Bab 17

105 8 1
                                    

Suara bayi menangis mengejutkan lamunan Abel. Siapa lagi kalau bukan Anggun Suri. Pagi-pagi kena bangun nangis dulu, baru boleh dia mulakan hari yang indah.

Abel segera bangun dari sofa ruang tamu dan menuju ke arah biliknya. Anggun yang sakan menangis di dalam baby cot segera diangkat dan dipeluk erat. Abel bawa ke ruang tamu dan baringkan bayinya ke atas sofa.

"Good morning my princess." Anggun yang sudah henti tangisnya terus tertawa. Begitulah rutin dua beranak ini hari-hari. Kalau mama dia tak greet dia macamtu, confirm Anggun akan cranky sepanjang hari.

Tubuh si kecil yang tidak berbaju itu digomol ibu. Abel cukup gemar bau anaknya yang baru bangun tidur. Masamnya pekat tapi boleh buat ketagih. Penuh ruangan tersebut dengan jeritan nyaring Anggun yang kegelian.

"I love you sayang." Walaupun Anggun masih belum mengerti apa-apa, setiap kali ibunya meluahkan rasa sayangnya, anak itu akan tersenyum lebar sampai tersembul lesung pipit kanannya. Lepastu Abel cair untuk kali sejuta!

Abel tinggalkan sekejap Anggun di dalam playpen anak itu untuk sediakan susu. Sebelum anak dara tu menangis kelaparan, eloklah dia bancuh siap-siap. Sediakan payung sebelum hujan. Video baby shark juga dibiarkan terpasang berulang kali di tv supaya Anggun tak perasaan yang Abel hilang dari sisinya.

Usai siap membancuh, Abel ambil semula Anggun ke dalam dukungan dan dia susukan si kecil. Anggun sangat gelojoh, sampai boleh dengar bunyi dia telan susu. Loud and clear. Abel ketawa terhibur. Sekejap je dah nak masuk setahun umurnya. Abel bercadang nak buat majlis kesyukuran kecil-kecilan. Majlis akikah pun belum sempat dia langsungkan. Sibuk mengatur hidup setelah berpisah dengan bekas suami.

Lantas dia menghantar pesanan kepada Amsyar.

Abel mengeluh kasar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Abel mengeluh kasar. Susahlah nak berkomunikasi dengan si Amsyar ni. Yang dia tahu, hantar duit je. Memang dia rasa tanggungjawab seorang ayah itu hanya terbatas kepada nafkah duit je kut. Mana pernah dia datang dan jenguk anaknya selepas mereka berdua berpisah. Memang si Anggun ni tak pernah kenal siapa ayahnya.

Abel periksa Instagram. Lupa yang dia masih mengikuti akaun bekas suaminya itu. Ikon profil Amsyar ditekan.

Story IG Amsyar bermain di layar skrin telefon Abel. Amsyar sedang merakam belakang tubuh wanita yang sedang sibuk memilih fabrik di kedai pakaian dengan caption 'Busynya bakal tunang saya pilih baju. #onestepcloser'. Gedik gila! Siap dengan hashtag lagi.

Ini lah yang Amsyar maksudkan dengan sibuk dia tadi? Sibuk nak bertunang dengan wanita Jepun tersebut?

Tipulah kalau Abel kata dia tak kisah langsung. Masih ada sedikit pedih dan perit yang bersisa di jiwa. Dia dan Amsyar bukannya bercinta sebulan dua. Tapi apa yang boleh dia buat?

Unfollow Amsyar?

Bukan dia tak mahu. Nantilah. Bila dia dah betul-betul merelakan Amsyar, bukan setakat unfollow, dia akan padam terus akaun media sosialnya ini.

Faith and Forever [ON GOING]Where stories live. Discover now