Hari Rabu, dimana hari yang paling bahagia untuk gadis bernama Hawa Tasneem. Kerana apa? Ofcourse la. Hari ni shiftnya hanya waktu petang hingga malam sahaja.
"Kau betul tak nak tumpang aku Hawa? Bukan susah mana pun nak hantar kau. Takkan membazir punya minyak kereta tunang aku tu" Kata Tiara pada Hawa. Hawa menggelengkan kepalanya. Tiara memang risau akan keadaan Hawa tika ini.
Haraz mahu pun Hariz tidak boleh mengambilnya pulang oleh kerana balik lambat. Begitu juga Husna. Humaira dan Evan mengikut Ervan jalan-jalan di luar kawasan.
"Aku boleh minta grab ambil kan" pujuk Hawa bagi menyedapkan Hati Tiara. Tangan gadis itu di rangkul. Senyuman lebar diberikan.
"But still...aku takut Hawa. Macam mana kalau kau tiba-tiba kena culik. Dah la pendek mesti orang ingat kau budak tadika" penuh risau Tiara berkata tapi masih sempat dia mengejek. Anak mata Tiara dielak bertembung dengan anak mata Hawa.
"I'm going to be fine Ara. Tu, encik tunang dah sampai." Pengangan sebentar tadi dilepaskan. Dia tidak kisah rakannya ingin mengejek dirinya pendek. Hawa menolak tubuh Tiara sedikit kehadapan bagi mendekatkan gadis itu ke kereta lamborghini huracan.
Tiara dengan relanya masuk ke dalam perut kereta. Sempat dia memberi lambaian kepada Hawa sebelum kereta tunangnya itu meluncur laju keluar dari kawasan hotel itu.
"Nak minta tolong Fea... Dia balik dah. Nampaknya kau balik naik grab je la Hawa." Kata Hawa seorang diri. Kakinya bergerak kembali masuk ke dalam bangunan yang gah besar itu. Langit sudah kelihatan seperti ingin hujan. Lebih baik masuk sebelum basah lencun.
Aplikasi grab dibuka Hawa. Tekun dia mencari kenderaan untuk membawanya pulang dengan selamat.
Baru sahaja dia ingin meletakkan lokasi hotel tetapi di bantutkan oleh satu suara garau. Kepala mendongak melihat Fateh.
"Kenapa tak balik lagi?" soal Fateh dengan nada mendatar. Tangan sudah masuk ke dalam kocek seluarnya. Mata tepat menikam anak mata Hazel Hawa.
Muka Hawa jangan dicakap, berona merah akibat 'encik kerek' atau 'crush' memandang tepat kedalam anak matanya.
"Ab-abang saya tak dapat ambil saya" Kata Hawa tanpa tergagap-gagap.
"Sekarang siapa yang akan ambil kau?"
"Saya balik naik grab tuan. Itu je cara yang saya akan balik sekarang ni" aplikasi grab yang masih terbuka itu ditunjuk kepada Fateh. Lantas lelaki itu menggelengkan kepalanya. Naik hairan Hawa, kenapa dia menggelengkan kepala.
"I don't agree,macam mana kalau grab tu bawa kau pergi tempat lain and tak balik rumah?" bantah Fateh. Hawa di situ sudah tidak tahu ingin membuat apa. Apa yang encik kereknya sedang sampaikan?
"Get up, I will take you home"
Membulat mata Hawa mendengar itu. 'Dia. Fateh. Fateh Amsyar. Nak hantar kau balik Hawa?' Hawa berkata dalam hati. Pipinya ditampar perlahan mana tahu ini sekadar mimpi. Tetapi dirinya salah, ini bukan mimpi ini realiti.
Fateh sudah pun berada jauh dari Hawa. Cepat-cepat dia bingkas bangun dan mengejar langkah besar Fateh.
.
.
."Mana satu rumah kau?" mata Fateh masih fokus memandang jalan kampung yang di terangi oleh lampu jalan. Sudah jauh ke dalam kereta mereka di dalam kampung Saphora ini.
YOU ARE READING
BLACK MAMBA:THE LOVE OF HIS LIFE (SU)
RomanceKu Megat's 1 series by Mia KU MEGAT FATEH AMSYAR | seorang jejaka yang sentiasa beku. Jarang ingin mendengar suaranya seperti menyimpan emas. Rambutnya yang berwarna perang, bulu mata yang agak tebal dan anak mata berwarna emerald green mampu mencai...