9

2 0 0
                                    

"Opah nak makan apa-apa tak?" tanya Zatul melihat Opahnya yang giat melipat sarung.

"opah baru ja habis makan tadi, kamu nak sumbat apa lagi dalam perut opah ni?" Opah menggosok-gosok perutnya yang penuh selepas baru saja beberapa minit makan.

Zatul tergelak kecil.

"alaa manatau lah opah lapar lagi, sementara orang rajin bergerak ni opah minta la apa-apa, orang buatkan , masakkan" Zatul pula sibuk memotong sayur kacang.

"kamu rehat-rehat la juga. takkan balik kampung semata-mata nak jaga opah ja?" opah memberhentikan lipatannya sementara melihat cucunya yang sibuk dengan pisau depan pintu dapur.

"orang tak senang tau nak balik jaga opah ni, jadi sementara orang ada ni, opah susah-susahkan la Inara." ada saja jawapan Zatul.

Ya dia mengambil keputusan untuk balik kampung kerana tidak senang duduk selepas tidak menerima apa-apa khabar daripada kampung. Dia tahu keluarganya yang sengaja tidak memberitahunya.

"kamu tak cukup susahkah dekat tempat belajar tu? tak penat?" hairan opah dibuatnya. selalunya orang balik dari jauh ni tujuan dia cuma mahu rehat. dengar-dengat waktu belajar mereka sangatlah sibuk.

"penat juga opah, tapi orang dekat sini dah dekat seminggu dah pun. takkan la masih penat kot?" Zatul mengumpul sisa-sisa sayur yang bertaburan di atas lantai.

"maaflah opah susahkan kamu pula. kamu sepatutnya balik untuk rehat, bukannya susah-payah jaga opah." suara opah mengendur.

"opah merepek apa ni? takdenya susahkan orang pun la. jaga opah dah jadi tanggungjawab Inara. Siapa lagi nak diharap kalau bukan Inara?" Zatul kini duduk di sebelah opahnya. ditenung wajah itu dalam.

"kalau opah tak nak susahkan orang, jangan lah sakit-sakit. dengar cakap Inara. " diambil tangan sang opah digenggam erat.

opah hanya tersenyum kecil. Inara satu-satunya tanggungjawab yang dia ada sekarang. Cucunya yang satu ini tiada tempat bergantung selain dirinya.

🪁🪁🪁

"kenapa suram ja ni?" Adam menegur Hadirah di hadapannya.

tiada jawapan dari sang pemilik hati.

"depan rezeki ni tak baik tau monyok-monyok" Adam mencuba lagi.

"saya risau ni" akhirnya Hadirah membuka mulut.

Adam hanya memerhati, menunggu apa yang ingin diluahkan Hadirah.

"Zatul dah seminggu tak khabar apa-apa dengan saya atau Bunga. Call tak angkat , chat lagi la tak reply." Hadirah meluahkan kerisauannya.

"sekali pun tiada ?" tanya Adam lagi.

"last dia inform saya pasal dia selamat landing ja. selain daripada tu dah takde." Hadirah bermain-main jari. Gusar

"takde siapa-siapa yang awak boleh reach ka kat sana untuk cari tahu pasal dia ?" Adam cuba memberi idea.

Hadirah menggeleng hampa.

"Zatul kat kampung tu hanya tinggal dengan opah berdua. Saudara-mara dia yang mana tinggal kat kampung." Hadirah menjelaskan keadaan sebenar Zatul di kampung.

Tiba-tiba telefonnya berdering..

"yaa Bunga?"

"Zatull dia..."

Hadirah hanya menutup mulut menggunakan tapak tangan selepas mendengar apa yang disampaikan Bunga. Air mata mengalir. Hal yang paling takut akhirnya terjadi.

Sunset with YouWhere stories live. Discover now