Bab 14

68 11 2
                                    

"FEE. Aku ada benda nak bincang sikit dengan kau dan Ziyaad. Jom." Ajak Abel petang itu ketika keduanya baru selesai menyiapkan hidangan makan petang.

Sudah beberapa minggu berlalu sejak perkahwinan Abel dan Amsyar disahkan bubar.

"Asal?" Tanya Fee selamba sambil mengangkat dulang berisi cekodok goreng ke gazebo di luar rumah. Abel membuntuti Fee dengan membawa sedulang teh panas. Ziyaad memang dah kat luar, jadi pengasuh sukarela untuk Anggun dan Zein.

"Abang. Sini jap Abel nak cakap something ni."

Ziyaad segera menghampiri isteri tercinta. Anak-anak dibiarkan di bawah penjagaan pembantu rumah mereka sebentar.

Ketiga-tiganya duduk bersila di tengah-tengah gazebo. Dah macam mesyuarat tingkap.

"Aku rasa dah tiba masanya untuk aku keluar dari rumah ni, Fee, Yad." Abel memulakan bicara. Bekerut kening Feeya nak membantah tapi dipatahkan oleh Ziyaad yang mencuit lembut pinggangnya; meminta Fee memberikan ruang untuk Abel memberikan penjelasannya.

"Kenapa? Kau tak suka duduk dengan aku?" Tidak dapat tidak, Feeya masih juga bertanya. Teh dituangkan dan dihidang kepada suaminya yang hanya diam sedari tadi.

"Taklah. Teenage dream kut nak duk serumah dengan bestfriend sendiri.."

"Cumanya aku tak mahulah korang tak selesa dalam rumah sendiri. Kau orang pun perlukan privasi.."

"Ke kau ada dengar rumor yang Mami Jarum taman ni canangkan?" Feeya tahu kehadiran kawan baiknya di rumah ada menjadi bualan daripada orang terdekat.

Ada yang cakap itu wife baharu Ziyaad lah. Ada juga yang berani menuduh Feeya bersubahat dengan suamiya untuk menyimpan perempuan simpanan.

Biasalah mulut orang. Malas nak layan. Feeya dah biasa sangat dengan cakap-cakap orang ni. Takut Abel lah tak selesa.

"Takde ah. Aku takde lah kisah sangat dengan cakap-cakap orang ni. Cuma aku dah taknak susahkan kau dengan Ziyaad. Sampai bila aku nak bergantung harap dekat kau dan suami? Bukan tanggungjawab korang pun nak bela aku.."

"Takdenya saya rasa terbeban pun, Abel." Ziyaad mencelah. Sejujurnya segala tindak tanduk Ziyaad agak terbatas di rumah ini sepanjang Abel berada di sini.

Walaupun tahu dia tak akan sesekali menduakan Feeya, tapi tipu daya syaitan itu sentiasa ada. Tapi dia ketepikan perasaan tak selesa tu demi Feeya. Happy wife happy life. Gitchew.

"Itu lah tu. Aku dengan laki aku selesa ja kau kat sini.. Kau nak pergi mana, Bel? Kau takde rumah dekat KL ni.." Feeya mula risau. Sudahlah Abel ni baru je habis pantang.

"Takpe Yad, Fee. Aku yang segan nak menyusahkan kamu berdua. Tentang rumah tu, aku maybe nak balik kampung kut. Try cari kerja dekat sana." Dah lama Abel pertimbangkan keputusan ini.

"Ada ke kerja kat kampung yang kena dengan degree kau tu, Bel?" Tidaklah Feeya nak rendahkan Abel. Sahabatnya ini pemegang anugerah cemerlang kut waktu dekat universiti dulu.

Bukan tak tahu kalau kat kampung, nanti isu overquualified lah, apa lah.

"Takpe Fee, kerja sapu sampah pun aku sanggup. Asal ada duit nak besarkan Anggun." Memanglah mahkamah dah perintahkan Amsyar untuk bayar nafkah bulanan kepada Anggun, tapi Abel tak mahu sepenuhnya berharap kepada lelaki itu. Buatnya dah kahwin baru, terus lupa dekat tanggungjawab dia yang satu itu, macam mana? Abel tak ada masa nak merayu dekat Amsyar andai benar perkara itu benar-benar berlaku.

"Macamni, Abel." Ziyaad sekali lagi menyampuk.

"Apa kata hantar resume awak dekat saya. Kebetulan web developer office saya nak resign bulan depan. Nak ikut suami balik Kelantan katanya. Nanti saya panggil untuk sesi temuduga."

Faith and Forever [ON GOING]Where stories live. Discover now