khaskan untuknya. Anggun tidur pulas di atas katil sambil ditemani Zein dan pengasuh yang Feeya upah khas untuk menjaga dua budak bertuah itu sebelum dia ke hospital untuk menjemput Abel. Ziyaad tak ada, outstation kata Feeya.

"Kenapa, Bel?" Terus Abel alihkan badan menghadap ke arah Feeya.

"Macam mana kalau aku cuba cederakan Anggun lagi?" Air mata mula berhimpun di tubir mata.

"Takde lah.. Kan doktor kata kau dah sihat."

Feeya tarik Abel yang masih teragak-agak itu ke arah Anggun. Feeya ambik dan alihkan Zein ke baby coat di sebelah katil tersebut; memberi ruang kepada Abel untuk duduk di katil bersaiz queen itu.

Abel tenung lama Anggun yang nyenyak. Namun Anggun seolah tahu ibunya ada. Perlahan si cilik membuka mata. Apabila wajah sang ibu memenuhi retina matanya, dia tersenyum mesra. Menitik air mata Abel melihat cara Anggun menyambutnya.

"Assalamualaikum anak mama.." Dengan tangan yang masih tergetar-getar, Abel mendukung Anggun. Anggun mula riuh berbunyi, seolah menjawab salam yang dihulurkan oleh ibunya. Mata bundar itu tidak lepas memandang wajah mama sedari tadi dia membuka kelopak mata.

Abel cium dahi Anggun kemudian turun ke pipi montel itu. Seterusnya Abel letakkan hidungnya di bibir merah milik Anggun itu. Wangi walaupun ada bau masam-masam susu sikit. Dagu anaknya yang terbelah cantik turut dikucup lama. Melepaskan segala rasa rindu kepada anak itu..

"Mama minta ampun, sayang.." Hanya itu yang mampu dilafazkan Abel sebelum dia teresak-esak menangis sambil mendakap erat tubuh si kecil. Feeya mengusap lembut bahu sahabatnya itu; cuba menyalurkan sedikit ketenangan kepada Abel.

MALAM itu, Abel terdetik nak log in akaun Instagram milik Amsyar. Entah kenapa tiba-tiba terasa macam nak periksa semua DM Amsyar. Tapi tak ada yang aneh pun. DM Amsyar juga sunyi tanpa sebarang pesanan.

[Sakura_Miko had sent you a new massage.]

When are you going to come back to Japan? I miss you dearly....

Faith and Forever [ON GOING]Where stories live. Discover now