HAMZAH | SURIA GERHANA
•••HAMZAH BIN YUSUF | 26 YEARS OLD
: TUKANG KEBUN._____________________
SURIA GERHANA | 26 YEARS OLD
: PENGANGGUR BERJAYA!_____________________
Bila cik penganggur /misteri +anak broken home bertemu encik masjid misteri + sehijau kebun.
_____________________
BLURB ZH's
Hamzah Bin Yusuf.
Dia lelaki biasa. Bukan orang kaya atau ustaz. Namun selalu dilabel 'soleh'. Hanya kerana dia suka dan cinta pada masjid.
"Andai Hamzah sudi, walid teringin bermenantukan Hamzah. Walid mahu kenalkan puteri walid pada Hamzah. Kalian boleh bertaaruf. " -TUAN ZAHARI
Lamaran dari seorang guru yang disegani, buat fikiran dan hati Hamzah berbolak balik.
Dan ketika hati yang bersifat berbolak balik ini bersujud pada DIA, Hamzah dapat jawapan sebaliknya. Jawapan cash dari Tuhan.
"Saya sudi bertaaruf, sudi jadi menantu walid. Tapi maaf. Bukan dengan Ustazah Laylaa. Saya mahu memperisterikan Hana." - HAMZAH
Penolakan cinta Ustazah Puteri Laylaa, mencemarkan nama baik Hamzah. Tambahan pula pilihan Hamzah cumalah Hana. Seorang perempuan liar yang jauh dari sempurna.
"Apa lebihnya Hana sampai Hamzah mahu halalkan dia? Kenapa bukan Laylaa saja?"
-PUTERI LAYLA"Aku pun nak tanya benda sama. Kenapa ek, dia pilih perempuan macam aku jadi isteri dia?"
-SURIA GERHANAIndahnya cinta halal selepas nikah, memaksa Suria Gerhana jatuh cinta pada suami solehnya secara rela. Hamzah tak pernah gagal jadi suami mithali. Suami yang melindungi sang isteri. Suami yang sempurna serba serbi.
"Kenapa awak pilih saya, Hamzah? Saya bukan perempuan baik. Saya..bukan Laylaa."
-SURIA GERHANA"Sebab Suria Gerhana, adalah jawapan untuk semua doa yang seketul Hamzah dah langitkan selama ini." -HAMZAH
_____________________
Ini cerita seorang Hamzah. Lelaki penjaga masjid yang berusaha mengangkat darjat Suria Gerhana secara halal. Dan jika ada sesiapa yang bertanya..
"Suria?"
"Hana?"
"Siapa Suria Gerhana?"
Maka jawapan tenang Hamzah kekal akan sama. Dari detik dia mengungkap ijab kabul, hingga takdir memisahkan mereka.
"Suria Gerhana, Zaujah Hamzah."
Dia Suria Gerhana, zaujah Hamzah si pencinta masjid. Perempuan kuat, wanita terpilih yang menjadi belahan jiwa seorang Hamzah.
_____________________
🚨 lagu tema ZAUJAH HAMZAH : Tak Pernah Hilang- Amylea Feat. Kaer
_____________________Perhatian :
Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau sudah mati. Segala apa yang ditaip oleh author @thekafai juga adalah berdasarkan imaginasi dan hasil otak + idea sendiri :
Termasuklah nama watak, negara, tempat, pangkat, pekerjaan serta kejadiannya.
Kafai tak ciplak karya author lain. Semoga anda juga tidak bernafsu untuk ciplak dan tiru cerita dongeng Kafai.
TW: PESANAN‼️🚨🚨 :
• buka genre ISLAMIK.
• mengandungi kandungan sensitif.
• ⚠️ Sexual assault, harsh language, cursing | Self-harm, suicide attempts.PERHATIAN :
Watak ML lelaki hijau bernama Hamzah/Mejah/ ini terlebih dahulu diperkenalkan dalam cerita SPIDER VOICE | SOPIAH ISKANDAR.Boleh baca dua cerita patik ini terlebih dahulu sebelum mula belayar dalam ZH.
Read at your own risks.
______________Dipersilakan untuk VOTE, SPAM KOMEN jika rerama sudi! Terima kasih🥹🦋- Thekafai
ZAUJAH HAMZAH by @thekafai
membuka tirai!
YOU ARE READING
ZAUJAH HAMZAH [SLOW UPDATE]
General Fiction[ BOOK 4] HAMZAH BIN YUSUF Dia lelaki biasa. Bukan orang kaya atau ustaz. Namun selalu dilabel 'soleh'. Hanya kerana dia suka dan cinta pada masjid. "Andai Hamzah sudi, walid teringin bermenantukan Hamzah. Walid mahu kenalkan puteri walid pada Hamza...