4

1 0 0
                                    

"korang nak makan apa?" Tanya Danny setibanya mereka di restoran.

"girls , korang la pilih nak makan apa" Adam menyerahkan menu kepada Hadirah.

"ehhh apa-apa ja, kitorang okay" Bunga menjawab. Segan pula jika mereka pula yang perlu menetapkan menu. Sudah dibelanja makan pun cukup kekok ini kan lagi pilih menu. hmmm

"ermm mungkin perlu ambil satu jenis sayur je la kot, kawan kami yang sorang ni vegetarian" Hadirah bersuara sambil membelek-belek buku menu di tangan.

Zatul yang sedar dirinya di mentione segera mencubit kecil Hadirah dari bawah meja.

'buat malu ja la dia ni'

Hadirah tersentak kecil kesan daripada cubitan ketam Zatul. Dia menoleh ke arah Zatul. Dapat dia lihat tatapan maut Zatul menatap ke arahnya.

'aku salah cakap ka'

"ooo yaa Zatul vegetarian, hidangkan dia nasi dengan sayur pun dah okay" Bunga pula kita bersuara.

Tadi sebelah kanan Hadirah cari gaduh, sekarang sebelah kiri ni pula mengikut jejak. Kecik besar kecik besar ja Bunga dalam mata Zatul.

'dua orang ni aku hantuk kejap lagi baru tau, kenapa tak bagitau satu dunia ja'

Sakit hati Zatul dibuatnya. Bukan apa, tapi memandangkan mereka sekarang sedang dibelanja rasanya tak perlu banyak demand , makan ja apa yang terhidang nanti. Segan Zatul dibuatnya.

"lahh yaka, okay kalau macam tu kita ambil 2 jenis sayur la, biar Zatul ada pilihan. Kasihan pula makan nasi dengan sejenis sayur saja. Macam kambing." Danny membagi idea ikhlas dari hati.

Semua di situ agak terkejut mendengar ucapan Danny. Boleh pula dia samakan Zatul dengan kambing.

Hening seketika suasana meja tersebut.

'aku ada salah cakap ka' getus hati Danny

"hebat pula kau ni, seumur hidup aku, tak pernah lagi aku nampak kambing makan nasi. Dengar pun tak pernah. Entah2 kambing tu kau kot" Adam membahan Danny semula, selepas menyedari riak muka Zatul sedikit berubah. Siapa saja yang tidak terasa.

Zatul pula bersusah payah mengawal riak. Cuba beranggapan dia tidak mendengar apa-apa tadi. Sebab tu dia tidak suka bila orang mengetahui dia itu vegetarian. Terlahir sebagai seorang vegetarian merupakan insecurity terbesar seorang Zatul.

"ehhh maaf maaf , saya tiada niat mahu mengejek. Saya hanya spontan saja tadi. maaf Zatul." Danny yang sedar akan kekhilafannya segera memohon maaf.

"lain kali fikir dulu sebelum cakap. Terlajak perahu boleh undur , telajak kata badan binasa" sinis Syafuan memberi amaran.

Danny disebelah sudah tidak senang duduk. Malam ini sepatutnya menjadi malam bahagian sebab dapat makan free. Kenapa sekarang jadi begini. hmmm sedihh.

"takpa takpa , sudah biasa. Cepatlah order, cepat makanan sampai , cepat kenyang , cepat balik kolej" Zatul cuba berlagak biasa. .

Masing-masing sudah memilih lauk dan minuman.

Sampai saja makanan yang dipesan tadi, semua lahap menjamah makanan. Lapar bebenor. Seperti dapat dijangka Zatul orang pernah yang selesai makan.

🪁🪁🪁

Jam menunjukkan pukul 10.50 malam. Curfew pukul 11 malam. Perjalanan mereka masih jauh daripada Universiti. Debaran di dada semakin kencang.

Ini semua Danny punyq pasal. Singgah sana sini tak ingat dunia. Jadinya mereka gerak agak lewat.

Sunset with YouWhere stories live. Discover now