2 TAHUN KEMUDIAN
"Assalamualaikum Sirhan Iskandar."
Suara lembut Hamzah menyapa Sirhan. Berhati- hati dia mengendong bayi berusia dua minggu itu. Mata Sirhan celik. Membulat iris coklat cairnya renung wajah tenang Hamzah.
"Sirhan dah bangun?"
Tersenyum Hamzah rasa genggaman jari halus Sirhan pada jari telunjuknya. Tadi bukan main tidur nyenyak tak mahu buka mata.
"Nama saya Hamzah. Hamzah Bin Yusuf. Kawan rapat abi awak, Muiz Iskandar."
Hamzah perkenalkan diri, bersama senyuman yang tak lekang di bibir. Hari ini baru dia berkesempatan bertemu Sirhan.
"Semoga Sirhan membesar jadi lelaki Islam yang hebat, soleh. Kuat, berani. Sama seperti makna nama Sirhan. Berani. Singa."
Hidung Sirhan dicuit. Hamzah senyum manis, tak lepas tenung wajah suci Sirhan.
"Kecik- kecik dah handsome. Serupa betul dengan rupa abi awak."
Lembut Hamzah usap ubun- ubun Sirhan. Rambut pun tebal. Sebiji muka Muiz waktu bayi. Copy paste! Genetik Malik Mohamad tak pernah gagal mendominasi rupa cucu- cucunya.
"Happynya Lion ikut babah Mejah."
Suara garau Muiz menyapa. Kedengaran jengkel. Tak puas hati. Hamzah senyum lebar. Suka lihat raut samseng Muiz merajuk jadi manja.
"Kenapa? Abi jealous ke?"
Nakal Hamzah cuba buat lawak. Muiz ketawa perlahan. Kalau manusia lain yang cakap begini, pasti Muiz dah bagi tumbukan sulung.
"Dari pagi Lion tak nak bangun. Seronok agaknya kena dodoi mak cik marhaban. Mejah kejut dia macam mana? Tadi Muiz dengan Sopiah dah siram air pun Lion tak bangun."
Terkebil mata Hamzah. Naik risau bayangkan cara Sopiah Iskndar jaga anak sulung mereka. Kesian pada Sirhan. Dapat mak ayah ganas.
"Saya bagi salam aje Sirhan dah buka mata."
Hamzah tersenyum manis lagi. Kembali langgar panahan iris coklat cair Sirhan. Dia tak perasan Muiz juih bibir. Untunglah Lion, dapat hadiah senyum mahal Mejah.
"Mejah suka sangat ke dekat baby?"
Kepala Hamzah panggung dari terus tunduk pada Sirhan. Tak ada ragu dia mengangguk.
"Then Mejah carilah umi untuk Sirhan. Buat baby. Mana tahu kita boleh berbesan."
Selamba Muiz bercakap. Siap angkat bahu. Hamzah tercengang besar. Buat baby?
"Oh..Puan Sopiah tak bagi Muiz share Sirhan dengan saya ke?"
Keruh raut Hamzah bertanya. Dahi Muiz berkerut banyak. Dah ke situ pulak..
"Anak Sopiah Iskandar, anak Mejah juga. Mejah yang bawa kitorang bersalin dekat hospital! Takkanlah kita tak boleh share anak. Muiz suruh Mejah cari isteri, biar Sirhan dapat umi."
Panjang Muiz bebel. Serupa mak mentuanya Saodah. Hamzah diam sekali lagi. Cari isteri?
"Mejah kata, jodoh kena cari. Kena usaha! Apa kata, Mejah masuk group cari jodoh."
Gelojoh Muiz sua skrin telefon depan mata Hamzah. Terpampang group 'Cari Jodoh' dari satu laman sesawang haram. Hamzah geleng kepala perlahan. Riaknya kekal tenang.
"Tak payah susah- susah, Muiz. Siapalah yang sudi nak jadi Zaujah Hamzah."
Kata- kata Hamzah buat Muiz terkejut beruk. Rahangnya jatuh, mulut juga melopong. Dan ketika itu Hamzah tahu, dia dah tersalah bagi jawapan. Habislah..
YOU ARE READING
ZAUJAH HAMZAH [SLOW UPDATE]
General Fiction[ BOOK 4] HAMZAH BIN YUSUF Dia lelaki biasa. Bukan orang kaya atau ustaz. Namun selalu dilabel 'soleh'. Hanya kerana dia suka dan cinta pada masjid. "Andai Hamzah sudi, walid teringin bermenantukan Hamzah. Walid mahu kenalkan puteri walid pada Hamza...