Bab 13

45 10 1
                                    

NABELA kerling perlahan Amsyar yang tidak lekang dengan telefon di tangan. Sudah hampir sebulan pasangan ini tidak bersua muka, tetapi perhatian sang suami masih di gadget tersebut. Tak ada rasa rindu langsung ke untuk si isteri dan anaknya yang satu ini?

"Am?"

"Hmm?" Ringkas sahaja sahutannya. Mata masih di skrin telefon. Nabela telan perlahan air liur yang terasa pahit di kerongkong.

Ini bukan perkara baharu, sudah banyak perubahan Amsyar yang menyentap perasaan Nabela. Amsyar yang sekarang ini, bukan lagi Amsyar yang dinikahinya hampir dua tahun yang lalu.

Abel ingat kali pertama dia berjaya hubungi lelaki itu beberapa hari yang lepas. Amsyar seolah tidak terkejut apabila Abel minta dia jelaskan tentang hubungan sulit antara Amsyar dengan Miko.

"Baguslah you dah tahu. Tak perlu I susah-susah nak cerita." Macam itu je jawapan lelaki itu. Apabila Abel minta mereka bertemu muka di sebuah kafe berhampiran rumah Feeya, Amsyar mengelat pada mulanya. Mujur setelah beberapa kali Abel memujuk dan merayu, barulah Amsyar bersetuju.

"I rasa lebih baik kita berpisah..." Bayi perempuan didukungan Nabela nyenyak tidur diperhatikan ibunya dengan seribu satu perasaan. Sedaya upaya Nabela cuba untuk mengelak daripada bertentang mata dengan Amsyar yang duduk bertentangan di meja makan ini. Setelah beberapa minit tanpa sebarang sahutan daripada suami, wajahnya diangkat perlahan wajah dalam usaha dan mencari renungan mata milik lelaki yang pernah dipuja dengan sepenuh hati. Tenang tanpa riak terkejut.

Amsyar sedaya upaya berlagak tenang. Cuba untuk tidak membiaskan perasaan terujanya dengan permintaan isteri.

Akhirnya!

Pantang lelaki mungkir janji. Amsyar pernah berjanji yang dia tak akan tinggalkan Nabela walau apa pun yang terjadi. Tak akan dia pinta perpisahan daripada wanita tersebut melainkan Nabela yang menginginkan perkara tersebut. Sekarang, bila Nabela yang buka mulut dan cadangkan perpisahan, hatinya lega yang amat.. Akhirnya, dia dah boleh berhenti berpura-pura bahawa cintanya tidak pernah mati untuk wanita ini. Walhal entah ke mana rasa yang membahagiakan itu hilang sebelum anak mereka lahir lagi.

Kejam. Amsyar tahu. Tapi bukan dia yang pinta perpisahan, kan?

Sejujurnya Amsyar sendiri tak tahu sejak bila tempat Nabela diambil alih oleh Miko. Mulanya hubungan mereka hanyalah sebatas rakan sekerja sahaja. Tapi lama-lama Amsyar rasa selesa dengan perempuan Jepun itu. Miko yang sentiasa cuba menghiburkan hati lelakinya yang sunyi sementelah Abel sibuk menguruskan kandungan.

Amsyar juga rasa Miko lebih cantik berbanding isterinya. Putih gebu kulit wanita itu apabila disimbah cahaya matahari sentiasa mendebarkan hati Amsyar.

Bias bahagia di mata lelaki itu masih dapat dilihat oleh Nabela. Dia cuba tahan rasa kecewa. Dah lama dia tak nampak mata hitam pekat itu bercahaya sebegini.

Am happy aku minta cerai?

Amsyar letak telefon bimbit di meja. Kunyahan diteruskan. Selera makan Amsyar seolah kembali pulang. Air minuman dicapai dan disisipnya perlahan.Nabela diam dan menahan debar menanti jawapan  yang bakal terbit daripada bibir milik suaminya. Anggun yang mula bergerak-gerak di dalam tidur ditepuk perlahan.

Anggun kembali lena. Naif dengan keadaan yang bakal mengubah haluan perkahwinan mama dan papanya.

"I setuju." Terasa terhenti nafas di dada Nabela. Semudah itu Amsyar bersetuju?Sangkanya Amsyar akan membantah dan mungkin akan cuba memujuknya supaya memikirkan semula permintaannya.

Amsyar pandang wajah wanita yang jelas tergugat dengan persetujuan yang diberikannya. Tahukah Nabela, apa yang Amsyar nampak sekarang hanyalah warna hitam dan putih apabila dia pandang wanita itu? Tiada lagi warna-warna ceria yang mampu menyalur rasa bahagia kepada diri seorang Amsyar.

Faith and Forever [ON GOING]Where stories live. Discover now