BAB 8

0 0 0
                                    

"WEH seriouslah Lia ?" soal Ain tak percaya . Rasanya baru sebulan lepas pasangan itu berkahwin .

"Iya !! Dan lepasni , si Tiqah ni pulak !" usik Tahlia . Dia memaklumkan kepada rakan - rakannya bahawa dia sedang berbadan dua .

Tiqah tersenyum . Dia sudah pun berkahwin seminggu yang lalu . Hari ini hari isnin . Pertama kali Tiqah bekerja setelah bersuami . Sememangnya bos akan memberi cuti seminggu untuk setiap pekerja yang berkahwin .

"Aku awal lagilah . Encik suami aku tu pun malu - malu kucing ." ujar Tiqah . Tahlia dan Tiqah mengerling kearah Ain yang dari tadi tersenyum .

"Kau dah kenapa ? Senyum - senyum macam setan ." bebel Tiqah . Tahlia mengangguk tanda setuju .

"Hish ! Aku kan , ada hubungan dengan sorang laki ni . Hot wey ! Macam suami Tahlia tu ." terang Ain . Ah , lelaki idamannnya !

Tahlia menjeling . "Nama dia , Adam Felix . Sedap bhai ! Jatuh cinta aku . Dup dap dup dap jantungku . Dah la senyum manis ." Ain sudah kembali tersenyum kambing .

Tiqah mendekati Tahlia lalu berbisik . "Dilamun cinta tu ." Tahlia hanya mengangguk .

"Assalammualaikum mummy . Ad balik ni ." Adrian memberi salam lalu kaki melangkah masuk kedalam villa itu bersama isterinya .

"Wassap bro ! Berbini dah kau . Aku yang abang ni pun calon pun tak ada lagi ." ujar abang kepada Adrian . Adrian mengerling . Kelihatan abangnya sedang tersenyum manis pada isterinya .

"Baik kau berhenti senyum sebelum aku koyak mulut kau ." marah Adrian .

Puan Freya Halina yang baru tiba dari dapur menggeleng . Tangan menantunya ditarik . "Bila dua manusia tu bergaduh , kita pergi cepat - cepat ." ujar Puan Freya sambil mengenyitkan mata . Haih , like mother like son !

Tahlia tersenyum . "Mummy , dia tu siapa ? Abang kepada Abang Ad ke ?" soal Tahlia .

Puan Freya mengangguk . "Tu anak sulung mummy . Memang Adrian dengan Adam tu rapat . Tapi Adam belajar overseas dulu . Diorang dah lama la tak jumpa ."ujar Puan Freya seraya duduk . Satu kotak jus oren dicapai lalu dituang ke dalam dua gelas . Satu gelas dihulurkan pada Tahlia .

Tahlia menyambut huluran seraya mengangguk . Senyuman manis diberikan pada Dato Akmal Hadif . Lelaki separuh abad itu juga membalas senyumannya .

"Ad ! Ingat pun jalan balik rumah . Ingatkan lupa dah ." sindir Dato Akmal . Adrian hanya tersengih . "Tak adalah daddy . Cuma baru - baru ni Ad busy sikit ." ujar Adrian sambil menggosok lehernya .

"Ha , Tahlia ! Macam mana kamu ? Okey ke ?" Soal Puan Freya . Dia sudah dimaklumkan bahawa tak lama lagi dia bakal menimang cucu .

Tahlia senyum dan mengangguk . "Kau adik ipar , cepat betul . Mesti adik aku tak menyabar , kan ?" gurau Adam . Adrian menepuk bahu abangnya selepas melihat muka merah isterinya .

"Biarlah . At least bini aku da pregnant . Kau ? Bila nak ada bini ? Tunggu berjanggut dulu ?" soal Adrian mengenakan abangnya . Adam menjeling adiknya tajam .

"Diam la bangang . Aku dah ada calon tau ! Tinggal nak masuk meminang je ." ujar Adam .

Tersentak Puan Freya lalu wanita itu tersedak . Sejak bila anak sulungnya ini dah ada calon ? Anak sulungnya didekati . Bahu anaknya ditumbuk .

"Aduh ! Mummy ni kenapa ? Sampai hati..." Adam mengusap bahunya yang menjadi tempat kekejaman ibunya . Sakit woi!

"Sejak bila kamu ada calon ? Kenapa tak bagitau mummy ?" marah mummy . Tahlia hanya diam mendengar . Siapa Adam ni ?

"Ya Allah mummy , ni nak kenalkan . Nama dia Nurul Ain Najqa . Umur 23 ." Adam mengenalkan gadis idamannya .

Mereka terkejut apabila bunyi hentakan di meja . Tahlia menghentak meja sambil berdiri . "You are Adam Felix ?" soal Tahlia . Adam mengangguk . Dah kenapa adik iparnya ni ?

"Kau suka bestfriend aku !" jerit Tahlia teruja . Wow , mereka suka sama suka !!

"Bestfriend kau ? Najqa kau punya bestfriend ?" soal Adam tak percaya . Mati !! Habislah , nanti adik ipar dia kantoikan dekat Najqa macam mana ?

"Ya !!! Nanti jap eh , aku nak kasi tau dia . Woohoo !!!" ujar Tahlia sambil melompat . Adrian menepuk dahi . Astaghfirullahalazim , sejak bila bini aku hyper lain macam ni ?

"Woi , woi ! Jangan la woi !! Dia tak tau !! Oii adik ipar !!!" panggil Adam cemas . Dia ingin mengejar , namun malangnya , Tahlia sudah berada di tingkat atas . Adam mengeluh .

"Bini kau terencat ke ? Hmm..." Adam mengeluh .

PAP !

"Apa Adam ni ? Kutuk adik ipar sendiri pulak !" marah Puan Freya sambil memukul bahu anak terunanya . Apa anak dia ni ?

Adam ingin membalas , namun apabila dia nampak Tahlia turun dari tangga , dia terus bangun mengejar adik iparnya .

"Warghh !! Mummyyyy tolong Lia !!! Abanggg tolong Rose !!" jerit Tahlia sambil berlari daripada abang iparnya .

"Kau sini kau !! Apa aku nak cakap dekat Najqa hah ?!" Adam berkata sambil kaki panjangnya mengejar Tahlia .

"Woi !! Bini aku tu mengandung !! Kau berhenti kejar sekarang !!" Adrian terus bangun dan mengejar Adam .

"Biarlah bang , rumah ni tak meriah kalau tak ada diorang ." ujar Puan Freya apabila melihat suaminya seakan - akan ingin memarahi mereka bertiga . Akhirnya Dato' Akmal hanya mendiamkan diri sambil tersenyum ringkas .

DIE FOR YOU  [ONGOING]Where stories live. Discover now