5

1 0 0
                                    

"Zatul jangan lupa tau dompet kau dekat Syafuan tu" Hadirah mengingatkan Zatul.

"ye nanti aku ambil. thanks ingatkan" sikit lagi Zatul terlupa. Dia segera bersiap. Dia ada quiz hari ini. Lepas quiz barula dia pergi cari Syafuan.

🪁🪁🪁

Selesai saja kuiz, Zatul bergegas menyusun barang. Dia sudah terlambat.

"Zatul jom la pi library sama-sama" Sandra classmate Zatul mengajak.

"Sorry Sandra, hari ni saya tak pergi library." Zatul menolak ajakan Sandra.

Segera dia berlari anak keluar daripada kelas. Dalam hati dia berdoa Syafuan belum sampai.

🪁🪁🪁

Setibanya di taman, Zatul berhenti berlari. Dia cuba mengatur nafas. Dia lewat 45minit ! Segera dia mencari kelibat Syafuan. Tapi hampa dia tidak nampak sesiapa di taman itu.

"jangan-jangan dia dah balik? " Zatul bercakap sendiri.

"kau la nii Zatul , 45minit kot kau lambat. Ingat kau tuan puteri ka mahu di tunggu begitu lama." dia menepuk dahi tanda marah dirinya sendiri.

Dia mengeluarkan telefon ingin menelefon Hadirah. Kenapa bukan call Syafuan? Hmmm Zatul terlalu bijak tidak meminta nombor telefon Syafuan dengan Hadirah semalam.

"Zatull..."

"ehhh mak kauu.." latah Zatul.

Belum sempat dia dial nombor Hadirah, satu suara dari belakang mengejutkan Zatul.

"ehh sorry, saya tak bermaksud nak kejutkan kamu." Syafuan meminta maaf melihat reaksi Zatul yang terkejut betul.

'comel'

"ku semangat." Zatul mengosok-gosok dada sendiri.

"its okay. saya yang tak perasan kamu di belakang." sambungnya lagi.

"nahhh dompet kamu." Syafuan terus menyerahkan dompet Zatul.

"thank you so much. Saya betul-betul tidak perasan saya tercicir dompet ni." Zatul tersangatlah berterima kasih.

"my pleasure, nasib baik tercicir dalam kereta , kalau dekat restoran then dijumpa oleh orang jahat , tak ka itu kes lain lagi" Syafuan menakut-nakutkan Zatul.

Zatul yang membelek-belek dompet terhenti seketika. Sungguh dia tidak dapat bayangkan sekiranya dompetnya ditemui oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Dibayangkan boleh buat seorang Zatul menangis.

Melihat perubahan reaksi dari Zatul, segera Syafuan mengambil inisiatif mengubah topik. Takut la tu.

"dah laa , dompet pun dah ada di tangan kan, jangan la fikir yang bukan-bukan." Syafuan memujuk.

"terima kasih" itu saja yang keluar dari mulut Zatul.

"terima kasih ja?" Syafuan menyoal

"hah?" Zatul kebingungan

"oo tiada ganjaran atau hadiah la ni ?" Syafuan acah-acah mengaru tengkuk yang tidak gatal.

Zatul tersenyum kecil. Faham akan maksud Syafuan.

"okayy la , saya hanya boleh belanja makan ja ni" Zatul menyuarakan saranan. Tapi itu memang kenyataan. Dia tidak mampu untuk memberi apa-apa ganjaran mahal. Hanya mampu belanja makan.

"makan pun boleh la. " Syafuan tanpa basa basi terus menerima 'ganjaran' Zatul

"mahu makan apa? saya tiada idea" Zatul kekok sekejap bila memikirkan keadaannya yang vegetarian.

Sunset with YouWhere stories live. Discover now