Chapter 19 - Bersemut

410 22 8
                                    

Fiza duduk di meja kegemaran dia. Jam dah pukul 11 pagi. Tak ramai orang dalam kedai. Hanya hanya sekumpulan pelajar yang pesan air dan buat kerja mereka. Mungkin kerana wifi percuma yang mudahkan mereka buat kerja mereka. Jihah pula sibuk membersihkan mesin ekspresso. Dia tak berapa suka keadaan yang kotor.

Fiza keluar dari kedai menghirup udara segar dan terus ke kedai makan depan cafe. Dia perlu dapatkan slip jualan semalam. Setelah dapatkan slip itu dia kembali ke Lof Cafe. Namun dia tak perasan kasutnya kotor meninggal kesan atas lantai. Fiza duduk dan sambung buat kerja. Jihah yang sedang sibuk bersihkan cawan dan meja barista terpandang ke arah kotoran yang ada atas lantai.

"Pendek..... dah berapa kali aku pesan. Lantai bersihkan. Jangan biarkan lantai kotor. Kerja itu pun susah ke nak buat. Pemalas betul lah budak ni. Bersihkan cepat. Aku ketuk juga kepala budak ni" Nora yang tengah bantu Kak Mun di dapur terkejut bila terdengar Jihah membebel.

"Dah mop tadi. Mana ada kotor. Kan tadi dah mop." Nora mencebik dan keluar dari dapur. Mukanya seakan merajuk.

"Dah mop apa....itu yang atas lantai tu apa? Dan puluh kali pesan. Kalau customer masuk apa dorang fikir? Lantai pun tak bersih. Aku tengok pun geli tau tak. Pergi bersihkan cepat. Mengular je kerja kau." Jihah sambung bebel. Nora menjenguk ke arah lantai

"Eh.......betul....aku dah mop tadi. Macam mana boleh hitam balik" Nora garu kepala. Dia ambil mop dan keluar dari belakang untuk mop kotoran atas lantai. Fiza masih tekun siapkan kerja dia. Nora mula mop lantai.

"Dah lap tadi..... Orang lain yang buat aku yang kena marah....pot pet pot pet tak habis-habis. Mentang-mentang dia bos asyik bebel je..... nyenyenyenyenye....." Nora buat mimik muka mengejek Jihah tapi secara perlahan. Dia tak nak Jihah tahu dia mengejeknya. Fiza tergelak dengan gelagat Nora dan secara spontan dia tengok tapak kasutnya. Tapak kasutnya kotor. Baru dia sedar kotoran itu datang dari kasut yang dia pakai.

"Alamak..... Nora..... Sorry akak yang keluar tadi tak perasan kasut kotor. Sorry sangat......" Fiza tersengih dan minta maaf. Nora tenung tajam muka Fiza.

"Hah tengok ni hah! Kak Fiza yang buat kotor aku yang kena marah. Dah cakap tadi dah mop. Tahu nak bebel je. Hah akak nah mop lantai. Pasal akak Nora kena marah." Nora serahkan mop kepada Fiza. Fiza senyum dan terima mop dari tangan Nora. Dia tarik manja pipi Nora.

"Alah sorrylah akak pun tak perasan tadi. Takpe Nora rehat. Akak mop. Kita kan geng. Janganlah marah. Next time akak check kasut dulu ok." Fiza mula mop lantai. Jihah yang nampak Fiza mop terus panjat meja barista dan mendekati Fiza.

"Eh sini mop tu. Saya mop. Awak pergi duduk. Mengada je dia yang nak mop kenapa." Jihah terus ambil mop dari tangan Fiza dan dia yang sambung mop. Dia tak benarkan Fiza untuk mop lantai.

"Janganlah macam ni.......takpe saya boleh mop." Fiza cuba ambil balik mop dari tangan Jihah.

"Wey.....korang dua. Oh kalau aku kena bebel. Kalau Kak Fiza sanggup kau lompat kat meja tu eh. PILIH KASIH!! Bak datang mop tu. Dua-dua berambus! Hentak dengan mop kana baru tahu. Bagi sini." Nora rampas mop dari tangan Jihah. Dia tenung tajam Fiza dan Jihah gilir-gilr. Jihah gosok-gosok kepala Nora dan tersengih. Jihah tarik tangan Fiza tinggalkan Nora. Mereka berdua keluar dari kedai.

"Tak baik awak buat macam tu kat dia. Dia tu dah lah comel orangnya. Awak suka sangat buli dia." Fiza yang masih ketawa sempat tegur Jihah.

"Hahahahaha..... Takdelah ingatkan dia yang mop tak betul tadi. Dan-dan saya yang salah bebel kat dia. Kalau dibiarkan nanti makin kuat si pendek tu bebel. Ada dia pergi buat report kat JTK nanti. Pendek tu bukan betul." Jihah terhibur dengan gelagat Nora. Kedua mereka ketawa.

Jihah pandang muka Fiza. Ada sedikit kesan kopi di tepi bibir Fiza. Tanpa cakap apa-apa Jihah hulur tangan dan lap kesan kopi. Fiza gerakkan kepala ke belakang sikit. Jihah tunjukkan kesan kopi yang melekat kat jari dia kepada Fiza.

Pelangi SenjaWhere stories live. Discover now