Chapter 9 -Pengurus Lof Cafe

289 20 2
                                    

"So dah selesai semua urusan?" Jihah bertanya kepada Fiza. Fiza ambil masa sebelum menjawab. Dia kacau kopi yang dihidangkan. Menghembus nafas berat. Jihah tidak memaksa dia hanya menunggu jawapan dari Fiza.

"Alhamdulillah urusan libatkan arwah semuanya selesai dengan mudah. Terima kasih ya bantu saya. Saya janji saya akan pulangkan duit tu secepat mungkin. Tapi malam ni tak dapat nak pulangkan. Jangan minta malam ni ya." Fiza tergelak kecil.

"Disebabkan awak tak dapat bayar malam ni, awak kena tolong saya lah. Awak kena ikut saya ke satu tempat yang paling best kat dunia." Jihah masih belum mengalah. Dah lebih seminggu dia masih mencuba. Fiza tergelak dengan kuat.

"Awak belum mengalah eh. Tempat apa yang best sangat tu. Kenapa nak ajak saya? Cuba bagi saya detail sikit." Fiza ingin tahu. Jihah beriya nak ajak dia ke sana.

"Oh no details, tapi tempat yang sangat menenangkan fikiran. Kalau saya ke sana, saya rasa macam keluar dari semua masalah saya." Jihah minum seteguk kopi setelah bercerita tentang tempat kegemaran dia. Fiza tersenyum dan perhatikan Jihah.

"Hmmmmm..... Baiklah. Akan saya fikirkan. Saya minta maaf. Saya ada satu lagi benda nak minta tolong. Maaf rasa macam ambil kesempatan. Tapi saya tak tahu nak minta tolong dengan sape." Fiza agak malu nak minta tolong Jihah lagi. Namun selain Ira, dia hanya mengenali Jihah. Semenjak berkahwin, dia seperti putuskan segala hubungan dengan orang lain. Farhan jadi dunia dia. Kini dia takde arah tuju.

"Nak pakai duit lagi ke? Boleh. Takde masalah pun." Jihah buat andaian sendiri. Fiza menjeling Jihah.

"Banyak sangat ke duit? Bukan pasal duit lah. Duit esok lusa dah ada. Boleh tak tolong saya carikan tempat tinggal. Untuk sementara." Jihah terdiam. Dia pelik kenapa perlu cari tempat tinggal sedangkan Fiza ada rumah. Tapi dia tidak mahu bertanya.

"Ada.... Kalau awak nak saya boleh uruskan. Awak boleh duduk sana. Bila awak nak duduk?" Jihah tidak berikan terlalu banyak maklumat.

"Eh...cepatanya. Awak ni macam google la. Semua benda ada. Ke awak memang dah tahu saya nak minta tolong?" Fiza besarkan matanya yang comel. Jihah tergelak.

"Dah lewat ni. Awak dah makan belum? Kalau belum jom kita pergi makan." Jihah ajak Fiza pergi makan. Tak jauh. Mereka cuma jalan sahaja. Sampai kat kedai depan, seorang lelaki mendekati mereka berdua. Fiza cari tempat untuk duduk sementara Jihah dan lelaki tadi bercakap. Jihah datang duduk dengan Fiza.

"Awak order je apa pun. Maaflah sebab dah lewat jadi datang kedai ni je. Esok-esok saya bawa pergi restoran yang bagus sikit." Jihah rasa tak selesa bawa Fiza ke restoran itu.

"Eh.... Restoran cantik macam ni awak mengutuk? Cantik bersih, makanan pun banyak. Tak macam cafe yang kat depan tu. Dengar kata owner dia agak berlagak. Tak tahu lah betul ke tak." Fiza sengaja usik Jihah. mereka berdua ketawa. Makan yang dipesan sampai. Mereka berdua makan. Fiza keluarkan duit untuk bayar.

"Tak payah bayar. Kalau makan kat sini free je. Saya kenal owner dia. Simpan dulu duit awak. Next time awak belanja saya ok" Duit Fiza ibarat takde nilai. Tapi Fiza akur. Lagipun dalam keadaan dia sekarang 10sen pun bernilai.

"Saya naik motor kat depan. Awak ikut saya dari belakang tau." Jihah naik motor kat depan. Fiza pula mengekori dia dengan kereta. Tapi dia gunakan Axia merah dia. Dia rasa tak selesa guna kereta yang pernah diguna Farhan.

Jihah masuk kawasan perumahan yang agak mewah. Fiza mengekori dari belakang. Fiza perhatikan Jihah bercakap dengan pengawal di situ. Kereta Fiza dibenarkan masuk. Rumah mewah berapa agaknya sewa yang perlu dibayar? Semua ini bermain dalam kepala Fiza. Tapi dia perlu hormat Jihah yang sanggup bantu dia.

Sampai depan rumah pintu pagar dibuka. Jihah dan Fiza masuk ke dalam kawasan rumah. Fiza turun dari kereta. Jihah pula betulkan rambut dia.

"Besarnya rumah. Mahal ke sewa?" Fiza tak dapat tahan diri dari bertanya soalan tu. Jihah tersenyum.

Pelangi SenjaWhere stories live. Discover now