Chapter 10 - Ubah Strategi

297 17 2
                                    

Hari pertama sebagai pengurus, Fiza agak awal berbanding Jihah. Walau duduk serumah mereka masih gunakan kenderaan berbeza untuk datang kerja. Fiza sebagai pengurus dan sudah tentu Jihah pemilik. Kak Mun dan Nora sudah sampai, Jihah belum kelihatan lagi.

"Selamat pagi akak" Nora ucapkan selamat pagi dengan muka yang ceria. Gadis yang digelar Pendek oleh Jihah itu lebih ceria berbanding hari-hari lain.

"Selamat pagi... Baguslah adik. Pagi-pagi senyum. Ada aura positif tau." Sedang mereka berbual, Kak Mun bukan pintu kedai. Mereka bertiga masuk ke dalam. Fiza masuk ke pejabat yang disediakan di bahagian belakang berdekatan dengan dapur. Jihah gunakan bilik itu namun kini diserahkan kepada Fiza dengan sebuah laptop disediakan. Fiza perlu merekodkan pendapatan dan perbelanjaan kedua-dua kedai milik Jihah. Dan segala cukai, bayaran, gaji semuanya akan diuruskan oleh Fiza mulai hari ini.

Fiza duduk di kerusinya. Jihah bersetuju bayar gaji yang sama diterima semasa bekerja di pejabat hartanah. Namun Fiza rasakan seperti gaji itu terlalu banyak berbanding pendapatan cafe itu. Dia sudah ada beberapa cadangan untuk menaik taraf cafe itu, tapi dia perlukan bantuan dari Kak Mun, Nora dan Jihah. Fiza keluar dari bilik, berjalan mendekati Kak Mun.

"Selamat pagi.... Kak Mun nak bincang kejap boleh?" Fiza tahu Kak Mun 3 tahun lebih tua dari Fiza. Dia sebagai pengurus sudah pun diberikan akses untuk meneliti semua maklumat peribadi pekerja termasuk Kak Mun.

"Selamat pagi. Maaf akak tak berminta nak bincang" Kak Mun seperti tidak berminat untuk berbincang. Sama ada layanan dingin ini sudah ada dalam DNA keluarga mereka atau mereka telah dilatih dari kecil. Fiza faham dia perlu berdepan dengan Kak Mun. Kak Mun beri layanan baik semasa Fiza menjadi orang luar. Namun kini layanan itu berubah dingin.

Fiza tidak berkata apa-apa. Dia tersenyum tawar dan kembali ke dalam bilik dia. Dia duduk di kerusinya lagi. Dia perlu dapatkan bantuan Kak Mun. Tanpa bantuan Kak Mun sebagai chef, tak mungkin perancangan dia untuk menarik lebih ramai pelanggan akan berjaya.

"Kak Mun....kenapa layan Kak Fiza macam tu. Tak pernah tengok Kak Mun macam ni.." Nora yang hairan dengan sikap dingin Kak Mun agak pelik. Kak Mun bukanlah orang yang akan bersikap dingin dengan sesiapa. Namun tiada jawapan dari Kak Mun. Nora masih menunggu.

"Akak...Nora tanya ni..." Nora masih mengharapkan jawapan dari Kak Mun. Kak Mun tenung muka Nora.

"Kau kenapa? Kalau aku tak suka nak borak dengan dia, tu masalah aku. Yang kau nak paksa aku bagitahu kau kenapa?" Nora mencebik bila kena marah.

"Orang tanya je lah" Nora mendiamkan diri. Kalau ditanya lagi mungkin makin teruk kena marah.

"Hmmm.... Aku tak rasa dia ni orang yang baik. Dia macam ambil kesempatan je. Jihah pula macam lembu kena cucuk hidung dah akak tengok. Duit bagi, kereta rosak buatkan, tempat ni perlukan pengurus ke? Customer pun takde. Kan ada laki, walau masalah apa pun kenalah hormat suami sendiri. Kalau keluar dari rumah tu faham-faham je orangnya macam mana" Kak Mun mengutuk Fiza.

"Haish akak ni. Janganlah cakap kuat sangat dia dengar nanti. Kita tak tahu apa masalah dia. Dia tak pernah cerita, kita pun tak pernah tanya. Lagipun bukan urusan kita. Jihah nak tolong dia." Nora cuba bersangka baik.

"Kau tu lurus sangat lah Nora. Kalau setakat nak ada tempat meluah, atau nak cari kawan, boleh je cerita kat aku atau kau. Kenapa mesti nak pilih Jihah. Sebab tahu Jihah tu siapa. Boleh lah kikis cukup-cukup. Jihah tu kalau dengan sedara mara sendiri berkira. Dengan orang macam ni takde pula dia nak berkira. Sakit hati pula" Kak Mun terusak membebel. Dia luahkan kepada Nora.

Fiza dengar semua ini. Fiza terdiam. Dia tidak tahu apa yang patut dia buat. Dia tak pernah ada dalam situasi sebegini. Selalunya suami dia jadi tempat dia mengadu. Setahun dua yang lepas apa sahaja masalah dia akan bercerita dengan Farhan. Sekarang Farhan berubah. Fiza tidak mahu menangis namun air matanya gugur.

Pelangi SenjaWhere stories live. Discover now