[HAMZAH BIN YUSUF ]
Emporces; Emriyal,Bunyi tembakan bersilih ganti, bergema pada segenap ruangan padang latihan menembak. Walaupun pada hari hujung minggu, anggota Emporces tetap melakukan aktiviti kebiasaan mereka. Hari ahad bukan hari cuti mereka.
Seorang lelaki tegap berjalan laju melepasi padang latihan tembak. Menuju ke arah ketua kumpulan elit miliknya yang sedang duduk bercangkung di tepi tasik.
"Kapten, Jeneral Rove panggil semua sniper team Cathartica meeting,"
Lapor lelaki tinggi lampai itu setelah menghulur tabik hormat. Tertera pangkat 'Hulubalang' di bahu kanannya bersama logo seekor burung.
"Why, Murai? Rove nak buat apa?"
Begitu malas kaptennya mahu bersuara. Dia beri soalan menggunakan bahasa isyarat. Bahasa wajib untuk kumpulan mereka fasih.
"Maybe ada kena mengena dengan team Nebula."
Lelaki bernama Murai itu mengangkat bahu, hanya sekadar meneka. Sedia maklum dengan pertubuhan pasukan tentera khas baru untuk negara mereka. Team Nebula : pasukan tentera penembak tepat, Sniper untuk Emporces.
Apa pula maksud Emporces? Emporces adalah singkatan untuk Emriyal Police Special Forces. Tentera elit, khas negara mereka, Emriyal.
"Bagitau Peacock, get ready."
Tiba- tiba kapten bisunya bersuara garau. Dia bangkit dari bertinggung. Sepasang mata kuyunya kelihatan tajam. Jelas, wajah di sebalik mask hitamnya dah jadi ganas.
"Cuma Mejar Jeneral Peacock ke? Panglima Ustaz Raisin cemana?"
Pertanyaan Murai undang decitan dari Spider, ketua khas pasukan Cathartica. Kena dengan nama Murai, orang kanannya itu tidak sah jika tak bertanya lebih. Banyak mulut.
"Arahan aku tadi, cuma Peacock. Jadi hanya Peacock seorang wakil Cathartica. BUKAN Raisin atau yang lain!"
Tertelan liur Murai ketika baca gerakan tangan isyarat Kapten Spider. Tegang. Dia juga terkejut lihat ruangan mata ketuanya memerah.
"Ok Kapten. Sorry. Janganlah marah. Tatut titew dibuatnya. Hehe! Murai gerak lu,"
Pamit Murai dengan riak gedik yang dibuat- buat. Sengaja sakitkan hati ketua merangkap sahabatnya sebelum dia buka langkah laju.
"Hish! Nasib baik kau lari laju!"
Kuat rengusan Spider. Kedua tangan mengepal. Geram! Rasa nak kejar, lepastu terajang aje sosok panjang Murai yang dah berlari laju itu.
___________
"Peacock!"
Langkah Peacock terhenti tatkala diseru Murai. Kaki panjang Murai berhenti benar- benar di sebelahnya. Terlebih mesra dan rapat.
"Hulu. Assalamualaikum,"
Sapa Peacock dengan mata mengecil. Dia tersenyum di balik mask hitam. Murai garu leher janggal. Menyesal tak bagi salam.
"Hehe, Waalaikumsalam. Dah zuhur eh? Jom, gerak bilik meeting. Jeneral Rove nak jumpa sniper Cathartica,"
Ujar Murai sambil peluk lengan Peacock. Anak buah kesayangannya itu kelihatan terpinga- pinga, tapi kaki masih ikut melangkah sama.
"Jeneral Rove..nak jumpa sniper Cathartica?"
Kerut sedikit dahi Peacock. Murai angguk kepala. Tak malu sungguh dia peluk lengan Peacock, lalu mengheret lelaki itu hingga sampai ke tingkat paling atas. Tingkat bilik mesyuarat.
YOU ARE READING
ZAUJAH HAMZAH [SLOW UPDATE]
General Fiction[ BOOK 4] HAMZAH BIN YUSUF Dia lelaki biasa. Bukan orang kaya atau ustaz. Namun selalu dilabel 'soleh'. Hanya kerana dia suka dan cinta pada masjid. "Andai Hamzah sudi, walid teringin bermenantukan Hamzah. Walid mahu kenalkan puteri walid pada Hamza...