Chapter 5 - Salah Faham

320 15 7
                                    

"Hmmmm...dah elok dah kau rosak. Kalau aku guna kereta mesti dah bawa maam besar kau naik kereta. Dia tak nak naik motor pula. Dia tahu tak nikmatnya naik motor ni. Tak sangkut jem, cepat. Dan yang paling penting boleh duduk rapat-rapat. Melepas...." Jihah buka pintu kereta. Sekali lagi bau perfume Fiza menerpa hidung. Jihah rasa selessa sangat. Dia cuba hidupkan kereta sekali lagi tapi tak berjaya. Dia keluarkan telefon dan call Akim. Kawan baik Jihah sejak sekolah. Bekerja sebagai mekanik kereta.

"Wah tokey besar baru ingat aku ke? Baru nak call..." Akim menjawab panggilan Jihah.

"kau bukan penting sangat pun nak selalu call kau. Weyh aku ada hal ni. Tolong aku jap." Jihah malas nak borak panjang.

"Dah agak dah. Takde hal tak cari aku. Kau nak apa?" Akim faham dengan sikap Jihah.

"Ada kereta kawan aku tak boleh start. Lampu bateri menyala. Kau tolong tengokkan boleh?" Jihah bertanya kepada Akim. Memandangkan Akim seorang mekanik, dia pasti tahu kalau ada masalah lain selain bateri.

"Aku panggil member aku tengokkan. Kalau masalah bateri dia boleh terus tukar. Aku tak dapat datang sekarang. Aku nak ambil awek aku. Kan membebel kalau aku lambat. Kau ni p[un satu hal. Sekarang kan nak tukar bateri ada banyak app. Download satu..kan mud.." Belum sempat Akim habiskan ayat telefon dan pun dimatikan.

"Haish kalau kau sebelah aku perempuan ni dah lama aku hentak dia. Nasib baiklah kawan dari kecik." Akim merungut namun dia telefon kawannya untuk tukarkan bateri kereta Fiza. Jihah menunggu dalam setengah jam. Setelah bateri ditukar Jihah bawa kereta dan parking depan kedainya.

"Wow kereta baru ke? Gaduh dengan Kak Mun terus beli kereta. Memahami ya. Hari-hari Kak Mun naik bas. Kemudian jalan kaki. Tak sangka kau ada hati dan perasaan." Nora sangkakan kereta itu dibeli Jihah.

"Merepek lah kau. Ini kereta kawan aku. Takde maknanya aku nak beli kereta. Kak Mun kau tu kenapa pula. Kereta dia mana?" Jihah bertanya tentang Kak Mun. Dia baru perasan sudah lebih sebulan dia tak nampak kereta Kak Mun.

"Kena tarik dah. Kesian Kak Mun." Nora berjalan nak masuk ke dalam.

"Kena tarik? Habis gaji dia pergi mana? Takkan tak bayar duit?" Jihah hairan. Dia tak pernah lambat dalam pembayaran gaji. Dah dia bayar RM6000 kepada Kak Mun sebagai Chef Lof Cafe.

"Kan arwah suami dia buat bisnes. Dan orangnya takde Kak Mun lah kena tanggung semua. Hurmm kesian Kak Mun. Aku nak mandikan kucing tadi." Nora melompat-lompat masuk dalam kedai. Macam budak-budak perangainya. Jihah tarik nafas dan hembus perlahan. Fikiran dia agak terganggu dengan keadaan Kak Mun.

Fiza sampai depan rumah. Kereta Farhan sudah ada depan rumah. Fiza turun dari grab. Farhan sedang periksa tayar kereta. Dia toleh ke belakang bila pintu pagar dibuka.

"Eh awal balik? Mana kereta?" Farhan pandang ke luar pagar. Fiza melangkah masuk ke dalam.

"Kereta rosak. Tak hidup. Balik naik grab." Fiza menjawab sambil buka sandal yang dipakai. Fiza melangkah masuk dalam rumah.

"Dah tu kenapa tak telefon? Kereta tinggal macam tu je kat situ? Selamat ke kawasan tu. Kalau hilang macam mana?" Fiza berhenti melangkah. Dia rasa sakit hati sangat dengan soalan Farhan.

"Kereta tu yang awak risaukan. Saya call kenapa tak angkat?" Fiza jeling tajam muka Farhan.

"Saya dalam meeting. Sebab tu tak angkat. Takkan depan bos nak angkat" Farhan beri alasan yang tak masuk akal. Alasan itu lebih menyakitkan hati.

"Oh kalau esok bini awak kena ragut ke, bunuh ke, rogol ke depan bos tak boleh angkat telefon? Apa bos takde bini? Pernah ke saya ganggu waktu kerja awak? Kalau tak terpaksa, saya takkan telefon. Kalau dah saya telefon tu angkatlah. Penting sangat kerja tu dari saya?" Air mata Fiza gugur jua. Bukan kerana dia sedih mengenang nasib. Kerana tahan marah yang melampau. Kerana sakit hati diperlakukan sebegitu oleh suami sendiri.

Pelangi SenjaWhere stories live. Discover now