Chapter 14 - Pecah Tembelang

326 23 3
                                    

Jihah tunduk dengan kecewa. Dia tak faham apa yang terjadi. Fiza tak beri penjelasan. Dia keluarkan telefon. Dail nombor Fiza. Telefon berbunyi tapi tak di angkat. Jihah cuba lagi.

Fiza yang sedang pandu kereta sempat tengok skrin telefon. Nama Jihah muncul di skrin. Dia tak berminat nak angkat panggilan Jihah. Dia kini cuma fokus untuk pulang ke rumah. Dia ingin bertemu Farhan dan menceritakan cerita dari pihak dia. Namun Jihah tidak berhenti buat panggilan. Fiza hentikan kereta. Dia cari nombor Jihah dan sekat.

Jihah cuba buat panggilan lagi namun kali ini tak berdering. Dan Jihah sedar nombornya mungkin dah disekat. Matanya sedikit berair. Akim yang berdiri di situ masih bingung. Dia pandang Kak Mun dan Nora. Nora mendekati Akim yang juga bakal abang iparnya.

"Abang buat apa kat sini. Buat rosak keadaan je. Cuba pergi dating dengan akak je. Menyibuk je datang sini. Kalau tak datang sini cafe ni boleh bankrap ke?" Nora menjeling tajam muka Akim. Akim garu kepala kebingungan.

"Abang buat apa. Abang cuma nak jumpa Jihah je. Tetiba akak tadi tu menjerit. Kenapa abang yang salah?" Akim masih tak faham dengan situasi. Nora tepuk dahi.

"Macam mana lah akak saya nak hidup dengan abang nanti. Dah lah tak hensem. Tak hensem takpe, tapi tak boleh diharap. Tak boleh diharap takpe ni memang takde fungsi. Ini semua salah abang. Patutnya abang kena pujuk Kak Fiza tadi" Nora terus menerus salahkan Akim.

"Siapa Kak Fiza? Beritahu lah apa salah abang? Abang cuba betulkan.... Janganlah buat abang macam ni Nora" Akim ingin tahu apa kesalahan dia.

"Oh....dah buat salah dan-dan buat tak tahu. Nanti Nora ngadu kat akak. Biar dia tahu siapa abang sampaikan Kak Fiza pun dia tak kenal. Sepatutnya kena kenal. Dah lah takde fungsi tak kenal Kak Fiza pula tu. Kurang kesedaran sivik." Nora masih menyalahkan Akim. Kak Mun tolak kepala Nora dari belakang.

"Wei apa tolak-tolak kepala. Hah masuk...masuk..." Nora tunjuk dua penumbuk kat Kak Mun. Kak Mun menjeling muka Nora. Hidung Nora ditarik.

"Kau diam boleh tak. Benda takde kena mengena kau kaitkan. Ini lah masalah manusia. Tak selidik betul-betul dan-dan buat hal. Tampar kang baru tahu. Kau jangan layan budak ni Akim. Dah sewel dah dia ni. Suruh Tina hantar budak ni kat hospital bahagia. Dah makin teruk dah ni" Kak Mun mendekati Jihah sambil bebel kat Nora.

Dia tarik tangan Jihah untuk masuk ke dalam. Jihah mengikuti langkah Kak Mun. Jihah seperti dah hilang selamat. Akim pula mendekati Nora. Dia pandang Kak Mun dan Jihah masuk ke dalam. Dia tunduk pandang muka Nora. Nora pula mendongak pandang muka Akim.

"Ok terangkan kat abang apa yang dah terjadi. Abang confuse ni. Macam nak gila tiba-tiba disalah kan." Akim bertanya lagi kat Nora. Nora tarik nafas dan hembus perlahan.

"Hurmmmm.....macam ni. Kan abang buat tu. Jadi Jihah kan suruh buat ni. Abang tak buat ni kan. Kak Fiza pula fikir tu. Tu yang Kak Mun kata ni. Then laki Kak Fiza pula kata ini dan itu kan. Lepas tu perempuan tu datang cakap ni. Then Jadi macam tu. Macam tu lah ceritanya" Akim terdiam dengan penjelasan Nora.

"Nora kalau abang tanya kau apa-apa lagi kan, kau tolong campurkan racun dalam minuman abang terus. Biar abang mampus terus dari dengar kau mengarut entah apa-apa" Akim mengalah. Dia tak nak tahu apa-apa. Nora menjeling Akim dan mendekati pintu cafe. Sekali lagi dia menjeling dan jelir lidah kat Akim. Akim geleng kepala dan masuk dalam keretanya tinggalkan kawasan itu.

Fiza sampai kat depan rumah. Dia turun dari kereta. Dia tekan loceng. Farhan perhatikan kehadiran Fiza dari tingkap rumah. Di tersenyum sinis. Dia tak percaya rancangan dia akan berjaya secepat ini. Tapi dia tak sedar ini bukan hanya kerana rancangannya, ini kerana Fiza tidak selidik dengan betul. Emosi menguasai dirinya. Farhan kusutkan sikit rambutnya. Buat muka kesian keluar dari rumah. Dia keluar pintu.

Pelangi SenjaWhere stories live. Discover now