ZAUJAH HAMZAH| 02🥦

154 41 22
                                    

"Anak tak guna. Kenapa lah kau tak mati aje dari hidup macam ni? Memalukan!" 

Suara tengkingan ayah kedengaran. Mata kuyu Suria kembali pejam erat. Tak mahu bangun. Menggeletar seluruh tubuh tatkala rongga hidung terbau asap kemenyan. Dah mula dah..

"Untung Naufal ada. Kalau tidak? Merempat lah kau masuk lokap sebab bunuh orang."

Perit ulu hati Suria telan semua perkataan itu. Tubuhnya terlalu lemah untuk dia bangun dan mengamuk. Kepala juga masih berdenyut.

"Kandungan cucu tuan sihat,"

Tutur bidan Karmilah bersama senyuman bermakna. Jegil mata ayah Suria. Tak gemar mendengar berita malang tersebut.

"Tapi saya dapat rasa. Cucu tuan lelaki,"

Tambah Karmilah dengan riak bersalah. Buntang mata ayah Suria. Bergegas dia meluru ke arah tubuh anaknya yang terikat atas katil.

"Tak guna! Kau mengandung anak lelaki?!"

Rambut kusut Suria dicengkam hingga Suria terdongak dan menjerit sakit. Tak semena Suria hambur tawa sinis.

"Padan muka,"

Bisiknya dengan suara lemah. Usai itu juga pipi berparut Suria jadi mangsa tamparan. Berdesing seisi kepalanya terhantuk di kepala katil.

"Tuan! Sudahlah. Jangan pukul Suria. Kasihankan dia. Dia tak bersalah—"

"Diam!"

Jerkah lelaki itu di hadapan bidan Karmilah. Timbul urat tegang pada lehernya. Seluruh tubuh menggeletar kepanasan. Marah.

"Gugurkan anak Suria."

Terangkat kepala Karmilah dari tunduk. Arahan dari lelaki korporat tersebut mengejutkannya.

"Tapi—"

"AKU KATA, GUGURKAN BUDAK TU!!"

Jerkah ayah Suria seraya mengangkat tangan. Seakan mahu menampar lagi kepala anaknya. Pantas Karmilah berdiri di hadapan Suria tanpa teragak- agak, melindungi gadis itu. 

"Saya akan gugurkan anak dia."

Terpaksa Karmilah bersetuju. Esakan Suria kedengaran di birai katil. Lelaki lingkungan lima puluhan itu mula mengukir senyum sinis.

"Betina sundal sial. Tak habis- habis menyusahkan aku. Mengandung pun anak lelaki. Kau memang sial,"

Cemuh suara ayah kandung Suria tanpa henti. Suria pejam mata. Mencucuk sakit dadanya.

"Jangan lepaskan dia. Ikat dia macam anjing. Esok lusa lepas habis pantang, orang aku bawa dia balik Darandele."

Terangguk- angguk Karmilah mengiyakan arahan itu. Laju kakinya ikut ayah Suria melangkah keluar rumah.

"Aku busy. Kena jumpa guru Syed. Sebab budak tulah! Tak guna punya anak, boleh pulak dia mengandung anak lelaki?! Guru Syed nak anak perempuan kut!"

Meninggi suaranya akibat marah. Seketika, dia dan Karmilah mendongak langit. Ada titisan air hujan turun, semakin lebat.

"Baguslah hujan! Kau jangan lupa tadah. Aku nak bagi guru Syed. Guru Syed suka minum air hujan. Air berkat."

Takut- takut Karmilah angguk pada arahan itu. Meremang dengar nama 'Guru Syed'.

"Ingat arahan aku, jangan lepaskan Suria."

Serentak itu ada bunyi dentuman guruh kuat, berserta kilat menyambar pada langit. Mata bercelak lelaki itu cukup tajam. Mencerun pada wajah pucat Karmilah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 2 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ZAUJAH HAMZAH [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now