7

1 0 0
                                    

Telefon berdering segera diangkat.

"hello Dii?" jawab Adam

"Adam, saya rasa Zatul hilang la." Hadirah direct ke isi penting.

"Zatul hilang? macam mana boleh ?" tanya Adam.

Syafuan yang turut ada di situ merampas telefon daripada Adam. Syafuan menekan butang speaker

"Hadirah relaks, tell us what happened ?" arah Syafuan.

"tadi petang lepas balik bilik Zatul memang tiada I thought dia akan balik once saya bangun tidur. tapi sampai pukul 9 tadi dia tak muncul-muncul. now dah dekat pukul 12 pun dia tak balik-balik lagi. Saya risau." terang Hadirah dengan suara yang menahan tangis.

"Dii relaks , dont cry. sudah cuba call ?" Adam menenangkan buah hatinya.

" dah. tapi voicemail. call guna whatsapp pun, just calling, not ringing. chat pun dah beratus still one tick." Hadirah menjawab.

Syafuan dan Adam saling berpandangan.

"okay Dii macam nii , cuba fikir di mana tempat Zatul selalu lepak? who knows dia ada dekat situ" arah Adam.

"rasanya tiada, usually taman bawah kolej ni ja dia pergi untuk menyendiri. tapi saya sudah check tadi memang tiada." jawab Hadirah lagi.

"Hadirah kamu rasa dia di luar kawasan universiti ka ? " tanya Syafuan.

"i dont know Syafuan." Hadirah buntu.

"kita round-round area dalam ni dulu, kita berpecah." Syafuan memberi cadangan.

"okey boleh." Adam pantas menyetujui

"ikuttt !" Hadirah yang masih di dalam talian bersuara selepas mendengar rancangan Syafuan.

"no need la Dii. dah lewat nii , u just stay bilik okay? manatau Zatul balik tiba-tiba. biar I dengan Syafuan round okay? " pujuk Adam.

Syafuan yang sudah siap memakai hoodie meninggalkan Adam sendiri dan bergerak pantas menuju ke kereta.

'where are you? what just happened to you?' bisik hatinya gusar.

🪁🪁🪁

Jam menunjukkan 1.30 pagi. masih tiada kelibat Zatul dilihat.

Syafuan menggapai telefon lalu mencari nombor Adam.

"hello Dam? how ? jumpa tak?" tanya nya terus selepas panggilannya terjawab.

'amboii risau bebenor' bisik hati Adam.

"aku tak jumpa jugak la bro." jawab Adam

Syafuan menghembus nafas kuat. Bukan jawapan itu yang dia mahu dengar.

"mintakan nombor phone Zatul dengan Hadirah. send kat aku. ASAP!! " arah Syafuan.

"okay jap." talian ditamatkan.

Adam segera men-chat Hadirah meminta nombor telefon Zatul.

Tidak smpai seminit Hadirah terus membalas dengan mengongsikan nombor Zatul.

Segera Adam forward nombor tersebut kepada Syafuan.

Syafuan yang menerima chat tersebut segera mendialnya terus menerus.

Namun hampa tiada yang menjawab.

Dia menghempas stereng kereta. Berkali-kali.

🪁🪁🪁

Hadirah tidak senang duduk. Dia tidak boleh berdiam diri begini. Dia mencapai hoodie dan topi. Segera dia turun ke bawah.

Dia perlu mencari Zatul. Harus !

Sunset with YouWhere stories live. Discover now