Bab 18

33 6 2
                                    

Semenjak Eidrees tahu yang jiran sebelah rumahnya ialah kawan baik isteri sepupunya sendiri, Eid dah semakin rajin duduk di rumah sendiri. Kadang bila dia balik daripada kerja, dia berdoa agar bertembung dengan Abel dan si kecil itu.

Kadang dia sengaja buatkan Kimbap dan gantung di hadapan pintu rumah wanita itu. Nampak Abel sangat menikmatu masakkannya ketika mereka sama-sama berkelah di tasik berdekatan rumah mereka tempoh hari.

Abel pada mulanya rasa segan nak terima. Bukan dia tak kenal bekas bento yang digantung di pintu itu. Sebesar alam nama Eidrees terpampang di bekas penutup bekal tersebut. Dah macam budak-budak sekolah lah pulak.

Tapi nasi gulung Korea buatan Eidrees terlalu sedap untuk ditolak. Abel pula selalunya tak ada masa nak siapkan sarapan sendiri. Dengan bekejar nak hantar anaknya ke rumah Feeya. Lagi pun Abel tak mahu membazir. Kalau dia tak ambil kiriman Eid, nanti basi pula makanan tu.

Maka, setiap petang Abel akan pastikan dia masak sesuatu untuk pulangkan semula bekas makanan si teruna itu. Abel siapkan masukkan nota pesanan agar lelaki tersebut tidak susahkan diri menyediakan sarapan untuknya pada hari seterusnya.

Eidrees pegang kejap nota bewarna merah jambu itu. Senyuman di pipi tidak dapat disimpan rapi lagi.. Tulisan cantik macam empunya badan..

Tapi cepat-cepat dia matikan garisan di bibir itu. Kena sedar batasnya.. Abel itu isteri orang..

Walaupun dah berperang dengan diri sendiri, esok paginya Eidrees dengan sendirinya terjaga di awal pagi. Tahu-tahu dia dah ralit menggulung makanan kegemaran wanita itu.

Yakin je si Eid ni Abel suka makan Kimbap ya? Entah-entah dia suka makan mee kari?

Dia juga tinggalkan nota.

Makanlah. Saya buat lebih sebab nak habiskan stok beras Sumo kat rumah.

Abel tak perlu tahu yang Eidrees akan singgah ke Lotus lepas selesai kerjanya di kafe nanti. Eid akan borong semua beras sushi yang ada di pasar raya itu!

Hujan di petang hari tak mematahkan semangat seorang Eidrees. Dia sanggup redah hujan yang menggila untuk balik ke unit kondominiumnya itu.

Lelaki itu selalunya akan duduk lepak di kafe sampailah hujan kembali reda.

Man in love. Apalah sangat redah hujan.

Basah habis jaket kulit yang dipakai oleh Eidrees. Ke mana sahaja lelaki itu menapak, pasti aka nada tompokkan air. Lirikan mata oleh pengawal keselamatan bangunan kediaman itu tidak dipedulikannya. Eid teruja nak tahu apa yang Abel masakkan untuk dia hari ini.

Senyuman manis itu mati sebaik sahaja lif yang membawa Eid ke aras rumahnya terbuka. Seorang lelaki sedang berdiri di hadapan rumah Abel. Lelaki tersebut tidak sedar akan kehadirannya, maka dia hanya masuk menonong ke rumah tersebut tanpa menegur Eid.

Eid pun tidak mahu ditegur.. Rasa macam kena tampar dengan realiti. Dia lupa lagi yang Abel dah berpunya.

Dengan bahu yang jatuh, Eid patah balik. Ruangan parkir menjadi sasarannya.

Rumah ayah menjadi hala tujunya yang baharu.

•········ʚ ɞ ········• •········ʚ ɞ ········•

"Nabil. Rajin tak?" Abel menjengguk adik lelakinya yang asyik bermain dengan anak daranya. Ibu pula tengah sibuk memasak dengannya sambil dibantu oleh adik ipar Abel.

Tiba-tiba sahaja keluarganya datang menziarahinya. Tak bagitahu pun Abel. Nasiblah dia pulang awal dari kerja harini.

"Apo?"

Faith and Forever [ON GOING]Where stories live. Discover now