*:・゚✧*:・゚✧ ✩ ✧ *:・゚✧*:・゚
- 1 minggu kedepan -
Dalam kelas, pelajaran akhir sebelum rehat ialah matematik, cikgu Hafiy menghukum Hanis untuk siapkan kerja rumahnya, rupanya kerana Hanis tertinggal buku latihan matematik sebelum ini. Hanis menghela nafas kesal apabila cikgu Hafiy kata padanya untuk siapkan kerja rumah hari ini sebelum balik.
Nak naik stress dibuatnya. Tahu tahu waktu rehat dah pun tiba, semua bangun dari kerusi masing masing untuk memberi salam tanda habis kelas, Hanis bangun lalu duduk semula dengan meletakkan kepalannya di atas meja dengan malas, nak tak nak Hanis kena siapkan hari ini juga. Hanis juga tiada selera makan apabila Mira mengajaknya untuk ke koop
"Weh Hanis, jom koop!" tanya Mira
"Mira... kau pergi sorang boleh? aku nak buat kerja ni dulu." jawab Hanis
"boleh, kau nak apa apa ke?"
"tkpe la, tak nak"
"Betul eh? kalau camtu okay"
Hanis mengangguk, lalu Mira pun keluar dari kelas.
Dalam stress Hanis, Hanis yang tengah fokus itu terkenang dan teringat tentang Anaqi bahawa cikgu Qasrina pernah kata kalau Anaqi pandai matematik.
Hanis pun mula mengemas barangnya untuk beredar, dipeluk buku dan pencil box di dadanya dan berjalan ke arah kelas Anaqi.
________________________________
___Sementara itu di sudut Mira yang berada di dalam koop, Mira ingin membayar makanan yang diambil tadi di kaunter pembayaran tetapi orang di depannya sangat lambat dan memakan masa untuk bayar. Rupa rupanya orang itu Aisar dan Fir, entah kenapa Aisar selalu tiada duit sen dalam poketnya.
Hanis kedepan lalu berdiri di samping Aisar kerana pelik asal lambat sangat orang depan ni dan tak mampu bersabar
Aisar dan Fir terkejut beruk tiba tiba wanita yang berambut pendek cantik ini berdiri di samping mereka.
"Kau lagi! asyik tkde duit sen je, mesti kau ni duduk kat kayangan kan? tu yang duit cash jee, sennya hilang.." selamba kata Mira sekali nafas tanpa basa basi
Mana tak terkejutnya Aisar kat situ, kaki dah bergetar sebenarnya.
Fir tertawa kecil "betul la tu"
Aisar menyepak kasut Fir dari bawah dengan kuat
Aisar pun menelan liur pahitnya kerana dimarah begitu dari entah siapa wanita yang berdiri di sampingnya ini.
YOU ARE READING
☾ quite a catch ✮
Romance⋆ ˚。⋆୨୧˚ hello my lovely readers ★ a good is better a bad is worst.. hoping you enjoyed while reading this story ☆ anyways let's be real while read it okay? thank you everyone <3 ♡ ily ˚୨୧⋆。˚ ⋆ She stood under the roof with her extraordinary eyes, h...