FATEHHAWA|6

68 6 0
                                    

"Bye-bye Hawa sayang. Balik elok-elok tau" pesan Tiara kepada Hawa. Last minute Hawa diberitahu dia perlu bekerja shif malam.

Rasa ingin mencekik sahaja ketua nya. Bagi mampus. Muahahhhahhaha... Eh, eh astaghfirullahhalazim Hawa tak baik. Hanya orang seperti Tiara sahaja yang mampu berkata begitu.

Dia baru sahaja merancang untuk menonton cerita Kdrama baharu itu. Sudah terbantut oleh shif ini. Benci la siapa yang bagitau last minute.

"Kau tu, jaga Azim elok-elok. Aku dapat tau kau buli dia. Siap kau" sememangnya senang sahaja ingin menjaga Evan. Kalau siapa kata susah itu, dirinya yang menyusahkan. Sofea tiada dirumah sejak pagi tadi, jadi dia meninggalkan Evan dirumah Tiara.

"Aip aip capten" tangan diletakkan di dahi tanda hormat. Hawa tergelak melihat karenah Tiara. Hawa yang perasan akan kelibat encik tunang Tiara itu mengecilkan matanya. Susah betul nak tengok muka tunang rakannya ini. Celebrity ke apa nak pakai mask hitam bagai.

"Tu, encik tunang dah tertunggu-tunggu" jari telunjuk ditunjuk ke arah tunang Tiara yang berada di luar cafe.

"Ommo, bye Hawa. Nanti kena berleter dalam kereta bingit telinga aku ni" Hawa hanya mengangguk dan melihat bayangan Tiara menghilang dari matanya.

'Untungnya ada orang datang jemput,bila la dirinya akan dijemput begitu. Wahai encik kerek, mari la berkahwin dengan saya. Saya pandai mop bumbung rumah'

"Hope you have a good day" matanya masih tertumpu pada pelanggan itu sehinggalah mereka keluar dari cafe. Selepas susuk tubuh itu keluar Hawa dengan pantasnya memusingkan papan 'open' itu menjadi 'close'.

36, 367

36,368

36,369

36,370!

Wow, pandainya kau masak Hawa. Untuk pengetahuan semua Hawa seorang sahaja ketika ini.

Rakannya yang lain sudah pulang dahulu. Ada juga yang ingin menemannya tetapi dia yang tolak tawaran itu. Takut menyusahkan orang sahaja. Lagi pun tinggal beberapa orang sahaja sebentar tadi.
.
.
.
Selesai mengira wang itu dia meletakkan getah lalu memasukkan wang itu ke dalam satu sampul berwarna putih. Lalu dimasukkan ke dalam peti tersembunyi.

Locker miliknya dibuka. Baju waitress itu disimpan kembali. Beg totnya dikeluarkan.

Sesudah keluar dari bangunan itu, Hawa bergerak ke arah belakang hotel. Disebalik hotel itu terdapat sebuah stesen bas. Tidak la jauh mana. Hanya beberapa blok sahaja.

Perjalanannya diteruskan di tempat yang usang itu. Seram sejuk saja dia berasa apabila berjalan di kawasan tersebut.

Hendak buat bagaimana lagi, Jalan itu sahaja yang cepat ke arah stesen bas. Kalau mengguna jalan besar berkemungkinan mengambil masa 20 minit.

Zap!

Perasaan itu, ianya kembali lagi. Perasaan yang mengatakan bahawa terdapat beberapa orang sedang memerhatikan dirinya. Sudah dua hari perasaan ini ada sejak peristiwa pinggan Sofea jatuh.

Hatinya tidak berhenti mengucapkan kalimah Allah. Badannya dipusingkan perlahan-lahan. Opah tolong Hawa!

Aik, tiada orang pun. Takkan kena prank pula.

Badannya dipusingkan ke hadapan balik bagi meneruskan perjalanannya. Pusing sahaja ke hadapan terlihat dua lelaki berbadan besa berada tepat di hadapannya. Setiap poket mereka terdapat sebuah pistol.

Seorang daripada lelaki itu memegang pergelangan tangan Hawa.

"Hei! Apa main pegang-pegang ni?"

BLACK MAMBA:THE LOVE OF HIS LIFE (SU)Where stories live. Discover now